Aku pandang Aairul dengan rasa tak puas. Troli aku tolak dan kemudiannya aku sengaja melanggarnya tubuh di depan.
"Opss! Tak sengaja," kataku dengan senyuman nipis. Ikhlas terlalu ikhlas. Ikhlas jauh.
Aairul kerut kening. Mata dia tajam memandangku. Seperti biasa. Sesak nafas sekejap.
Tapi, padan muka! Inilah padahnya apabila suka hati saja bawak anak dara orang keluar rumah.
Aku baru saja plan nak marathon tengok kdrama hari ini. Tak pasal-pasal tergendala!
"Kau masih tak puas hati dengan aku?" tanyanya dengan mendatar.
Aku angkat bahu.
Di tangan nya ada satu tin sardin. Dia kemudian memasukkan tin sardin itu ke dalam troli. Tak habis dengan itu, Aairul beralih pula ke rak lain. Tangannya lincah memilih barang dapur dan aku pula setia mengekorinya dengan menjadi tukang tolak troli.
Dah terbalik pulak. Sepatutnya aku sibuk cari barang keperluan dapur rumah aku. Tapi ini lain orang pulak yang sibuk.
"Ada apa-apa lagi yang kau nak beli?" tanyanya apabila kami sampai ke stesen buah-buahan.
"Takda," jawabku sambil memandang sekeliling. Kemudian, aku pandang troli kami yang telah penuh dengan barang. Ini stok sebulan ke setahun?
"Okay kalau macam tu, tunggu sekejap. Aku nak beli apel merah." Aairul terus berlalu pergi.
Dia mengambil beberapa biji apel merah ke dalam plastik.
Macam biasa, apel merah dan Aairul takkan dapat dipisahkan. Kata dia, apel merah lebih manis lagi daripada apel hijau.
"Jangan ambil apel hijau. Aku tak suka. Lain kali tanya dulu sebelum nak ambik. Jangan memandai nak ambik kalau tak tahu," kata Aairul dengan menghalang aku mengambil beberapa biji apel hijau. Apel tersebut aku letak balik. Tak jadi nak ambik. Tuan badan tak nak. Aairul aku jeling sekilas. Sedikit terasa.
"Kenapa pulak? Apel hijau sedap kot." Aku pandang dia. Aku mencebik.
"Apel hijau masam. Apel merah pulak manis. Untuk pengetahuan kau, aku tak suka benda masam," ujarnya lalu memilih beberapa biji apel hijau kemudian berlalu menuju ke kaunter pembayaran.
Dasar cerewet.
"Dah sampai mana kau termenung? Paris?' sinis sahaja suara Aairul menyapa ke gegendang telinga. Terus mati lamunanku tadi.
"Sibuk jelah!" Aku mendengus. Troli aku tolak ingin menuju ke kaunter pembayaran namun, tiba-tiba ada tangan yang mengambil alih pemegang troli itu.
"Biar aku yang tolak. Kau tolak lembab sangat," katanya. Kedudukan kami amatlah dekat sehinggakan aku boleh dengar deruan nafasnya di sisiku. Aku tak berani nak angkat kepala memandangnya. Nasib baik ketinggian kami berdua amatlah ketara. Aku 163cm manakala dia pula 180cm. Nampak kan perbezaaanya di sana? Mana tak sakitnya kalau terpaksa mendongak setiap kali nak bercakap.
Aku kejung seketika. Otak tiba-tiba tak berfungsi. Perlahan aku melepaskan tangan aku dekat pemegang troli.
Lembab pun lembablah. Telinga aku dah lali dengar perkataan yang sama. Kali ini aku malas nak gaduh.
Kadang, aku sendiri pun tak faham dengan abang Aairul. Sekejap dia layan aku bagus, sekejap dia menyakitkan hati lagi. Entah. Tak faham.
"NUHA?" tegur satu suara dari arah belakang. Aku terus menoleh ke arah berkenaan.
"Faris..." kataku perlahan. Bekas rakan sekelasku.
"Kau sihat?" soalnya lalu memberikan senyuman. Aku turut tersenyum.
"Alhamdulillah, sihat. Kau buat apa dekat sini?"
"Aku teman kawan aku beli barang sikit. Lama dah tak jumpa kau. Hampir 3 tahun rasanya kali terakhir kita berjumpa."
Aku angguk kepala.
"Tak terasa kan? Pejam celik pejam celik dah 3 tahun berlalu," kataku.
Faris senyum nipis kemudian matanya meliar memandang sekeliling. Seperti mencari sesuatu.
"Kau datang dengan siapa?" soalnya.
"Aku datang dengan abang Aairul. Dia temankan aku beli barang dapur rumah aku. Tapi tadi dia cakap nak simpan barang dekat bonet sekejap. Itu yang sekarang ni aku tengah tunggu dia," jawabku panjang lebar.
"Aairul Rayqal?"
Aku angguk.
"Teman lelaki kak Aaira?" tanyanya lagi untuk kepastian.
Siapa tak kenal pasangan dua sejoli itu semasa di sekolah menengah dahulu. Ke mana sahaja pergi, pasti akan nampak mereka berdua sentiasa bersama. Tidak pernah berenggang sekalipun. Tambahan pula, Aairul memegang jawatan ketua pengawas dan kak Aaira pula sebagai penolong. Mana tak berputik kisah cinta mereka berdua, bukan?
Terbit sedikit rasa 'aneh' menjalar di hatiku apabila Faris menyebut tentang itu.
"Ya." Aku senyum kelat.
"Bila mereka nak kahwin? Lama sangat dah tu bercinta. Confirm kalau mereka kahwin nanti, anak-anak mereka pasti comel." Semakin melebar senyuman Faris.
"Faris...kau tak tahu ke?" soalku dengan kerutan.
"Tahu apa?" soalnya balik.
"Abang Aairul dan Kak Aaira dah putus." Usai sahaja aku berkata, Faris terus ketawa kecil.
"Siapa kata mereka dah putus, Nuha?"
Aku diam.
"Ini mesti kes kau kena tipu dengan abang Aairul lagi kan? Aku dengar senior kita bagitahu yang mereka berdua masih bersama. Ya memang mereka berdua tu putus...tapi sekejap. Tak lama tu, aku dengar khabar angin bagitahu yang abang Aairul datang ke rumah kak Aaira. Dia siap bawa kak Aaira pergi dating lagi kot! "
Aku terdiam lagi sekali. Terasa ditipu hidup-hidup pun ada. Mati-mati aku ingat mereka berdua dah putus. Sampai hati kau Aairul! Kau biar aku tanggung rasa bersalah selama ini.
"Borak pasal apa?" Aairul tiba-tiba muncul dengan kedua-dua tangannya berada di dalam kocek seluar. Dia berdiri di sebelahku. Tiada senyuman menghiasi wajahnya. Dingin.
Faris juga turut sama. Tak beriak. Tapi tak lama kemudian dia senyum senget.
"Takda apa. Saja borak-borak sikit sebab lama dah tak berjumpa kan Nuha? Adalah sikit borak pasal kau," kata Faris.
Aku tidak membalas. Aku pandang mereka berdua silih berganti. Tegang.
"Dah habis? Kalau dah habis, jom blah." Aairul seolah-olah tidak memperdulikan kehadiran Faris di situ. Rahangnya diketap rapat. Tangan aku ditarik pergi.
"Aku pergi dulu tau, Faris. Jaga diri." Sempat aku menitipkan pesan itu sebelum mengekori langkah Aairul.
"Kau memang tak pernah berubah Aairul..." bisik Faris perlahan. Cukup untuk didengari dia seorang.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...