Bunyi lonceng di pintu menghentikan suapan aku. Suapan yang dalam penuh keterpaksaan. Selera makan aku menghilang setelah kejadian tadi.
*Tingtong
*Tingtong
Aku terus bangkit dari duduk dan menuju ke arah pintu. Pintu rumah dibuka dan muncul satu wajah yang amat aku kenali.
"Kau buat apa kat sini?' soalku serta merta.
"Assalammualaikum." Gadis itu tidak menjawab sebaliknya membalas dengan memberi salam. Dia menjeling aku sekilas.
Aku terdiam seketika.
"Waalaikummusalam." Aku menjawab perlahan.
"Apa kau nak?" Aku menyoal lagi sekali.
Satu bekas yang berisi dengan makanan dihulurkan padaku. Aku menyambutnya dengan dahi berkerut.
"Mak suruh bagi dekat abang," katanya lalu ingin beredar.
Aku pandang bekas makanan yang berada di tanganku. Asam pedas kegemaranku.
"Kau datang dengan siapa?" soalku.
Dia berpaling dan menoleh ke arahku.
"Malaikat," jawabnya sepatah.
Gulp. Aku menelan air liur. Pulak dah? Ya tuhan, pandai dia buat kelakar. Tapi sayang, hambar.
"Nuha..." seruku. Wajahku dibuat serius.
Dia mendengus. Jelas kelihatan moodnya kurang baik. Ini mesti kes kena paksa dengan mak untuk hantar makanan. Nuha...Nuha...
"Ada nampak orang lain selain Nuha tak dekat sini? Takda kan?" Lagi sekali Nuha menjelingku. Kali ini lebih tajam.
"Biar aku hantar kau balik. Sekejap aku nak ambil kunci kereta dulu. Tunggu aku dan jangan balik dulu," kataku lalu terus masuk ke dalam rumah serta merta.
Sejurus mengambil kunci kereta dan telefon, aku terus mendapatkan Nuha di luar rumah.
Tanpa sedar aku mengeluh. Nuha sudah tiada lagi dekat sini. Dia dah balik Aairul. Kau nak harapkan apa daripada dia? Tunggu kau? Memang taklah.
"Abang buat apa?"
Aku sedikit tergamam. Entah mengapa hati aku berasa amat lega ketika ini. Aku pandang Nuha yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di sebelah tiang rumahku. Aku cuba menyembunyikan raut wajahku.
"Abang cari Nuha?" soalnya lagi apabila aku tidak menjawab.
"Aku ingat kau dah balik," jawabku lalu menuju ke arah kereta. Dingin.
"Nuha malas nak jalan kaki balik. Panas," balasnya seraya mengipas muka.
Aku akui semenjak dua tiga hari ini, cuaca agak panas dan berbahang.
Rumah aku dan rumah Nuha boleh dikatakan agak sedikit jauh tapi boleh lagi sampai kalau guna jalan kaki. Itupun kalau rajin nak jalan. Kami satu perumahan tapi jarak rumah kami boleh tahan jauhnya. Tambah lagi dalam keadaan cuaca panas seperti ini. Memang amat menguji kesabaran.
"Pakai seatbelt," kataku sejurus kereta Perodua Aruz 1.5 AV membelah jalan.
"Bukannya jauh pun." Nuha berdegil.
"Kau nak pakai sendiri atau nak aku yang tolong pakaikan untuk kau?"
Aku tahan senyum apabila Nuha akhirnya menurut kata. Seatbelt dipasang dengan kasar.
Aku membuka handphone dan terus mengirim sebuah pesanan ringkas kepada seseorang. Tidak lama kemudian, pesananku dibalas. Aku sembunyi senyum.
"Abang nak bawak Nuha pergi mana?" tanyanya apabila kereta aku tidak memasuki simpang ke rumahnya.
"Keluar."
"Abang tahu tak perbuatan abang ni salah?"
"Tak. Aku tak fikir apa yang aku buat ni salah," balasku sengaja ingin membangkitkan lagi amarahnya.
"Tak rasa bersalahkah bawak anak dara orang keluar tanpa izin orang tua dia?" soalnya lagi.
Aku menggeleng. Sesekali jari aku mengetuk stereng kereta.
"Jangan sampai Nuha bagitahu mak," ugutnya lalu senyum senget.
"Kau boleh bawak bertenang tak? Kau ingat aku ni jahat sangatkah nak buat benda tak elok dekat kau?"
Nuha tidak lagi menyoal. Dia mencebik.
Aku menolehnya sekilas.
"Aku dah minta izin dekat mak nak bawak kau keluar."
"Boleh percaya tak kata-kata abang ni?"
Aku terus menyuakan handphone aku kepadanya tanpa banyak cakap. Sebelah tangan lagi masih setia mengawal stereng dengan stabil.
"Kalau tak percaya, tengoklah sendiri," ujarku untuk menghentikan segala sangkaan buruk daripadanya.
Nuha mengambil handphone aku. Tidak lama kemudian, dia kembalikan semula. Dia terus menoleh ke luar tingkap. Sempat aku menangkap suaranya mengumam sesuatu.
Aku tahan senyum.
Kesunyian mula memenuhi ruang kereta. Aku memandu dengan tenang sehinggalah sampai di lampu isyarat merah. Kereta perlahan diberhentikan tepat pada garisan putih. Handbreak ditarik. Gear ditukar kepada N.
"Nuha nak minta maaf." Suara Nuha memecah kesunyian di antara kami. Aku pandang Nuha.
"Pardon?" Aku tak faham. Dia minta maaf sebab tadi?
Nuha diam. Dia masih lagi setia memandang ke luar tingkap.
"Kalau bukan sebab Nuha, pasti sekarang ni abang dah bahagia dengan kak Aaira kan?" Lambat-lambat dia menuturkan kata-kata itu.
Lagi sekali nama Aaira menjadi topik perbualan kami. Aaira Ayesha. Nama yang sudah lama tidak meniti di bibirku. 5 tahun bercinta kemudian putus begitu sahaja disebabkan satu salah faham.
"Jadi, kau mengaku kau bersalah?" Tidak menjawab malah menyoal semula.
Nuha lambat-lambat menggangguk. Aku pandang dia yang sedang meramas jari jemarinya. Satu tabiat dia yang aku sangat kenal dari dulu lagi jika dia berasa gelisah akan sesuatu perkara.
Lampu merah bertukar ke hijau. Aku masukkan gear satu dan handbreak diturunkan, pemanduan diteruskan lagi.
"Betullah kata kau. Kalau bukan sebab kau, mungkin sekarang aku dah kahwin dan dah anak dengan Aaira." Aku senyum kelat.
Kepala Nuha menunduk.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
NouvellesAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...