Pukulan tanpa henti yang diterima oleh seorang wanita di hadapanku membuatkan aku tidak dapat duduk diam lagi. Rayuan demi rayuan kedengaran di ruang tamu. Aku tak tahan lagi melihat penyiksaan ini. Apa yang patut aku buat? Aku takut. Lutut aku ditarik dan dibawa ke dalam pelukan. Aku duduk di hujung penjuru ruang tamu.
Badan aku menggeletar hebat. Ketakutan menyebulungi diri.
Wanita yang dipukul itu sudah mulai terkulai lemah di atas lantai dengan darah yang mengalir tanpa henti di kepalanya. Aku dah tahan tahan lagi.
"Sudahlah! Jangan pukul mak. Mak tak salah!" Aku menjerit sekuat hati. Baju lelaki itu aku tarik sehingga koyak untuk menjauhkan diri daripada mak. Namun apakan daya, kudrat aku tidak dapat menangini tubuhnya yang lebih besar daripada aku. Aku hanyalah seorang budak yang baru berumur 10 tahun.
"Kau diam!" Badanku aku terus ditolak kasar sehingga ke dinding. Kemudian terasa satu objek keras dihentak tepat di sisi kepalaku. Aku mendesis kesakitan. Pandangan ku terus berpinar. Darah merah pekat perlahan mengalir dari kepala.
Lelaki itu terus melemparkan helmet berwarna hitam ke lantai setelah memukulku dengan menggunakannya.
"Kau dengan mak kau dua dua tak guna!" Dia menunding jari ke arahku.
"Perempuan tak guna! Kau curang! Dasar pelacur! Sundal!!" tempiknya lalu kembali menerajang kuat tubuh mak yang hampir sudah tidak sedarkan diri lagi.
"Abang...Nissa tak salah abang..." Terketar-ketar suara Puan Anissa dan dia cuba sedaya upaya untuk menahan kaki yang menyepak dirinya. Tidak lama kemudian, pandangan Puan Anissa bertukar kelam. Gelap.
Lelaki itu serta merta berhenti menyepak perut Puan Anissa apabila dia sudah tidak sedarkan diri lagi. Encik Zaquan berundur perlahan ke belakang. Matanya bergetar. Perasaan takut dan menyesal mulai menguasai diri.
"AYAH PEMBUNUH! AYAH BUNUH MAK! AYAH KEJAM!" Melihat keadaan mak yang diperlakukan sebegitu rupa, aku terus meluru ke arah Encik Zaquan dan menolak kasar dirinya dengan sepenuh kekuatan yang ada untuk menjauh daripada mak. Sakit dikepala tidak dihiraukan. Apa yang penting, nyawa mak.
"NUHA BENCI AYAH! NUHA BENCI AYAH! AYAH DAH BUNUH MAK! AYAH PEMBUNUH!" Aku mula hilang kawalan. Air mata jatuh berjujuran mengalir di pipi mulusku. Tubuh mak aku peluk kemudian aku berlari ke arah dapur dan mengambil sebilah pisau yang berada di atas meja makan.
"Ayah tak patut hidup! Ayah dah sakitkan mak! Ayah dah banyak kali sakitkan kami!" Aku halakan pisau ke arahnya.
Pisau di tangan aku genggam kuat dan aku terus melurui ke arah Encik Zaquan.
Encik Zaquan yang melihat keadaan aku yang sudah tidak terkawal dengan tangan yang memegang pisau mulai ketakutan. Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari keluar dari rumah. Sedikitpun dia langsung tidak menoleh ke belakang lagi.
*Shrekkk
Aku berhenti mengejar. Pisau di tangan tidak semena-mena terlepas dan jatuh di atas lantai. Di hadapan aku kini, ada sekujur tubuh yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut.
Tubuh ayah penuh berlumuran dengan darah.
Tak. Tak. Aku tak bunuh ayah. Dia yang mati sendiri. Kereta itu yang langar dia. Aku tak salah.
"Aku tak salah!" Nafasku turun naik. Lantas aku memandang sekeliling. Bilik tidur aku. Ya, aku masih lagi berada di bilik tidur. Kepalaku terasa sedikit berdenyut.
Comforter di badan aku kalih ke tepi. Aku duduk di sisi katil. Nafasku cuba atur menajdi tenang. Cadar tilam aku genggam. Air mata mulai mengalir membasahi pipi. Esakan aku tahan. Bibir aku ketap kuat. Aku tidak mahu mengganggu sesiapa di tengah malam buta ini.
Mimpi ngeri itu kembali lagi.
Aku mengurut dada. Menahan marah dan pedih dalam satu masa.
Pintu bilik aku buka. Langkah laju dibawa menuju ke ruang dapur.
Air dalam peti sejuk aku ambil dan diminum dengan rakus. Tekak terasa kering. Air mata masih lagi kekal mengalir di pipi. Di waktu seperti ini, aku yakin mak sudah lena dihanyut mimpi dan dia takkan mungkin turun ke dapur.
Selesai aku menutup pintu peti ais, aku dikejutkan dengan seorang figura yang sedang berdiri menyandar di dinding. Matanya tidak lepas memandang aku.
Aku terlupa cara untuk menjerit.
Mulut aku terasa terkunci seolah-olah kotak suara aku terlupa akan peranannya.
Aairul Rayqal. Dia kini sedang berdiri menghadap aku.
Rahangnya sedikit bergerak-gerak.
Aku tundukkan kepala dan ingin berlalu pergi. Namun, Aairul lebih pantas bertindak. Lenganku yang berlapik dengan baju lengan panjang dicengkam lembut.
"Pandang aku." Garau suaranya. Sedikit berbisik dengan nada kasar. Mungkin dia tidak mahu mengganggu tidur mak.
Aku telan air liur. Air mata masih lagi setia mengalir membasahi pipi aku. Mimpi itu masih lagi jelas dalam ingatan.
Aku meggeleng perlahan. Aku tidak mahu dia melihat keadaan aku seperti ini. Aku malu. Malu apabila dilihat lemah dihadapan orang lain.
"Pandang aku, Nuha." Suaranya tidak lagi kasar seperti tadi. Lembut. Buat pertama kalinya setelah sekian lama.
"Nuha...taknak..." Aku cuba menepis tangannya. Aku sangka, dia akan melepaskan. Namun, Aairul semakin menguatkan lagi cengkaman. Tidak kasar namun dapat dirasa cengkamannya.
"Apa yang aku patut buat untuk kau berhenti menangis?"
Soalan Aairul berjaya membuatkan aku mengangkat kepala dan memandang ke dalam anak matanya. Matanya bergetar. Seperti mempunyai makna tersirat disebaliknya.
Aku diam.
"Bagitahu aku, Nuha. Apa yang aku patut buat untuk kau berhenti menangis?"
Aku masih lagi diam dan memandang tepat ke dalam anak matanya.
"Bagitahu aku Nuha, apa yang aku patut buat untuk sembuhkan luka di hati kau?"
Aku melepaskan esakan kecil. Tangan aku yang satu lagi pantas menekup mulut. Tidak mahu esakan aku terdengar sehingga ke tingkat atas.
Abang...hidup kita ini menyedihkan, bukan? Tanpa kita sedar, kita adalah sepasang tubuh yang berkongsi luka yang hampir sama. Kita juga adalah sepasang luka yang sentiasa mencuba untuk bangkit daripada kisah silam.
Ironinya, terkadang kita cuba untuk memilih menyembuhkan luka orang lain tapi kita terlupa akan satu perkara. Masih ada luka lagi yang belum disembuhkan. Luka kita. Luka diri sendiri.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...