BAB 5

510 13 0
                                    

"Kita nak makan kat mana ni?" soal Asyraf

"Kita pergi mana-mana restoran yang bukak!" Jawab Amin

Setelah puas mencari akhirnya Amin membuat keputusan untuk berhenti di Redd Place iaitu kedai makan yang seakan gerai yang terletak di tepi laut.

"Wah makan tepi laut, I like!" Jerit Asyraf teruja

Amin menggelengkan kepala melihat sikap Asyraf yang kebudak-budakan.

"Biar I pilih tempat!" Kata Asyraf

Amin hanya mengikut sahaja ke mana Asyraf membawanya hingga mereka tiba di meja yang dipilih.

"Wah, hebat ingat boleh nampak laut. Rupanya nampak jeti je!" Seloroh Amin.

Asyraf memandang Amin tajam.

"Laut punya luas , jeti jugak yang you nampak!" Asyraf mencebikkan bibir.

Asyraf memeluk tubuh tanda merajuk. Amin hanya tersenyum melihat gelagat Asyraf. Tidak lama kemudian pelayan datang memberi menu.

"Kau nak makan apa?" soal Amin

Asyraf diam seribu bahasa.

"Takpe, bagi saya nasi goreng chicken chop dengan nescafe ais. budak seorang lagi tu tak nak makan katanya dan kenyang" Amin memesan sambil memerli Asyraf.

"Tunggu kejap! I nak nasi goreng lamb chop dengan air tembikai. Apa-apa abang ni bayar. Dia nak belanja katanya" Pesan Asyraf sambil memerli Amin semula.

"Wah kau, ambik paling mahal lepas tu suruh aku belanja. Nasib baik merajuk pun comel!" Kata Amin

Asyraf merenung Amin dengan perasaan geram.

"Alololo, comelnya sesuai kalau panggil Sherap!" Usik Amin lagi.

Tidak lama kemudian pelayan datang membawa makanan.

"Ni adik encik ke?" Soal pelayan

"Eh tak, kawan tapi perangai macam adik-adik!" Gurau Amin.

Asyraf berasa panas hati.

"Oh, ingat adik. Comel kawan awak" Puji pelayan tersebut

Kata-kata pelayan tersebut membuatkan hati Asyraf menjadi sejuk. Dia mula tersenyum. Amin senang melihat Asyraf mula tersenyum. Ketika sedang khusyuk menikmati makanan Asyraf perasan Amin asyik melihatnya.

"Kenapa you ni asyik tengok I je, I ni nampak macam Ayam ke?" Tegur Asyraf

"Haah, aku nampak kau ni macam ayam rasa nak gigit je. Comel sangat!" Puji Amin

Pipi Asyraf kemerahan menahan malu. Selesai makan Asyraf mengajak Amin ke jeti melihat pemandangan laut. Suasana petang dengan bayu laut yang menghembus mebuatkan suasana terasa damai. Mereka berdua merenung ke arah laut.

"You tahu tak? I suka tengok laut" Luah Asyraf

"Kenapa?" soal Amin mengalihkan perhatian kepada Asyraf.

"You pun tahu kan buat bisnes ni bukan senang. Macam-macam cabaran. Kadang-kadang nasib tak baik rugi. Bila I tengok laut I jadi tenang. Segala benda yang buat jadi serabut terus hilang" Keluh Asyraf

"Dulu muka I banyak sangat jerawat. Tak ada siapa pun nak kawan dengan I. Semua anggap I ni jijik. Lepas I buat facial baru la orang nak pandang. Orang nak dekat" Sambung Asyraf

Amin mendengar keluhan Asyraf dengan khusyuk.

"Kalau suatu hari muka I dah buruk, you nak kawan dengan I ke?" Soal Asyraf.

"Kenapa cakap macam tu? Aku berkawan bukan sebab rupa!" Amin cuba meyakinkan.

"Itu yang selalu orang cakap tapi hakikatnya.." Asyraf tak menghabiskan ayat.

"Kalau aku ni gemuk kau nak kawan dengan aku tak?" soal Amin.

Asyraf tersentak dengan soalan Amin.

"Aku pun dulu macam kau bila gemuk tak ada orang pandang. Bila pergi gym badan dah sado semua orang kejar" Sambung Amin.

"Dalam dunia ni orang pandang rupa bukan hati. Tapi aku suka kau bukan sebab kau good looking. Tapi karakter kau" Luah Amin.

Asyraf terdiam.

"Ha, perasan la tu!" Usik Amin.

"You ni kan!" jerit Asyraf geram.

Asyraf cuba memukul lengan Amin namun Amin mengelak dan melarikan diri. Asyraf mengejar Amin hingga dia dapat melepaskan geramnya terhadap Amin. Amin cuma hanya tertawa dapat mengenakan Asyraf.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now