BAB 38 AKHIR

365 10 0
                                    

Amin berasa tenang di Semporna. Keindahan alam membuatkan dia terlupa yang dia adalah orang yang pernah hidupnya dihancurkan. Dia benar benar mahu mulakan hidup yang baru. Di Semporna dia membuat bisnes spa khas untuk pelancong yang datang ke situ. Amin menawarkan khidmat mengurut dan body scrub. Setiap hari dia melayan kerenah pelanggan yang pelbagai kerenah itu.

Sementara itu Asyraf sudah beberapa hari tiba di Semporna. Dia cuba menjejak Amin di sana namun nasib belum menyebelahinya. Lebih mencabar apabila Amin jarang membuat apa apa post di Instagran. Asyraf tidak berputus asa. Dia telah datang sejauh ini semata-mata untuk mencari Amin.

Suatu pagi dia melihat post Instagram Amin berupa gambar pemandangan dengan tag lokasi Bukit Tengkorak. Maklumat yang diperolehnya ialah setiap pagi Amin akan berada di sana untuk melihat pemandangan alam. Asyraf mencuba mencari Amin di Bukit Tengkorak setiap pagi. Namun dia belum pernah bertembung dengan Amin walaupun dalam perjalanan sekalipun. Asyraf tekad dan tidak berputus asa

Pagi Ahad Amin seperti biasa mendaki bukit tengkorak untuk menikmati pemadangan. Tiba-tiba dia teringat kepada Asyraf.

"Kenapa aku teringat kat dia ni?" Bisiknya dalam hati.

Perasaan rindunya terhadap Asyraf sangat kuat hari itu. Amin mengenang segala memorinya bersama Asyraf.

Sementara itu Asyraf mencuba sekali lagi pagi itu. Dia amat berharap sangat dapat peluang berjumpa dengan Amin. Tiba di puncak dia melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya. Asyraf bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dalam kegembiraan dia menjerit

"Amin Azlan!"

Amin tersedar dari lamunannya selepas mendengar suara yang amat dikenalinya. Dia menoleh ke belakang. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Eh, Asyraf Islam kau buat apa sini?" Soal Amin

"Ash baru pindah sini. Puas Ash cari Am sampai Ash nampak post Am kat Instagram gambar Am dekat Semporna" luah Asyraf dengan perasaan bercampur baur.

Amin teringat yang Asyraf sudah bencikannya.

"Untuk apa Ash cari Am? bukan Ash sudah bahagia ke?" jawab Amin mengalihkan perhatian ke pemandangan alam.

Asyraf terkejut dengan kata-kata Amin. Dia tidak menyangka Amin masih marah dengannya. Asyraf memeluk Amin dari belakang. Amin berasa terkejut tapi tidak melawan.

"Ash tahu Ash banyak buat salah dekat Am. Selama ni Asy tidak percayakan Am. Ash nak minta maaf dekat Am!" Asyraf berterus terang.

"Minta maaf je?" Soal Amin dengan pandangan kosong

"Ash nak hidup dengan Am sampai mati. Ash rindukan Am. Ash tak boleh hidup tanpa Am!" Pujuk Asyraf

"Ash tahu tak Am sakit sayangkan Ash. Waktu Ash tak jawab Am, Am rasa tak guna dah hidup Am" Luah Amin

"Ash menyesal buat Am macam tu. Selama ni Ash buta mata, buta hati tak nampak apa yang Am buat. Ash cuma fikir salah Am" Kata Asyraf kesal

"Ash merayu tolong bagi Ash peluang, Ash cintakan Am!" Ucap Asyraf

Amin menoleh memandang Asyraf. Dia memandang tepat ke mata Asyraf. Terpancar keikhlasan pada mata Asyraf.

"Am cintakan Ash jugak!" luah Amin lantas memeluk Asyraf

"Jangan tinggalkan Am lagi!" Seru Amin sambil menangis teresak esak.

Asyraf turut menangis.

"Ash takkan tinggalkan Am!" Jamin Asyraf

Amin dan Asyraf berkucupan bersaksikan alam sekitar yang masih belum tercemar.

"Ash janji ye apa pun jadi kita tetap stay together!" Pinta Amin

"Ash janji, Ash tetap akan stay dengan Am sampai bila bila" Janji Asyraf

Mereka turun dari bukit tengkorak dan kembali ke rumah Amin.

Setelah itu Asyraf dan Amin tinggal bersama dan memajukan bisnes Spa yang mereka namakan Spa AA.

TAMAT

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now