BAB 15: Nuha

78 9 2
                                    

"Kau buat apa dekat sini lagi?" soalku kasar. Aku meluat tengok muka dia. Cukup-cukuplah dia dah sakitkan aku. Kehadiran dia dekat sini membuatkan aku bertambah sakit. Sakit di kepala dan bertambah sakit lagi dihati.

"Malam ni abang temankan Nuha.Mak kata dia kurang sihat jadi abang tak sampai hati nak biar mak berjaga malam dekat sini."

Aku sedikit terkejut apabila dia membahaskan diri 'abang' denganku.

Aku senyum sinis.

Mentang-mentang aku dah nak mati, kau tiba-tiba berubah nak jadi baik pulak dengan aku.

Hipokrit.

Aku benci.

"Tak payah nak bahaskan diri kau sebagai abang dekat aku. Aku meluat." Aku ketap gigi.

"Abang minta maaf."

"Untuk apa?" soalku laju.

Aairul diam. Dia kembali tunduk.

"Kenapa kau diam? Rasa bersalah? Orang macam kau tahu ke erti rasa bersalah? "

"Abang..."

"Apa dia? Cakaplah! Puas dah hati kau?! Selama ini aku hormat kau sebagai abang. Apa yang kau buat aku telan semua, aku cuba untuk terima kau dan aku cuba untuk maafkan kau...tapi kau? Kau layan aku tak ubah seperti boneka!" bentakku. Emosi semakin kian menguasai diri.

Aairul tetap menunduk. Tidak membalas seperti kebiasaan.

"Pandang aku Aairul Rayqal." Suaraku kasar. Aku mencerlung tajam ke arahnya.

Aairul perlahan-lahan angkat kepala. Matanya memerah.

"Abang minta maaf Nuha..." Hanya itu sahaja ungkapan yang keluar daripada mulutnya.

"Maaf kau takkan cukup Aairul. Terlalu banyak kau dah sakitkan aku."

"Abang tahu." Suaranya pecah. Buat pertama kali dalam seumur hidup aku, Aairul Rayqal jejaka yang terkenal dengan hati batu menangis teresak-esak dihadapanku.

Dia menangis.

Menangis kerana aku.

Mungkin dia menangis sebab rasa bersalah dan kau pun dah nak mati. Hehh! Menyampah!

Aku kemam bibir.

Hatiku hancur.

Sakit.

Perit.

Marah dan kecewa.

Semuanya bercampur-baur.

"Abang...minta...maaf...abang tahu...abang salah...maafkan abang, Nuha...Tolong...jangan bencikan abang. Tolong... izinkan abang untuk jaga...Nuha dekat sini," kata Aairul dalam tangisan.

Aku terdiam.

Berhenti menangis Aairul. Jangan buat aku nampak jahat dalam cerita ni.

"Aku dah bencikan kau. Kau nak buat apa lagi? Tak cukup lagi ke? Tak cukup lagi ke selama ini kau dera perasaan aku?!"

Aairul geleng perlahan.

"Abang janji Nuha. Lepas sahaja Nuha sihat semula, abang akan pergi jauh. Abang janji yang lepas ni abang takkan sakitkan Nuha lagi. Bagi abang satu peluang lagi. Bagi abang peluang untuk jaga Nuha sampai sembuh."

Aku tak suka rasa ini. Perasaan bersalah. Aku sepatutnya rasa marah. Tapi lain pula. Ini yang aku benci. Aku tak boleh terlalu terlampau marahkan seseorang. Sebab apa? Sebab aku cepat rasa kesian. Kau terlalu bodoh, Nuha. Aku pandang tepat ke dalam anak mata gelap Aairul. Mencari keikhlasan dalam kata-katanya.

Aku menghela nafas lemah. Aairul nampak tak menipu. Tapi boleh percaya ke?

Pandanganku beralih pula dengan penampilannya.

Pakaian Aairul nampak tidak terurus seperti kebiasaan. Bajunya nampak jelas tidak kemas. Rambutnya sedikit serabai. Terdapat lingkaran gelap di bawah matanya. Seolah-olah dia langsung tidak cukup tidur. Senang cerita, keadaan Aairul nampak seperti mayat hidup. Siapa yang sakit sekarang ni? Aku atau dia?

Jangan cakap dia ni yang jaga aku sepanjang aku dekat sini.

Kata-kata mak tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga.

"Kalau kamu sakit, dialah orang paling tak tentu arah. Mak masih ingat lagi masa tu dia tingkatan 2. Kamu masih sekolah rendah. Balik dari sekolah kamu terus demam. Punyalah gelabah si Aairul sampaikan dia tertidur dekat meja belajar kamu semaata-mata nak jaga kamu sampailah kamu sihat. Dia risau kot-kot tengah malam kamu nak muntah."

Aku genggam kuat selimut.

Dia jaga aku?

Sebab apa?

Ah! Mungkin sebab rasa bersalah. Biasalah, lepas buat salah memang akan jadi baik.

"Baik. Aku bagi peluang dekat kau. Lagipun sekarang ni cepat atau lambat aku memang akan mati pun nanti. Jadi, aku malas nak bermusuhan. Kalau boleh, aku nak mati dengan tenang. Aku izinkan tapi itu bukan bermakna aku maafkan atas semua kesalahan kau dekat aku. "

"Aku penat dan aku nak tidur. Dan satu lagi jangan ingat aku boleh lupakan semua kesalahan kau. Aku buat sebab aku taknak susahkan mak untuk jaga aku dekat sini. Kalau takda kau pun aku takda masalah. Aku boleh hidup sendiri!" kataku dengan panjang lebar.

Aku terus tarik selimut dan baring mengiring membelakanginya.

Air mata yang ditahan sejak tadi, perlahan-lahan mengalir. Aku biarkan. Untuk kali ini aku biarkan. Aku penat. Terlalu penat. Aku penat menangis sepanjang hari.

Dalam hati, Aairul tidak putus mengucapkan rasa kesyukuran terhadap ilahi. Peluang yang diberi ini tidak akan dia sia-siakan.



























HARI ini genap 3 minggu aku menjalani rawatan di hospital. Selama itu juga Aairul dan mak tidak kenal erti penat lelah dalam berulang alik ke hospital. Aairul masih lagi berpegang dengan janjinya. Dia menjaga aku dengan baik. Dia betul-betul berubah. Paling ketara cara dia bercakap dan cara layanannya. Apa sahaja yang aku inginkan dia turuti.

Mak pula aku minta untuk dia duduk di rumah sahaja. Umur mak yang semakin dimamah usia, membuatkan aku semakin bertambah risau apabila melihat wajah letih mak. Mak ada darah tinggi dan sakit jantung. Aku taknak tahap kesihatan mak bertambah merosot disebabkan aku.

Oleh itu, setiap kali mak datang melawat aku akan berpura-pura tersenyum dan menampakkan diri aku baik-baik sahaja.

Aku sentiasa bagitahu mak yang keadaan aku semakin bertambah baik. Semua itu hanyalah semata-mata untuk menenangkan hati wanita itu. Sedangkan apa yang berlaku tidak seperti apa yang diperkatakan.

Aku pandang diri aku di pantulan cermin. Wajahku nampak sedikit cengkung.

Keadaan aku semakin memburuk. Ini merupakan hari kedua aku menjalani rawatan kemoterapi. Rambutku banyak sudah mulai gugur. Aku gigit bibir menahan esakan.

"Nuha..." Aairul muncul dihadapan pintu tandas dengan membawa satu beg plastik warna hitam.

Dia perlahan menghampiri aku lalu berdiri di belakang aku.

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now