BAB 18

299 9 0
                                    

Jantung Amin berdegup kencang. Dia membalikkan tubuhnya namun tidak dapat melelapkan mata. Matanya terbuka luas seakan ada sesuatu yang menahan. Amin berasa gelisah. Dia tak pernah rasa seperti itu sebelum ni. Mindanya terbayang bayang dengan apa yang telah dia perbuat di Port Dickson.

"Apa yang aku dah buat ni?" Amin mengeluh kesal.

Dia berusaha melupakan kejadian itu namun dia berasa tak sedap hati. Dia mencapai sebatang rokok lalu keluar ke balkoni. Dia mencucuhnya rokok itu dengan api. Perlahan lahan dia menghembuskan asap ke langit malam. Perasaannya sedikit tenang. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi Asyraf.

"Hello Ash!"

"Hello Am, ada apa telefon malam malam ni?" Jawab Asyraf

"Am tak boleh tidurlah! rasa tak sedap hati" Amin meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Samalah Ash pun tak boleh tidur. Jantung ni rasa berdebar-debar" kata Asyraf

Kata-kata Asyraf membuatkan Amin sedikit lega.

"Esok kita jumpa dekat Coffea Coffee nak?" Ajak Amin

"Ash on je. Pukul berapa?" Soal Asyraf

"Pukul 9 pagi!" Jawab Amin

"Set, jumpa esok!" Balas Asyraf

Setelah meletakkan ganggang hati Asyraf berbolak balik. Dia rasa ada yang tak kena.

"Takkan sebab aku main dengan Amin?" Asyraf berbicara sendirian sambil menghembuskan asap vape.

Asyraf berusaha tak nak berfikiran buruk. Dia memasang lagu penenang sambil cuba untuk memejamkan mata. Tanpa sedar dia terlelap.

Keesokkannya tepat jam 9 pagi Asyraf sudah terpacak di Coffea Coffee. Amin yang sudah ada di meja mengangkat tangan memberi isyarat kepada Asyraf kehadirannya. Sebaik sahaja melihat isyarat Amin, Asyraf segera menuju ke meja Amin dan mengambil tempat duduk. Di atas meja sudah terhidang Latte untuk Amin dan Cappucino untuk Asyraf.

"Wah macam tahu-tahu Ash sukakan Cappucino!" Kata Ash teruja

"Am panggil ni ada sesuatu yang nak Am discuss" Amin memulakan bicara

"Discuss pasal apa?" soal Asyraf sambil menghirup minuman Cappucino.

Bibir Asyraf menjadi comot kesan dari buih minuman. Amin dengan pantas mengambil tisu untuk mengelap bibir Asyraf. Asyraf jadi malu lantas mengambil tisu dari tangan Amin.

"Ash rasa Haz dengan Dani boleh percaya ke?" Soal Amin

"Percaya apa?" Asyraf menyoal semula

"Pasal malam tu kita main dengan dia orang" Terang Amin

Asyraf terdiam. Tidak lama kemudian dia membuka mulut.

"Bukan kita buat suka sama suka ke?"

"Itu yang kita fikir. Kalau dia orang report dekat Zac or Shaz macam mana?" Amin cuba menjelaskan situasi.

"Ash yakin dia orang takkan report!" Asyraf cuba menenangkan walaupun hatinya sukar untuk percaya dengan kata kata yang diungkapkan.

"Mana Ash tau diaorang takkan mengadu?" Amin inginkan kepastian

"Entahlah, Ash tengok dia orang enjoy je!" Kata Asyraf

"Tapi Am tak sedap hati. Macam ada yang tak kena" kata Amin yang masih belum tenang.

"Macam ni Am chill dulu, pasal dia orang Ash settlekan" Jamin Asyraf

"Kalau macam tu takpelah. Am ada benda lain nak bagitahu!" Amin cuba berterus terang.

"Apa benda pulak?" Asyraf semakin pelik.

"Buat masa ni kita jangan contact antara satu sama lain. Anggap kita tak kenal satu sama lain" Luah Amin

Berderau darah Asyraf mendengar kata-kata tersebut. Entah kenapa dia berasa sakit mendengarnya. Dia hampir menitiskan air mata.

"Am tak nak burukkan keadaan. Kalau kita rapat nanti Zac dan Shaz akan suspect kita" Sambung Amin

"Takpelah kalau macam tu. Ash faham situasi kita tak mengizinkan" Jawab Asyraf lantas bangun meninggalkan Amin.

Amin cuba menghalang namun Asyraf bergerak pantas.

"Apa yang aku dah buat ni?" Amin berbicara pada diri sendiri. Perasaan bersalah semakin menebal.

Asyraf bergegas ke keretanya. Sebaik masuk kedalam kereta Asyraf menangis sepuasnya. Entah kenapa hatinya sakit sedangkan dia baru kenal Amin secara rapat selepas program Port Dickson. Padahal sebelum ini Amin bukan siapa siapa pada dirinya.

"Kenapa dengan kau ni Asyraf?" Jerit Asyraf sepuasnya.

Telefon bimbit Asyraf berdering. Nama Am terpapar di skrin. Asyraf enggan menjawab lantas menghidupkan enjin dan meninggalkan tempat itu

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now