"Abang ni dah kenapa?" Aku cuba melepaskan pegangannya. Kasar dan sakit.
Aairul tak menjawab.
"Abang!" suaraku meninggi.
"Abang dengar tak? Lepaslah! Abang ni dah kenapa?" bentakku dengan cubaan melepaskan diri daripadanya.
"DIAM NUHA!"
Cukup patah itu cukup perkataan itu membuatkan aku terdiam dan aku hanya merelakan diri aku dibawa pergi. Ini kali kedua, Aairul seperti ini.
"Abang nak bawa Nuha pergi mana?" kataku apabila kami sampai di tempat letak kereta bawah tanah. Bukan tadi dia nak ajak makan dekat mall ke?
"Kita balik," katanya dingin.
Apa? Balik? Punyalah lama aku tunggu dia tadi, dia boleh cakap balik?
"Lepaskan Nuha!" Aku terus menepis kasar tangannya dan akhirnya aku berjaya.
Aairul pandang aku. Wajahnya serius.
Jujur, aku gerun.
"Apa masalah abang ni? Abang ada masalah ke dengan Faris? Kenapa abang layan dia macam ni dan kenapa abang buat Nuha macam ni?! Abang ingat Nuha ni boneka? Abang ingat Nuha takda perasaan?!" soalku bertubi-tubi bagai peluru berpandu. Amarah kian menguasai diri. Aku dah tak boleh sabar lagi.
Jangan ingat aku tak nampak apa yang dia buat tadi.
"Jangan cabar aku Nuha!" ujarnya dengan suara di celah gigi.
"Cabar apa? Apa yang Nuha cabar abang?!"
"JANGAN CABAR KESABARAN AKU NUHA!" tengkingnya dengan menghentak palang besi berdekatan dengan kami.
Aku tersentak. Nafasku turun naik. Kepala mula berdenyut kembali. Aku cuba tahan. Aairul aku pandang lama. Nafas ditarik dalam.
"SEKARANG NI ABANG NAK BAGITAHU YANG NUHA TENGAH CABAR KESABARAN ABANG?! HABISTU NUHA?! KESABARAN NUHA?! ABANG TAK FIKIR? SIAPA YANG CABAR SIAPA SEKARANG NI AAIRUL RAYQAL?!" Aku tumbuk kuat bahu kanannya sehingga Aairul terdorong sedikit ke belakang.
Dia tergamam. Matanya bergerak-gerak. Mungkin dia ingat aku takda perasaan selama ini. Aku juga manusia Aairul! Bukannya patung kau boleh buat sesuka hati. Kau dah tipu aku! Dasar penipu! Selama ini aku terpedaya dengan lakonan air mata kau yang kononnya kau letakkan kesemua kesalahan dekat aku! Kau biar aku hidup dihimpit rasa bersalah!
Aku ingin berlalu pergi. Sakit dikepala semakin kuat. Tetapi, Aairul lebih pantas mencengkam tanganku kembali.
"NUHA!"
"APA DIA? APA LAGI YANG ABANG TAK PUAS HATI? APA LAGI YANG ABANG NAK TIPU NUHA?! APA LAGI PENIPUAN YANG ABANG NAK BUAT?! PUAS HATI ABANG?! PUAS BUAT NUHA NAMPAK BODOH SELAMA INI?! PUAS HATI ABANG?!" Aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan cengkaman tangannya. Tetapi Aairul semakin kuat mencengkam sehingga aku mendesis kesakitan.
"Apa maksud kau ni?" soalnya. Nada suaranya berubah. Tidak lagi menengking macam tadi.
Aku senyum sinis lalu ketawa kecil. Kau ingat kau boleh bodohkan aku lagi, Aairul Rayqal?
Dahi Aairul semakin berkerut.
"Amacam? Seronok ke hidup dengan perbodohkan orang?" Aku cepat kesat air mata yang ingin jatuh. Bibirku tidak lepas daripada senyum sinis. Aku ketawa mengejek.
"Apa yang kau cakap ni Nuha," soalnya masih lagi tidak faham.
Sumpah aku benci. Aku benci bila dia bercakap dengan penuh kepura-puraan. Teruskan Aairul. Teruskan dengan permainan kau.
"JANGAN SENTUH AKU!" Aku terus merentap kasar tanganku darinya. Terlepas jua. Bahasaku juga terus berubah. Hilang hormat. Rasa sakit dikepala dan dihati datang seiring. Semakin mencengkam dan menyakitkan. Aku berundur setapak menjauhinya.
Aairul ketap gigi.
Setapak aku berundur, setapak itu juga dia maju mendekatiku sehinggalah aku tersandar di badan kereta dia. Jarak aku dan dia mungkin dalam beberapa inci sahaja lagi. Kedudukan kami amatlah dekat sehinggakan aku boleh dengar degupan jantungnya.
Tangan aku lagi sekali dipegang. Aku cuba melawan. Namun, tatapan tajamnya terus mematikan perbuatan aku.
"Kalau aku taknak lepaskan, kau nak buat apa? " Aairul senyum senget. Tubuh aku ditarik kemudian dia terus menolak aku masuk ke dalam kereta.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, hanya bunyi radio sahaja kedengaran menguasai kesunyian di dalam kereta.
Kami berdua memilih untuk berdiam diri.
Lagi sekali, sakit kepala aku berdenyut kembali. Aku tongkat kepala di cermin kereta. Sebelah tangan lagi mengurut dahi.
Dari ekor mata, aku tahu dia tengah memerhatikan aku sekarang ini.
Tetapi, sedikitpun aku tidak memandang ke arahnya. Sakit di hati masih terasa.
"AWAL balik?" soal mak sejurus aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Soalan mak aku biarkan tanpa menjawab. Langkah laju terus dibawa masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.
Aku berdiri menyandar di belakang pintu. Esakan ditahan. Nafas semakin turun naik.
Aku bergerak mendekati meja solek. Laci kecil aku buka dan kotak ubat aku ambil. Ubat tahan sakit ditelan. Sakit dikepala semakin berdenyut.
Aku pegang kepala.
Pandanganku semakin kabur. Cepat-cepat aku menggeleng untuk menghilangkan rasa kabur. Aku pejam mata serapat yang mungkin untuk menahan rasa sakit. Mungkin migraine. Ya, mungkin migraine.
Aku buka mata tetapi pandanganku tetap sama. Semakin kabur dan semakin kabur. Aku hilang pertimbangan. Aku menggenggam sisi meja belajar untuk menahan diri daripada jatuh.
Ubat tahan sakit yang aku telan tadi seolah-olah tiada kesan langsung.
Hujung jariku menyentuh bahagian hidung yang terasa basah. Darah. Ada darah merah pekat yang mengalir keluar.
Aku bergerak perlahan mendekati katil. Belum sempat aku sampai ke sisi katil, pandanganku bertukar kelam. Gelap.
Aku rebah.
"Allahuakhbar Nuha!"
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...