BAB 26

216 8 0
                                    

Asyraf mendapat mesej dari Zacrul supaya datang ke pejabatnya. Namun dia enggan datang bersendirian. Dia meminta Fekri menemaninya namun Asyraf perlu masuk ke pejabat seorang diri manakala Fekri menunggu di dalam kereta. Dalam perjalanan menuju ke pejabat Zacrul dia melalui bilik dimana Shaz dan Amin berada dan mendengar semua perbualan antara Shaz dan Amin.

"Jadi semua ni kerja Haz?" Soal Asyraf pada diri sendiri.

"Ash termenung apa tu, jom pergi office!" Tegur Zacrul yang kebetulan dalam perjalanan ke pejabat.

Asyraf mengekori Zacrul ke pejabatnya. Sebaik masuk ke dalam Zacrul mempersilakan Asyraf untuk duduk.

"Ash tahu kan yang video viral tu menjejaskan projek kita?" Zacrul memulakan bicara.

"Maafkan I, tapi sejak bila you panggil I Ash?" Soal Asyraf kebingungan.

"Sejak hari ni. Not a big deal cuma I need your help!" Balas Zacrul bersahaja

"Tapi I tak tahu menahu pasal video tu. Ni salah Amin bukan salah I" Asyraf membela diri.

"That's the problem! Zac nak Ash dengan Am cooperate clearkan nama you guys. Kalau you guys keep blaming each other, project Zac lebur macam tu je!" Tegur Zacrul

"I tak nak tolong orang yang cemarkan maruah I!" Bantah Asyraf

"Ash dengar sini, kalau you tak nak tolong Am you kena tolong diri sendiri like siasat siapa yang sebarkan video. Bukan maruah you je tercemar, Am pun sama but he did well!" Tegur Zacrul dengan nada lebih keras.

Asyraf terdiam. Tidak lama kemudian dia bersuara.

"Anything else?"

"Nothing! kalau boleh I nak you guys clearkan nama you guys as soon as possible" Kata Zacrul.

"Berikan I masa. Kalau takde hal lain I minta diri dulu" Asyraf meminta diri untuk beredar.

Asyraf bangkit meninggalkan pejabat Zacrul. Sekembalinya ke kereta, Fekri menegur.

"Why muka masam je?"

"Zac nak I clearkan nama I. Lepas tu dia nak I cooperate dengan Amin memang tak la!" Jawab Asyraf sambil mencebikkan bibirnya.

"Ok apa kata I bawak you pergi buat little vacation untuk hilangkan you punya stress" Cadang Fekri

"Little vacation? pergi mana?" Asyraf jadi tertanya tanya

"Just pergi Genting je. Kita stay one night then esok kita balik. Nak?" Terang Fekri

"Pakai macam ni pergi Genting?" Soal Asyraf ragu.

"No la, I hantar you balik rumah la untuk you bersiap lepas tu kita gerak. Deal?" tawar Fekri dengan nada memujuk

"Ok, deal!" Asyraf bersetuju dengan tawaran Fekri.

Fekri menghantar Asyraf pulang seperti yang dijanjikan manakala dia kembali ke rumah untuk bersiap. Sebaik sahaja sampai di rumah dia mendapat panggilan dari Amin.

"Hello Fiq, Asyraf macam mana?" Amin bertanya khabar.

"You ni call I terus tanya Asyraf, bukan nak tanya I apa khabar?" Tegur Fekri

"Sorry Fiq, You apa khabar?" Amin membetulkan kesilapannya.

"I ok je, Asyraf dah ok sikit tapi dia masih stress. I ingat nak bawa dia pergi genting untuk release tension" Jawab Fekri

"Ok, buat la apa pun janji jangan bagi dia stress, sedih. I nak you make sure dia happy je" kata Amin

"You can count on me. Ok I nak gerak jemput Asyraf nanti apa apa I roger ok!" Janji Fekri lantas menamatkan panggilan.

Fekri kembali ke rumah Asyraf. Dia dapati Asyraf sudah siap menunggu. T Shirt hitam tanpa kolar dan jeans hitam yang dipakainya membuatkan Asyraf kelihatan seksi. Mereka memulakan perjalanan ke Genting Highland

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now