BAB 17

356 11 0
                                    

Sebaik sahaja sampai ke rumah Hazwan segera ke bilik peribadinya sambil membawa kameranya untuk memindahkan data rakaman dari kamera ke PC. Hazwan enggan bertangguh bimbang rakaman hilang dan akan jadi masalah untuk dia menjawab dengan Zacrul. Kerana pemindahan data rakaman mengambil masa yang lama Hazwan terlelap di hadapan PC.

Hazwan terjaga sebaik sahaja mendengar deringan telefon bimbitnya. Dalam keadaan mamai dia terkejut skrinnya memaparkan video lucah. Semakin diamati rupanya itu adalah video dia dan Danish diperkosa secara bergilir-gilir oleh Amin dan Asyraf. Dia kecewa kerana diperlakukan begitu oleh orang yang dianggap sebagai kawan.

Telefon bimbitnya kembali berdering. Dia melihat nama Dani pada skrin telefon. Dia cepat cepat menjawab.

"Wei apasal call tak angkat? Nak keluar makan ke tak?" Jerkah Danish

Kalau ikut sakit hati dia malas nak keluar tapi memandangkan Danish perlu tahu apa yang berlaku dia pun menjawab

"Kejap aku nak siap kejap. Kau kat mana?"

"Kat depan rumah kau. Cepat sikit!" Jawab Danish kasar.

Hazwan segera bersiap dan keluar dari rumah. Dia mendapati Danish dengan muka bengis sedang menunggu.

"Kau dah kenapa wei aku call tak jawab?" Herdik Danish

"Sorry aku tertidur bila aku terjaga aku ternampak sesuatu yang penting berkaitan dengan kita" Hazwan memohon maaf.

"Pasal kita? apa yang penting sangat?" Soal Danish ingin tahu.

"Nantilah dekat kedai makan nanti" Jawab Hazwan

"Oklah aku pun dah kebulur. Nak makan kat mana?" soal Danish lebih lembut.

"Kita makan kat restoran Rosthaithai" jawab Danish yakin

"Ok set!" kata Danish ringkas.

Mereka pun masuk ke dalam kereta Honda Jazz Danish dan memulakan perjalanan ke restoran yang dimaksudkan. Sebaik sampai mereka segera memesan makanan. Setelah selesai Danish bersuara

"Tadi kau cakap ada benda yang penting pasal kita?"

"Kau ingat tak waktu kita kena bermalam kat bilik Amin?" Hazwan memulakan cerita

"Ingat, tapi apa kena mengena dengan kau tertidur?" Danish tertanya tanya.

"Bagilah aku cerita dulu!" Hazwan merengus

"Ok cerita!" Danish cuba memujuk

"Malam tu Amin offer nak urut kita kan?" Soal Hazwan

"Ye betul lepas tu apa kaitannya?" Danish jadi semakin bengang

"Macam ni, sampai rumah aku transfer recording shooting kat PC. Sebab lama sangat aku tertidur. Aku terjaga bila kau call. Aku nampak video kita.." Hazwan tidak menghabiskan ayatnya.

"Video kita apa?" Danish jadi semakin ingin tahu.

"Video kita kena rogol bergilir gilir dengan Amin dan Asyraf" Jawab Hazwan perlahan

"Apa, rogol?" teriak Danish

"Shh...! kau ni nanti orang dengar" Kata Hazwan dengan nada berbisik.

"Betul ke ni?" soal Danish

"Betul, aku rasa Amin letak something dalam kopi kita sebab tu kita tak ingat apa apa" Terang Hazwan

"Patutla bontot aku rasa semacam je. Lepas tu ingat tak apa yang Amin cakap waktu nak balik?" Danish mula menangkap sesuatu

"Apa yang jadi kat sini stay sini" Hazwan mengingatkan.

"Ye doh, Banyak kali dia ulang ayat tu. Rupanya ada udang di sebalik batu" Kata Danish

"Patutlah siap bagi gift rupanya gift sebab dapat kerjakan kita" Tambah Hazwan memanaskan suasana.

"Mana video tu?" soal Danish

"Nanti balik aku tunjuk" Ujar Hazwan

Perbualan mereka terganggu apabila makanan sampai. Walaupun lapar mereka seakan tak berselera memikirkan perbuatan Amin dan Asyraf terhadap mereka.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now