BAB 4: Aairul

115 14 2
                                    

Sakit dan lebam di wajah tidak sesakit luka di hati. Lagi sekali luka itu bernanah kembali. Kini lebih dalam dan lebih menyakitkan. Terasa ditusuk tapi tak mati.

"Kau faham tak aku takda anak macam kau?!"

"Kelahiran kau memang membawa sial dalam hidup aku!"

"Kau nak tahu sesuatu? Kesilapan terbesar yang aku pernah buat dalam hidup adalah aku pilih untuk lahirkan kau di dunia. Kau tak layak untuk tengok dunia!!"

"Jangan panggil aku mama. Aku jijik."

"Kau tak layak untuk panggil aku mak dan sampai mati aku takkan anggap kau anak aku! Faham?!"

Pinggan mangkuk dibaling ke arahku. Aku tak mengelak sedikitpun. Dibiarkan. Salah satu pinggan itu terkena dahiku dan darah mengalir keluar. Aku tahu dan aku tak peduli. Perlahan aku menghampiri mama yang jelas dalam keadaan hilang kawalan ketika ini. Tak lama itu, langkahku mati.

"Aairul tak minta pun untuk dilahirkan. Aairul tahu mak bencikan Aairul. Aairul minta maaf mak. Aairul sayangkan mak." Aku bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Kau diam!" jerkah Puan Rossa.

"Aairul minta maaf, mama. Aairul tak minta banyak mama. Aairul cuma nak mama terima Aairul sebagai anak mama... Aairul..." Aku merayu. Kini aku merayu untuk mendapatkan secebis kasih sayang seorang ibu yang aku tidak pernah rasa selama ini. Aku tak minta banyak. Aku cuma nak rasa macam mana disayangi oleh insan bernama ibu kandung di dunia. Cukup. Itu sudah memandai bagi aku.

Tak sempat aku menghabiskan ayat, mama tiba-tiba meluru ke arahku.

*Pang

*Pang

Dua tamparan aku terima di pipi kanan. Berbisa. Aku tidak melawan. Tubuhku masih statik di tempat sama. Badan aku bergetar. Kepala ditundukkan menahan pedih di hati. Tanganku genggam erat. Ya Allah, sakit. Terlalu sakit.

"BODOH! SIAL! KAU TAK FAHAM BAHASA? AKU DAH CAKAP YANG KAU BUKAN ANAK AKU!" Tengking mama sekuat hati. Tangannya dihentak sekali ke meja. Melepaskan amarah yang kian memuncak.

Untuk kesekian kali, air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Ayat itu terlalu sakit untuk diterima. Esakan aku tahan. Tangan mama cuba aku raih dan mama menepis kasar. Pedih. Ya Allah, pedih.

"Jangan sentuh aku. Aku jijik dengan kau. Faham?!" Puan Rossa memberi amaran dengan keras dan terus berlalu pergi.

Lagi sekali dunia aku hancur.



























"MALAM ni Aairul tidur dekat rumah mak ya? Aairul dengar tak?" Suara Puan Anissa berjaya mematikan lamunanku.

Aku mengelamun. Aku meraup wajah kemudian memberikan senyuman tipis buat mak. Earth to earth, Aairul. Benda dah lepas. Jangan dikenang.

"Sorry, Aairul tengah fikir benda lain tadi. Mak tanya apa tadi?" soalku semula. Wajah mak aku pandang lama. Kini, hanya wanita ini sahaja tempatku untuk menumpang kasih seorang ibu.

"Mak kata, malam ni Aairul tidur kat rumah mak ya?" Ulang Puan Anissa sekali lagi.

Tanpa berfikir panjang aku senyum dan menjatuhkan kepala. Tidak mahu wanita di hadapanku ini berkecil hati sekiranya aku menolak ajakkannya. Dalam pada masa yang sama aku fikir ini yang terbaik buat masa sekarang. Aku perlukan ruang. Ya, aku perlukan ruang seketika untuk kembali bernafas.

Puan Anissa tersenyum lebar. Nampak penuh teruja riak wajahnya apabila aku bersetuju untuk bermalam di rumahnya. Lagipun, ini bukannya kali pertama aku pernah menginap di rumah ini.

Aku membalas senyuman mak namun tidak lama kemudian senyumanku mati apabila mata aku menangkap renungan tajam gadis yang duduk tidak jauh dari kami. Aku cukup kenal benar makna disebalik renungan itu.

"Kalau macam tu, kamu berboraklah dulu dengan Nuha. Mak nak masuk ke dapur. Nak masak nasi lebih sikit memandangkan malam ni ada ahli tambahan dan kamu pulak Nuha... kamu jangan pernah terfikir nak lari lagi." Sempat mak memberi amaran kepada anak daranya sebelum dia berlalu berlalu pergi tanpa menunggu sebarang balasan daripada kami berdua.

Lebih kurang dalam 10 minit, aku dan Nuha tidak bersuara. Masing-masing memilih untuk berdiam diri.

"Dah puas tenung muka aku?" soalku memecah kesunyian antara kami berdua. Bukannya aku tak perasan dari tadi dia hanya merenung wajahku.

Nuha mencebik. Diam. Tidak menjawab seperti tadi.

"Apalagi yang kau tak puas hati dengan aku?" Lagi sekali aku menyoal.

Nuha masih lagi diam tak bersuara.

"Kau ada masalah ke dengan aku?" Lagi sekali aku bertanya. Kasar kedengaran.

Nuha mendengus kasar.

"Ada. Banyak. Terlalu banyak," jawabnya satu persatu. Akhirnya dia membuka mulut.

Aku tahu gadis ini masih marahkan aku. Aku tahu dia masih lagi terasa hati dengan kata-kata aku sebelum ini.

"Salah aku saja yang kau nampak? Habistu? Salah kau? Tak nampak?" Aku sengaja ingin memanaskan lagi keadaan. Ingin menguji sejauh mana kesabaran gadis ini.

"Sekarang ni abang nak salahkan Nuha pulak? Oh lupa. Semua yang Nuha buat, semuanya salah di mata abang. Abang saja yang betul. Nuha pulak semuanya tak betul. Tak hairanlah kalau kak Aaira pilih untuk tinggalkan abang. Sebab apa? Sebab perangai abang ni. Sombong! Perasan diri itu bagus sangat. Elok sangatlah. Rasanya kalau tak putus pun takpa kot. Sebab masing-masing mental! Sepadan!"

Tanpa sengaja Nuha mengheret nama bekas kekasih aku. Nampaknya gadis ini masih lagi terkesan dengan peristiwa tiga tahun yang lalu. Aku masih lagi kekal beriak tenang.

"Dah memang semuanya salah kau, Nuha. Kau buta atau pura-pura tak nampak? Kau terlupa satu perkara Nuha. Siapa punca aku dan Aaira berpisah?" Aku senyum sinis. Alang-alang nama Aaira dah diheret sekali, tak salahkan kalau aku nak tambah 'perasa' lagi.

Nuha terdiam. Dia nampak terkedu. Mungkin dia tidak menyangka soalan itu akan keluar dari mulutku.

Aku tahu aku tak sepatutnya layan dia seperti ini. Tapi, ini sahaja cara untuk aku dengar suaranya bercakap semula dengan aku.

Jujur, aku 

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now