BAB 6:Nuha

95 11 3
                                    

"Apa yang aku patut buat untuk kau berhenti menangis?"

"Bagitahu aku, Nuha. Apa yang aku patut buat untuk kau berhenti menangis?"

"Bagitahu aku Nuha, apa yang aku patut buat untuk sembuhkan luka di hati kau?"

"Nuha..." Namaku diseru lembut.

Melihat diri aku yang masih lagi memilih untuk membisu, tanganku ditarik lembut dan aku didudukkan di atas kerusi berdekatan dengan meja makan.

Aairul tarik kerusi yang satu lagi kemudian dia duduk berhadapan denganku.

Sekali lagi aku menundukkan kepala. Enggan bertentang mata dengannya. Air mata dikesat. Aku ketap bibir.

"Nuha..." Kali kedua nama aku diseru. Suaranya kedengaran gelisah.

Aku masih lagi tidak menyahut.

"Nuha..." Kali ketiga.

Respon aku tetap sama. Tidak menyahut.

"Tell me, Nuha. What should I do, Nuha? What should I do to relieve your pain?"

"Nothing. You can't do anything." Akhirnya aku bersuara. Aku memandangnya. Aku menggeleng perlahan.

Aairul diam.

"Takkan ada benda yang boleh sembuhkan luka ini. Tak kiralah sebanyak mana Nuha berusaha, kesakitan ini tetap sama."

Aairul tetap setia mendengar.

"Nuha taknak nampak lemah dihadapan semua orang. I thought I was strong enough to face all of this. Sadly, I was wrong. I am not strong enough yet. I'm sick of crying and tired of trying, abang." Tanpa sedar aku sudah terluah isi hati aku selama ini. Sesuatu yang aku pendam tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuk ibuku sendiri. Aku taknak meluah. Tapi mulutku memgkhianati diri sendiri. Aku benci.

"Right now, you ask me what can you do for me to relieve this pain isn't it, abang?" Aku senyum tawar.

Aairul menggangguk.

"What about you, abang? Apa yang abang buat kalau abang berada di tempat Nuha?"

Jangan sibuk nak sembuhkan diri aku, Aairul. Kau pun sama. Kehadiran kau dalam hidup aku hanya akan menambahkan lagi luka. Tolong jangan terlalu ambil berat tentang aku. Aku tak suka.

Aairul melepaskan nafas yang berat.

"Kita tak bercakap pasal diri aku sekarang ni. Sekarang ni adalah tentang kau, Nuha. Jangan risaukan aku...Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu apa yang terbaik untuk aku..." Aairul diam sejenak. Mungkin tengah mencari ayat yang sesuai.

"Nuha...kau patut lepaskan semuanya," katanya perlahan. Cukup untuk didengari aku.

"Dan abang pun sama," balasku. Aku tahu ayat itu sedikit sebanyak memberikan kesan dalam diri lelaki dihadapanku ini. Aku tahu dia faham apa yang aku maksudkan. Nak lepaskan semua? Tak semudah itu Aairul. Hanya yang pernah terseksa, akan faham bagaimana rasanya erti melepaskan rasa sakit yang sentiasa menghantui. Tak semudah itu.

Aairul pejam mata.

"Nuha okay. Abang jangan risau. It's just a nightmare. Macam biasa. Don't worry about me. Abang patut sambung tidur. Dah lewat ni." Melihat tiada sebarang balasan daripada Aairul, aku bangun dari kerusi. Terbit sedikit perasaan hampa dalam diri apabila melihat Aairul tidak memandang wajahku. Terasakah dia?

"Aku dah lama lepaskan semua yang terjadi, Nuha. Sebab itu aku berani untuk suruh kau lepaskan semuanya. Makin kau genggam, makin kau sakit. Macam mana kau nak lepaskan diri, kalau kau sendiri masih lagi pilih untuk terjerut bersama?"

Aairul turut sama berdiri menghadapku.

"Maksud abang?"

"Kau tahu Nuha. Kau tahu siapa aku dan aku tahu siapa diri kau. Aku dah lama lepaskan walaupun secara zahirnya aku masih lagi terasa sakit di tempat yang sama. Tapi, sekurang-kurangnya aku masih lagi dapat bernafas dengan tenang. Kalau aku tak lepaskan, mungkin aku tak setenang ini. Aku terima qada dan qadar Allah sebab aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancangan. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku."

Aku kerut dahi kurang memahami isi ayatnya.

"Dan aku redha kalau jalan hidup aku sudah ditentukan seperti ini. Look at me, Nuha. You said, you're not strong enough. Tak Nuha. Kau dah cukup kuat untuk sampai ke tahap ini. Kalau kau tak kuat, kau takkan mampu berdiri lagi."

Aku terkedu mendengar ayat yang baru meluncur keluar dari mulutnya. Tidak menyangka sama sekali. Buat pertama kali ini juga aku mendengar lelaki ini mahu berbual panjang denganku.

"Tapi kalau kau pilih untuk lepaskan masa lalu kau, Nuha...Trust me, kau akan lebih kuat lagi berbanding dengan yang sekarang."

Mata aku mulai berkaca kembali. Aku tersentuh dengan ayatnya. Jangan mudah tertipu Nuha, akalku menegah. Jangan mudah tertipu dengan segala kata-katanya. Tapi, kata-kata dia nampak tulus. Hatiku ku pula berkata.

"Jangan terlalu menggenggam untuk sesuatu yang kau tak patut genggam. Masa silam kau, Nuha. Dan hidup jangan terlalu menoleh ke belakang, kalau kau tahu di hadapan kau Allah dah hadirkan sebuah kebahagiaan yang lebih indah daripada sebelum ini."

Aku mati kata. Terkelu. Lagi sekali, aku kurang faham.

"Nuha...aku tahu benda ni macam random...Tapi, aku nak tanya satu soalan dekat kau dan aku pasti kau boleh jawab soalan aku. Boleh bagitahu aku apa yang muncul selepas hujan?"

Aku pandang Aairul.

"Pelangi," jawabku perlahan dan tanpa sedar bibirku mengukir senyuman.

Aairul turut sama tersenyum. Ikhlas.

Kadang, kita terlalu leka basah dalam kehujanan tanpa kita sedari disebalik hujan dan ribut yang melanda, ada sebuah pelangi indah yang menunggu masa yang tepat untuk bersinar.

Ketahuilah, hujan dan pelangi juga boleh diibaratkan sebuah pasangan yang sempurna kerana kedua-duanya saling melengkapi. Dihancurkan untuk mengajar erti kuat kemudian disembuhkan lalu dihadiakan dengan kebahagiaan yang terindah. Indah bukan?

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now