Seminggu kemudian Zacrul menemui Amin di rumahnya tentang kes video yang tular.
"Apa you dah buat Amin? Hancur projek Zac sebab video viral tu!" Jerkah Zacrul
"Am tak tahu macam mana boleh ada video tu! Am tak rakam pun" Amin cuba pertahankan diri
"Kalau you tak rakam macam mana boleh ada video?" Zacrul mempersoalkan Amin
"Am betul betul tak tahu. Takkan am nak musnahkan projek kita dengan buat video bodoh tu!" Amin mula meninggikan suara.
"Ok, video tu dekat Lexis kan?" Soal Zacrul lebih tenang.
"Am tak boleh fikir apa apa. Am first time main dengan Ash kat sana!"Jawab Amin
"Ash, siapa tu?" Zacrul jadi bingung
"Ash, Asyraf" kata Amin ringkas
"I see, kita kena cooperate untuk bersihkan nama you dengan Asyraf" Pujuk Zacrul
"Tapi Asyraf dah bencikan Am, Am dah tak boleh contact dia dah. Banyak kali call pun tak jawab" Keluh Amin
"Susah juga, takpe Zac minta tolong Fiq" Zacrul cuba membantu
"Fiq?" Amin kebingungan
"Fekri Ahmad. Takkan you tak kenal?" Zacrul cuba mengingatkan
"Oh Fiq tu. Apa je yang dia boleh tolong?" Soal Amin dengan mengerutkan dahi.
"Fiq kan rapat dengan Asyraf sejak diaorang buka bisnes baju melayu. Mungkin Fiq boleh pujuk Asyraf" Zacrul cuba meyakinkan Amin
"Am harap macam tu lah" Jawab Amin ragu.
Sementara itu sudah seminggu Asyraf tak keluar rumah. Tak makan tak minum. Asyraf tertekan memikirkan nama baiknya dan masa depan perniagaannya.
"Macam mana aku nak hidup? Ni semua kerja kau Amin sengaja nak musnahkan hidup aku!" Asyraf membentak memukul lantai yang tak bernyawa.
Dia mengenang detik malam dia dan Amin bersama di mana Amin menggoda dengan meraba punggungnya. Dia berasa jijik dengan perbuatan Amin. Dia menyesal menyertai projek Zacrul.
"Kalau aku tak setuju projek Zac takde aku jadi macam ni" Keluh Asyraf
Telefon Bimbitnya dipadamkan supaya tiada siapa dapat menghubungi. Perutnya berkeroncong meminta diisi kerana telah seminggu tak makan.
"Aku takkan maafkan kau!" Jerit Asyraf sekuat hati.
Kerana keletihan dia tertidur.
Amin baru tiba di rumah dari pejabat Zacrul. Dia masih memikirkan tentang Asyraf. Sudah seminggu dia tidak berhubung dengan Asyraf. Dia tak tahu nasib Asyraf sekarang. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Sebaik membuka pintu kelihatan Zacrul dengan seorang jejaka tampan iaitu Fekri
"Am, ni Fekri. Dia akan tolong you settlekan pasal Asyraf!" Zacrul memperkenalkan jejaka itu.
"I, Fekri. Panggil Fiq je!" Fekri perkenalkan diri.
"I, Amin Azlan" Amin memperkenalkan diri.
"You la lelaki macho yang viral tu kan?" Soal Fekri.
Amin hanya mendiamkan diri. Dirinya terasa terhina.
"Sorry, I takde nak sakitkan hati you. Maksud I, video demo urut konek tu memang you kan?" Fekri cuba membetulkan kesilapannya.
"Yes tu dah lama dulu" Jawab Amin
"By the way, Zac ada urusan kena gerak dulu. Am settle dengan Fiq ye!" Zacrul meminta diri untuk beredar.
"Jemput masuk!" pelawa Amin
Mereka pun masuk ke dalam rumah. Amin menghidangkan air kopi tenaga yang selalu dia minum.
"Jemput minum, ni kopi tenaga produk I bagus untuk orang lelaki" Kata Amin sambil menghulurkan secawan kopi kepada Fekri.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanfictionWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...