Aku terjaga daripada tidur. Tekakku terasa perit. Tidur malamku kali ini tidak lena kerana asyik terganggu dengan batuk. Sejak dari petang tadi, batuk aku semakin menjadi-jadi.
Dada terasa semakin sesak. Aku cengkam bahagian dada apabila aku ingin batuk.
Ya Allah sakit.
Bibirku terasa kering. Matanya terasa berpinar. Kepala pula semakin mendenyut sakit.
Batuk aku semakin kuat. Aku terus menekup mulut.
Apabila aku alihkan tangan dari mulut, terdapat cairan merah pekat melekat di tapak tangan.
Ya Allah.
Lagi sekali aku batuk kali ini darah tersembur keluar dari mulut. Aku muntah darah. Selimut yang berwarna putih kosong kini dihiasi dengan tompokan darah merah pekat.
"Mak...tolong Nuha mak..." Aku teresak.
Kepala dipegang untuk menahan sakit.
"NUHA! YA ALLAH!" Wajah risau Aairul terpancul di hadapan pintu bilik. Dia bergegas mendekati aku.
"Nuha!"
Pandangan aku semakin kabur.
Suara cemas Aairul semakin tenggelam. Mata aku semakin memberat. Aairul menggoncang kuat tubuhku.
"DOKTOR!"
Dalam penglihatan yang samar-samar, aku nampak beberapa orang berpakaian serba putih bergegas mendapatkan aku.
Telingaku terasa berdesing.
"Aairul tolong keluar."
"TAK! AKU TAKNAK TINGGALKAN DIA!!"
"Aku mohon tolong keluar dan tunggu di luar Aairul. Biar aku dan yang lain buat kerja."
"AKU PUN DOKTOR JUGAK ALEX DAN AKU ADA HAK!"
"Kau dah hilang hak Aairul! Kau dah lupa?"
Itu adalah suara-suara yang aku sempat dengar sebelum pandangan aku bertukar gelap.
PERLAHAN aku buka mata. Terdengar sayup-sayup suara wanita tengah mengaji. Aku mencari arah suara itu. Suaranya serak seperti menahan tangisan.
Di sofa terdapat seorang wanita yang bertelekung putih sedang khusyuk membaca kalam Allah. Pipi tuanya basah. Wanita itu menangis.
Mak...jangan nangis mak...
Aku nak peluk mak. Aku nak cium mak...
Bibirku bergetar. Aku cuba untuk bergerak. Tanganku menggigil untuk melepaskan alat bantuan pernafasan dari mulut.
"Mak..." panggilku bergetar.
Puan Anissa yang tengah mengaji terus berhenti.
Aku panggil sekali. Kali ini lebih kuat.
"Mak..." Aku pandang mak.
Mak terus berlari mendekatiku setelah mendengar suaraku.
"Nuha dah sedar, sayang? Nuha ada sakit dekat mana-mana lagi tak?" tanyanya dengan risau.
Aku geleng.
"Nuha nak air?" tanya mak lagi.
Kali ini aku angguk.
Mak terus mencapai segelas air putih dan dia membantu untuk minum.
Aku minum dengan rakus.
Mak disebelah tidak habis-habis mengucapkan kesyukuran ke hadrat ilahi.
"Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Anak mak dah sedar," suara mak kembali serak.
"Jangan menangis mak. Nuha tak suka," kataku dengan cuba mengesat air matanya. Aku bersandar di kepala katil.
Mak tersenyum.
"Berapa lama Nuha tak sedarkan diri?" soalku ingin tahu.
"Tiga hari, sayang." Mak kemam bibir. Bibirnya bergetar. Matanya kembali berkaca.
Aku senyum nipis. Mungkin mak fikir yang aku akan tinggalkan dia.
Terima kasih ya Allah. Terima kasih untuk benarkan aku kembali bernafas.
"Nuha sayang."
Aku pandang mak.
"Tak lama lagi Nuha akan menjalani pembedahan. Akan doktor yang sanggup datang dari jauh untuk merawat Nuha. Kemungkinan besar, Nuha akan selamat dan kanser ni akan sembuh. Mak doakan anak mak akan bebas daripada semua kesakitan yang Nuha alami." Mak senyum lebar. Wajahnya ceria.
Aku kerut dahi. Ada doktor yang sanggup datang dari jauh untuk aku? Aik? Special betul aku ni. Ah...mungkin ini adalah pertolongan tuhan untuk kau Nuha. Kau sepatutnya bersyukur bukannya mempersoalkan. Sekurang-kurangnya kau masih ada secebis harapan untuk terus hidup.
Aku angguk dan membalas senyuman mak.
"In shaa Allah mak. Mak tolong sentiasa doakan Nuha tau. Kata ustazah, doa seorang mak takda hijabnya," kataku sebak.
"Mak sentiasa doakan, sayang. Kalau penyakit Nuha dapat berpindah dengan mak... mak sanggup Nuha. Mak sanggup untuk tanggung semua kesakitan Nuha daripada tengok Nuha yang tersiksa," kata mak dengan esakan.
Aku terus menggenggam tangan mak. Air mataku jatuh.
"Mak tak boleh cakap macam tu. Nuha tak suka," kataku keras dengan menggeleng laju.
Mak terus menarik aku ke dalam pelukan.
"Nuha adalah kekuatan mak. Hilang Nuha, hilanglah dunia mak."
Esakan aku pecah.
"Nuha minta maaf mak. Nuha dah banyak buat mak menangis."
"NUHA kau nak makan apa-apa tak?" tanya Faris sambil memotong apel merah.
Aku geleng perlahan.
"Kau okay kan? Mak kau suruh aku tengokkan kau. Mak kau dah ceritakan semuanya dekat aku apa yang dah terjadi seminggu yang lalu. Mujurlah kau baik-baik saja. Risau aku!"
Aku senyum.
"Weyh...kau janganlah asyik tersenyum. Aku tak suka. Kau ni dari tadik dok senyum senyum macam semacam betul aku tengok. Kau betul-betul okay tak ni?"
Lantas aku terus ketawa kecil.
"Senyum pun salah?" tanyaku. Masih lagi tersenyum.
"Ha, ah salah! Sebab dari tadi aku bercakap kau asyik senyum. Seram aku! Kau jangan nak macam-macam Nuha!" Faris terus memberikan piring berisi apel merah kepadaku.
Aku pandang apel merah di tangan. Apel merah ini secara tidak langsung mengingatkan aku dengan seseorang. Seseorang yang sudah lama tidak berkunjung ke sini lagi.
Kenapa kau sibuk nak teringat dekat dia pula Nuha? Kau dah lupa apa yang dia buat?
"Kau pandang apa lagi? Makanlah. Ya Allah budak ni! Kalau kau asyik tenung apel tu, sampai esok pun kau takkan kenyang." Faris dah mula membebel.
Bebelan Faris berjaya membuatkan hati aku terhibur. Geli hati.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...