Sempurna. Satu ungkapan yang indah. Cukup indah. Mempersonakan. Mengagumkan dan mampu mengkhayalkan. Jika boleh tersalah erti.
Sesiapa sahaja yang bergelar wanita pasti akan tertarik dengan ciptaan tuhan bernama Aairul Rayqal. Termasuk aku sendiri. Tidak terkecuali. Sebab? Aku juga wanita. Siapa yang tidak tertarik kalau ditemukan seorang anak Adam yang lengkap dengan segala pakej.
Tidak dapat dinafikan, setiap patah perkataan mampu menjentik hati mana-mana wanita. Walaupun hanya satu patah perkataan sahaja yang keluar. Itu sudah cukup mengujakan. Kata orang, dingin, namun menawan. Ah, cliché sungguh bunyinya.
Berbalik pula kepada tingkah lakunya. Setiap gerak gerinya mampu menambat hati sesiapa sahaja. Hati-hati, jika tersilap langkah alamatnya jatuh ke sangkar sang rimba.
Lagi sekali, agak cliché. Terlalu biasa didengari, bukan? Seperti biasa dalam sebuah buku pasti akan ada seorang hero yang agak dingin atau beku memanjang dan heroinnya kadangnya seorang yang agak keras kepala seperti lesung batu ataupun tersangat lembik seperti slime. Pada awal percintaan mereka saling membenci dan akhirnya, kedua-duanya jatuh cinta lalu kisah cinta mereka menemui penghujung jalan cerita yang sentiasa ditunggu oleh para pembaca iaitu happy ending. Betul bukan?
Tenang. Anda tidak keseorangan. Celah mana yang kita tak tertarik selagi mana kita bergelar wanita, bukan?
Okay cukup.
Boleh kembali semula ke dalam jalan cerita aku?
.
.
.
NUR AAIRUL RAYQAL. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Berwatak dingin di mata orang lain. Namun, di mata aku itu hanyalah tipu daya semata-mata untuk mengaburi mata orang luar. Dia mahu nampak kuat di mata orang lain. Dia mahu orang lain tahu yang dia tidak akan mudah tumbang di tangan orang sembarangan.
Namun, di mata aku, dia hanya seorang anak lelaki kecil yang nampak kesunyian. Dia seorang yang agak misteri bagi aku. Sentiasa tertutup dan penuh berjaga-jaga. Orang luar mungkin akan menjangka jejaka bernama Aairul Rayqal adalah manusia yang paling beruntung sekali kerana di usia yang agak muda dia telah memiliki segalanya. Rumah, kereta, kewangan, pekerjaan dan sebagainya. Kehidupan dia mungkin sempurna di mata orang.
Tapi, benarkah sempurna yang dimaksudkan oleh mereka itu dapat membahagiakan atau dengan kata lain adakah kesempurnaan itu dapat menjanjikan kebahagiaan dalam hidup?
Tak.
Dia kesunyian.
Dia mungkin seorang anak lelaki yang tampak kuat. Tapi itu tak bermakna dia tak pernah menangis di tengah malam. Meratapi diri. Terluka dalam diam. Menahan luka untuk suatu tempoh yang agak lama. Setiap malam sentiasa mencuba mengubati luka yang lama dan kemudiannya dia berhenti untuk merawat seketika. Dia lelah. Parut itu takkan hilang.
Aairul Rayqal. Seorang anak yang membesar dalam keadaan memaksa untuk dirinya terus kuat dan sentiasa untuk terus teguh berdiri sehingga hari ini. Dalam keteguhan itu, dia juga seorang manusia yang masih lagi dalam diam sentiasa mencuba untuk merawat luka di jiwanya. Ketahuilah, luka yang dianggap tidak terlihat itu, lebih menyakitkan daripada luka yang kita boleh nampak dengan mata kasar. Kerana apa? Jika luka itu boleh terlihat di mata kasar, kita boleh sembuhkan dengan pelbagai penawar.
Lalu, bagaimana pula dengan luka yang tidak terlihat? Jawapannya, tiada penawar.
Jika benar sempurna itu membahagiakan, mengapa masih ada parut yang berbekas di jiwa?
Setiap malam, telah menjadi rutinnya merenung siling bilik. Berperang dengan sendiri. Antara bahagia atau duka. Antara kehendak atau keperluan. Antara hidup atau mati. Jika dia pilih untuk menutup mata dan memilih untuk bermimpi, adakah semuanya akan kekal sama sekiranya dia kembali bangun memijak bumi yang nyata?
Dia kuat, tapi dia juga perlukan rehat. Dia berjuang, tapi dalam diam dia juga jatuh terduduk. Dia juga manusia, dan bukannya boneka. Dia tak pekak dan tak buta. Dia dengar dan lihat segalanya. Mata dan telinga ini adalah saksi.
Aairul Rayqal. Dia dingin seperti ais batu. Beku. Terlalu lama membeku dan sudah tiba masanya dia memerlukan kehangatan.
"Maryam!"
Nama aku diseru. Seisi dewan kuliah memandangku seakan-akan menunggu sesuatu.
Ya, aku mengelamun.
Sekali lagi. Entah berapa lama sudah aku mengelamun sehinggakan penulisan aku tadi tergendala.
"Yes sir?" Perlahan aku bangun dari tempat duduk. Mata-mata yang memandang, aku hiraukan.
"What's the difference between redha' and surrendered?"
Aku bungkam. Soalan apa pulak ni? Topik mana pulak ni? Aduhai, Maryam! Nampak sangat kau tak fokus sepanjang sir Adam mengajar. Orang lain sibuk belajar dan kau pula sibuk menulis novel di belakang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Mencari kekuatan buat seketika. Jawapan aku ada. Tinggal untuk melafazkan nya lagi. Itu payah.
"Redha is sincere. Surrender is gave up." Jawapan ringkas aku berikan. Redha itu ikhlas, dan pasrah itu menyerah. Aku senyum pahit.
"Your explanation?"
Seperti biasa, sir Adam takkan mudah untuk menerima jawapan yang cukup ringkas di pendengaran nya.
Aku senyum nipis.
"Redha is when we accept something that happens on the provision of God with an open heart, even if it is painful. This redha is also when we choose to stop questioning over everything that happened. When we have tried, but God still does not allow us to accept. We have to accept it with a sincere heart. That is redha. Redha is sincere. As for surrender, we give up without any effort to fight.
Aku jeda seketika. Bertenang Maryam. Itu hanya sekadar soalan.
"But, in surrender too, we accept something that happened in a painful situation. The difference is the sincerity and openness of heart in accepting the provisions of god. Redha is more accepting of God's destiny because people who are willing will stop questioning. While surrendering, accepting but still in a state of pain," jelasku panjang lebar.
Sir Adam mengangguk dan berpuas hati dengan jawapanku.
"Well done, Maryam."
Satu pujian aku terima daripada pensyarah yang amat disegani di kampus aku. Aku kembali duduk. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu mula mengemas barang-barangnya di atas meja.
Jam tangan aku kerling. Tinggal 2 minit lagi nak habis masa.
"Thank you, class."
Kelas sir Adam pun berakhir.
Laptop yang masih lagi menyala, aku tutup. Balik rumah nantilah aku sambung menulis lagi.
Nafas ku hela. Lemah.
Aku membuang pandangan ke sebelah jendela memandangkan tempat duduk aku memang bersebelahan dengan jendela sahaja.
Awan mendung.
Mahu hujan.
Langit yang cerah tadi kini, bertukar warna.
.
.
.
.
.
Kelam.
Seakan-akan memahami isi hati.
Aku rindu.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
ContoAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...