"Aku dah bagi jawapan. Kau saja yang tak nampak."
Dia tak bencikan aku? Aku tak pekak lagi dengar ayat itu tadi. Maknanya dia memang tak bencikan aku lah kan? Bibir bawahku gigit. Rasa resah. Aku duduk bersila di atas katil. Aairul tak bencikan aku lepas apa yang dah terjadi sebelum ni? Tak. Tak. Kalau dia tak bencikan aku, kenapa dia jauhkan diri daripada aku selama ini? Bukankah benci nama tu? Kalau bukan benci apa pulak?
"Asal kau tak bagitahu aku awal-awal yang kau nak balik?"
"Penting ke?"
"Penting."
"Sebab?"
"Aku tunggu kau."
Aairul tunggu aku? Dah kenapa pula dia nak tunggu aku? Untuk apa? Nak maki aku? Tapi tadi tak nampak pula dia macam nak maki hamun aku. Ah, mungkin sebab dia tengah sakit tu Nuha. Kau tunggu sahaja beberapa hari nanti. Pasti kau akan terima 'surat cinta' dari dia. Tunggu jelah nasib kau Nuha. Hati kena kental Nuha. Tak lama lagi ada tu telinga kau berasap dengar makian dia. Macamlah kau tak kenal perangai sebenar dia.
Takpa Nuha. Teruskan overthinking. Ingat. Kau kan phd dalam overthinking? Kau pakar Nuha. Terlampau pakar. Aku bangga.
Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Aku pegang kepala.Itulah fikir lagi yang bukan-bukan! Benda remeh jadi sulit.
*Tok
*Tok
*Tok
*Tok
*Tok
Pintu bilik aku diketuk sedikit kasar. Ah, sudah! Mampus.
"Nuha! Kamu jangan niat nak bertapa dalam bilik ni! Cepat keluar! Teman mak dengan abang Aairul dekat ruang tamu ni!" panggil mak diselangi dengan ketukan bertalu-talu.
Ya Allah!
Aku tekup muka dengan bantal kemudian bantal itu aku tumbuk. Melepas geram.
"Jangan sampai mak pecahkan pintu bilik kamu, Nuha!" Mak mula berang apabila tidak menerima sebarang sahutan daripada aku.
Aku memilh untuk diam. Tidak memikirkan dosa besar seorang anak apabila tidak menjawab panggilan insan bernama ibu.
"Nuha!"
Haih mak!
"Nuha!!"
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!
"Sekejap mak. Nanti orang keluarlah. Orang baru keluar dari tandas ni. "Akhirnya aku mengalah. Tipu sunat sekali-sekali takpa kan? Boleh faham tak perasaan kena paksa keluar dari bilik?
Yang tadi tak sampai setengah jam saja di luar dah cukup bagi aku sesak nafas apatah lagi nak hadap muka dia seharian di dalam rumah hari ini. Mahunya aku koma terus.
"MACAM mana keadaan kamu? Masih sakit lagi?" tanya mak penuh prihatin.
"Dah okay sikit ni mak. Terima kasih sebab dah ambil berat tentang Aairul. Aairul terhutang budi." Aairul senyum nipis.
"Eh kenapa pulak kamu cakap macam tu? Kamu itu kan anak mak. Dah jadi tanggungjawab mak nak jaga anak-anak mak. Mak risaukan kamu Aairul."
Aku mencebik. Amboi, kemain mak.
"Aairul minta maaf sebab dah buat mak susah hati." Suara Aairul mengendur. Tangan mak diambil dan dikucup lembut. Lembut sahaja tutur katanya. Amat berbeza sekali apabila bercakap dengan aku. Kasar dan dingin.
"Mak mana yang tak susah hati Aairul? Mak risaukan Aairul sebab mak sayangkan Aairul. Mak mana yang suka tengok anak dia terluka?" Mak mengeluh.
Lagi sekali aku mencebik. Habistu aku? Tak nampak pulak tengah terluka sekarang ni? Dalam pulak luka tu Tak nampak? Memanglah mereka tak nampak, Nuha. Luka kau special sikit. Luka kena palau. Sadis.
"Aairul minta maaf sekali lagi mak. Aairul janji tak buat lagi." Lagi sekali tangan mak dikucup penuh kasih sayang. Mak mengusap lembut kepala Aairul. Mata tuanya redup memandang anak sahabatnya dan tak lama kemudian mak memandang kearahku yang sejak dari tadi duduk membisu tidak jauh daripada mereka.
Ah, sudah.
"Nuha..." Panggil mak.
"Apa dia?" jawabku lambat. Nada malas.
"Dah takda suara?"
Aku dah cakap dah. Aku ni memang dianaktirikan. Banyak cakap salah. Tak cakap pun salah. Mati jelah aku.
"Nuha takda benda nak cakap."
"Kalau ye pun takde benda nak cakap, muka tu jangan ketat sangat boleh tak?" tegur Puan Anissa. Suaranya sedikit keras. Tidak senang hati dengan kelakuan aku ketika ini.
"Mana ada orang buat muka ketat," balasku tidak mahu mengalah.
"Mak nampak Nuha. Cuba senyum sikit. Kan elok tu? Manis sikit orang tengok. Pahala pun dapat." Mak mula membebel. Kepalanya menggeleng perlahan.
"Mak, kalau orang tengah sakit takkan kita kena senyum pulak? Tak ke gila tu? Yang buruk semuanya Nuha. Yang baik pulak semuanya anak kesayangan mak," sindirku. Aku ketap gigi. Aku beri jelingan padu kepada Aairul yang sedari menjadi pemerhati antara aku dan mak. Ya, dia tak salah untuk kali ini. Tapi, ada aku kesah?
Aairul perasan akan jelinganku tapi dia masih lagi tetap dengan wajah bekunya. Tidak terkesan sedikit pun.
"Astagfirullah hal adzim, Nuha. Ya Allah, mak tak tahulah apa masalah kamu ni. Bila masa pulak mak cakap kamu tu buruk?"
"Ada."
"Bagitahu mak."
"Sekaranglah." Aku peluk tubuh. Tak puas hati.
Lagi sekali mak menggeleng kepala. Tidak kurang dahinya ditepuk sekali. Sungguh dia pening kepala melayan karenah anak tunggalnya ini. Ada saja yang tak kena.
Aairul dalam diam sembunyi senyum.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Короткий рассказAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...