"Betullah kata kau. Kalau bukan sebab kau, mungkin sekarang aku dah kahwin dan dah anak dengan Aaira."
Nampak sangat akulah watak antagonis dalam hubungan mereka berdua. Nampak sangat, akulah yang paling bersalah dalam hal ini.
"Kenapa kau diam?" soal Aairul. Lamunanku mati. Kata-kata Aairul sedikit sebanyak menimbulkan rasa bersalahku terhadapnya.
Kalaulah bukan kerana aku dan kalaulah aku tak buat masalah pada malam tu...
Berdosakah aku dalam memutuskan sesebuah hubungan pasangan yang menuju ikatan yang halal?
Aku kemam bibir. Soalan Aairul dijawab dengan gelengan.
"Kau okay tak ni?" soalnya lagi. Dahinya sedikit berkerut.
"Okay..." Aku senyum nipis. Pahit.
Sekali lagi kami menyepi. Aku meramas jari jemariku. Gementar. Tanpa sebab.
"Semalam mak pergi rumah abang sebab nak jumpa abang. Nak hantarkan makanan. Tapi uncle Faizul cakap dekat mak yang abang takda dekat rumah." Aku cuba nasib untuk menukar topik perbualan. Sekadar untuk membuang rasa bosan dalam kereta.
"Ouh...pasal tu. Petang semalam aku keluar jumpa seseorang. Kalau mak bagitahu awal-awal mungkin aku takkan keluar." Mendatar sahaja suara dia menjawab.
"Jumpa kawan?" laju sahaja mulutku menyoal. Sejak bila pulak kau dah jadi busybody ni Nuha?
"Ha, ah. Kawan lama. Kalau dah putus tapi masih berhubung, rasanya itu masih dipanggil kawanlah kan?"
Eh? Kenapa macam pelik je bunyi ayat dia ni?
Dahiku berkerut.
"Maksud abang?" Aku pandang dia meminta penjelasan. Takkanlah... Eh tak mungkin. Tapi...kalau mungkin? Bukankah kau sepatutnya rasa lega, Nuha?
"Kau tak faham? Seriuslah?"
Aku menggeleng.
"Boleh tahan bebal jugak kau ni," katanya lalu menukar gear. Dia senyum sinis.
Bebal?
Sekejap. BEBAL?
Muka aku yang cantik molek ini dia kata AKU BEBAL?!
Serta merta kotak tisu dihadapan aku ambil kemudian aku ketuk lengannya. Kuat.
"Eh! Kau dah pahal?!" Suaranya sedikit meninggi.
"Bebal? Nuha tanya elok-elok kan?!" Suaraku tidak kurang meninggi juga. Dia bagi api, kita bagi api jugak. Biar kasi meletup ini kereta!
Fight me!
"Dah kau memang bebal. Takkan aku nak panggil kau bijak pulak? Ke kau nak aku panggil kau bodoh?"
Aku dah cakap dah. Lelaki ni sekejap je baik.
Ladies and gentlemen, selamat datang ke dalam sesi mulut puaka Nur Aairul Rayqal.
"Mulut abang tu jaga sikit eh! Kalau Nuha bodoh, Nuha tak dapat sambung belajar sampai ke Singapore tau!" Aku menjelingnya lalu berpeluk tubuh. Sekali sekala mendabik dada takpa kan? Aku senyum sinis. Aku tahu dia takkan dapat jawab balik.
"Ohh...jadi sekarang ni kau nak cakap kau bijaklah dekat aku? Ouh lupa! Yang belajar luar negara je dapat dipanggil bijak pandai. Yang belajar dalam negara ni pulak nak panggil apa? Katak dibawah tempurung? Bodoh? Ouh ya...Kau sorang jelah yang bijak. Mana yang tak dapat belajar ke luar negara tu, hmm kesian... fuhh! Berpeluh bhai aku bercakap dengan orang GENIUS ni!" Dia lalu mengipas muka. Sengaja. Sengaja nak sakitkan hati aku. Perkataan genius sengaja ditekankan.
Tudiaaa...Auto musnah harapan. Kecundang, terciduk, terkedu dan segala bagai 'ter' setelah mendengar ayat yang baru sahaja meluncur keluar daripada mulut puakanya.
Hambik kau Nuha hambik! Kata-katanya tak ubah seperti peluru berpandu yang baru dilepaskan dalam satu masa. Gila!
Memang puaka.
Aku ketap gigi. Nafas ditarik sedalam yang mungkin kemudian aku lepas dengan kasar. Tanda protes.
Tak guna.
"Nuha bersumpah, abang. Nuha bersumpah sesiapa yang jadi isteri abang nanti nasib dia memang malang," gerutuku dengan suara di celah gigi.
Aairul terus ketawa besar.
"Lawak?"
Aairul angguk.
"Part mana yang lawak?" Entah untuk kali ke berapa sudah aku menjelingnya hari ini.
"Semua. Sudahlah bebal, kelakar pulak tu. Satu package lengkap, dasar lembab" jawabnya dengan masih sisa ketawa. Sesekali dia menggeleng kepala.
Ya tuhan, berikanlah aku kesabaran. Aku taknak jadi pembunuh bersiri!
"KAU nak pesan apa?" soalnya sejurus kami berdua memasuki ke dalam sebuah restoran. Aku ikuti sahaja langkahnya sehingga sampai ke tempat duduk kami.
"Buat apa tanya dekat orang bodoh bebal?" soalku semula tanpa berfikir panjang. Aku masih lagi dalam mood protes.
"Dahtu? Takkan aku nak tanya makcik dekat belakang kau?" Aairul tidak kurang menyimbah minyak ke dalam api.
Orang sekeliling mulai memandang kami. Kalau dilihat pada pandangan mereka, kami berdua tak ubah seperti pasangan bercinta yang tengah bergaduh.
Mana tidaknya? Aku dan dia mengenakan baju sama warna. Warna biru tua.
Aku senyum kelat sambil memandang sekeliling.
"Suara tu tak boleh kuat lagi ke?" sindirku dengan berbisik.
Aairul tiba-tiba mendekatkan dirinya ke arahku. Seperti magnet, tubuhku mengkhianati diri sendiri. Aku juga turut sama mendekatkan diri aku dengannya.
"Kalau kau nak...aku boleh buat," jawabnya tidak kurang turut sama berbisik seperti aku. Dia senyum senget. Lagi sekali tak guna.
Aku mencerlung tajam ke arahnya dan dia juga tidak mahu kalah. Turut sama berbuat sedemikian.
"Awak berdua nak makan apa?' soalan dariapada seorang pelayan lelaki berjaya menghentikan perbuatan kami. Tak ubah seperti kebudak-budakan.
Aku berdehem menghilangkan rasa janggal.
Pelayan lelaki itu menahan senyum.
Aairul pula hanya beriak biasa.
"Bagi dua nasi ayam goreng, satu jus epal dan satu lagi smootie chocolate vanilla." Belum sempat aku bersuara, Aairul terlebih dahulu laju menjawab. Dia pesan apa tadi? Ya Allah, aku tak dengar. Harapnya dia tak pesan benda merepek.
20 minit menunggu dan akhirnya makanan dan minuman kami tiba. Sepanjang kami menunggu, aku memilih untuk membisu manakala Aairul leka bermain telefon.
Aairul kemudiannya meletakkan air smootie chocolate vanilla di hadapanku. Sedikit tergamam. Aku fikir dia dah lupa air kesukaan aku.
"Abang bawa Nuha makan ni, asam pedas mak buat siapa nak makan?" tanyaku selepas dia membaca doa makan. Ingin tahu. Takkan dia nak buang kot? Dasar anak derhaka.
"Jangan risau. Malam nanti aku makan."
"Okay." Aku angguk. Malas nak cakap banyak. Kang salah cakap tak pasal-pasal buat malu sendiri.
"Kau serius ke nak tahu siapa kawan lama aku tadi?" Aairul tiba-tiba menyoal kembali topik perbualan kami tadi. Tak. Topik yang hampir mencetuskan perang dunia ketiga tadi.
"Siapa?" soalku malas. Malas nak gaduh lagi. Lagi-lagi tengah depan rezeki. Tak elok. Mak marah nanti.
"Kau rasa?" Dia menjongketkan kening sebelah. Sengaja ingin main tarik tali.
Aku mendengus sedikit. Baik tak payah bagitahu!
"Kalau taknak bagitahu..."
"Aku jumpa Aaira Ayesha," potong Aairul sebelum sempat aku menghabiskan ayat.
Hampir terlepas pegangan sudu di tanganku.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...