Amin dan Asyraf sudah bersiap menunggu Hazwan di parkir kereta. Asyraf dengan baju dan seluar Hawaii manakala Amin memakai kemeja jeans lengan pendek dan jeans pendek. Dari jauh kelihatan Hazwan dan Danish terkedek kedek menghampiri mereka.
"Sorry lambat. Tiba tiba Dani nak ikut" Hazwan memohon maaf.
"Kalau 4 orang mana muat Mini Cooper?" soal Asyraf
"Takpe naik kereta I, Honda Jazz selesa sikit" Tawar Danish
"Ok, jom gerak dah lambat ni! siapa drive?" Soal Amin
"Biar I drive ok!" Danish menawar diri.
"Ok, jom!" seru Hazwan
Hazwan duduk di seat penumpang hadapan manakala Amin dan Asyraf duduk di seat belakang. Dalam 7 minit perjalanan mereka pun tiba di Blue Lagoon.
"Tak ramai orang sini!" kata Hazwan bingung.
"Memang tak ramai, tempat ni ramai tak tahu" balas Danish
Mereka mengambil tempat untuk meletakkan barangan mereka. Sebaik sahaja dapat tempat. Amin segera melucutkan pakaiannya dan berlari ke pantai dengan berseluar mandi. Melihat Amin begitu Asyraf pantas melucutkan baju Hawaiinya meninggalkan seluar mandi yang siap dipakai sebelum bertolak lantas mengejar Amin.
"Dah macam couple aku tengok diorang!" komen Hazwan.
"Kan, nampak macam gay couple diorang ni. Jangan jangan memang couple!" ulas Danish sambil melihat Amin dan Asyraf bergurau senda bermain air laut.
Tiba-tiba kedengaran teriakan
"Dani, Haz tunggu apa lagi! Jomlah mandi!" Jerit Amin dari kejauhan.
"Haz, kau pergilah join diorang. Aku stay sini jaga barang-barang" Pinta Danish
"Ok, jaga tau! Jangan sampai kena rembat. Nanti balik berbogel kita orang" Kata Hazwan
Hazwan melucutkan baju dan dengan berseluar pendek yang dia berlari ke pantai menyertai Amin dan Asyraf.
"Dani tak join ke?" soal Asyraf
"Dia nak jaga barang. Kalau semua mandi siapa nak jaga barang betul tak?" Jawab Hazwan
"Apa, jaga batang?" Sampuk Amin
Asyraf dan Hazwan berpandangan sambil menpuk dahi lantas tertawa besar.
"Apa yang kelakarnya?" Soal Amin lagi
"Bukan batang, barang!" Jerit Asyraf ke telinga Amin
"Oh, sorry maklumlah telinga masuk air!" kata Amin tersipu malu.
"Alah Haz, Am ni bukan telinga masuk air. Otak dia yang masuk air" Bebel Asyraf
Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak. Tak lama kemudian Danish menyertai mereka.
"Eh Dani, Siapa jaga barang?" Soal Hazwan.
"Tu ada Zac dengan Shaz. Tadi waktu kau orang mandi Zac whatsapp aku tanya aku kata mana. Entah macam mana tiba-tiba Dia orang muncul" Jawab Danish
Dari kejauhan Zacrul dan Shaz melihat rakan-rakan mereka sedang bersuka ria bermandi pantai.
"Betul ke kau nak buat ni Zac?" Soal Shaz
"Zac dah lama makan hati dengan cara orang layan Zac. Kali ni Zac akan pastikan rancangan Zac berhasil hahaha!" Jawab Zacrul sambil ketawa jahat.
"Seram pulak dengar kau punya ketawa" Seloroh Shaz
"No worries, takkan ada yang tersakiti. Zac nak tengok sejauh mana diaorang nak pergi" Kata Zacrul bersahaja.
"Aku tengok Amin dengan Asyraf tu rapat sangat padahal dia orang competitor kot?" Shaz cuba mengalih perhatian
"Memang sengaja Zac dekatkan dia orang" Komen Zacrul
"Kenapa?" Soal Shaz kebingungan
"Dia orang ni agak rare. Orang lain competitor bersaing. Diorang support each other. Sweet sangat!" Ulas Zacrul
"Kan dah macam couple pula" Kata Shaz sambil merenung ke pantai.
"Kalau dia orang couple siapa suami, siapa isteri?" Zacrul cuba menguji Shaz
"Aku tengoklah Amin tu ada gaya suami, maskulin dan macho. Asyraf tu sesuai jadi isteri sebab manja dan menggoda. Tengok shooting semalam boleh nampak dah" Jawab Shaz panjang lebar
"Rugi pulak Zac tak join shooting semalam!" Zac mengeluh
"Takpe kita tengok footage nanti" Pujuk Shaz
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanficWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...