BAB 37

253 7 0
                                    

Shaz menghantar Amin ke lapangan terbang KLIA2. Sebaik tiba Shaz bertanya satu soalan

"Betul ke kau nak stay Semporna?"

"Betul! kalau boleh aku tak nak ada kaitan dengan masa silam aku" Jawab Amin

"Betul kau tak nak bagitahu Asyraf?" Shaz inginkan kepastian.

"Biar la dia, kalau dia rasa nak cari aku terpulang" Jawab Amin tanpa perasaan.

"Aku bersimpati dengan nasib kau dan Asyraf. Kalau lah masa boleh diundur" keluh Shaz

"Benda dah jadi, aku pun tak minta jadi macam ni" kata Amin pasrah

Setelah mengucapkan selamat tinggal Shaz pun beredar meninggalkan Amin. Sebaik sahaja Shaz tiba di rumah kelihatan Asyraf sudah menunggunya.

"Asyraf buat apa kat sini?" Soal Shaz.

"I dapat tahu Amin tinggal dengan you! Betul ke?" Asyraf inginkan kepastian.

Shaz tidak berani memandang Asyraf.

"Cakap la mana Amin!" paksa Asyraf

"Amin baru pergi. Shaz baru hantar kat KLIA2" jawab Shaz

"Asyraf sayangkan Amin ke?" Soal Shaz pula.

"I sayangkan dia. I menyesal buat tak endah kat dia. I nak jumpa dia untuk tebus balik kesalahan I" Kata Asyraf jujur.

"Kalau Asyraf sayangkan dia pergilah cari dia kat KLIA2. Sebelum dia naik flight!" Gesa Shaz

"Flight dia pukul berapa?" Asyraf ingin tahu.

"Pukul 12, sempat lagi ni. Pergi la!" Arah Shaz

Mendengar kata kata Shaz dia terus masuk ke dalam kereta memandu ke KLIA2. Dia memandu dengan laju dengan harapan sempat bertemu dengan Amin. Namun tidak dijangka dia terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.

Sementara itu di KLIA2 Amin sengaja melengahkan masa untuk ke balai perlepasan dengan harapan dapat bertembung dengan Asyraf walaupun dia tahu perkara itu mustahil berlaku. Hati kecilnya berharap agar Asyraf mencarinya. Setelah lama menunggu Amin akhirnya bergerak ke balai perlepasan.

Asyraf terlewat sampai ke KLIA2. Namun dia masuh berharap Amin belum bergerak ke balai perlepasan. Malangnya Asyraf terlewat 5 minit. Asyraf cuba mencari Amin di segenap penjuru namun kelibat Amin kelihatan hingga akhirnya dia kelelahan. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari bermakna Amin sudah berlepas meninggalkan KL. Hati Asyraf hancur luluh tidak dapat bertemu dengan Amin buat kali terakhir.

Asyraf balik ke rumah dalam keadaan kecewa. Kerana kepenatan dia tertidur. Petang itu sebaik sahaja Asyraf bangun dia membuka laman Instagram. Tiba-tiba kelihatan foto Amin dengan tag lokasi Semporna. Dia bergegas menelefon Shaz.

"Hello Shaz, I nak tanya you something boleh?" soal Asyraf

"Asyraf nak tanya apa?" Shaz pelik tiba tiba Asyraf menelefonnya.

"Betul ke Amin pergi Semporna?" Asyraf inginkan kepastian.

"Betul, dia stay sana selama-lamanya!" Shaz tak mampu lagi menyimpan rahsia.

Kata-kata Shaz itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Kini dia tahu apa yang dia perlu buat.

"Shaz, I nak minta tolong you boleh?" Pinta Asyraf.

"Tolong apa?" Shaz jadi bingung

Asyraf menerangkan rancangannya kepada Shaz tentang urusan perpindahannya ke Semporna. Shaz cuba membantu apa yang dia mampu.

Setelah sebulan Shaz menghantar Asyraf ke KLIA2

"Shaz nak ucap good luck untuk Asyraf kat sana nanti" Kata Shaz sambil menepuk bahu Asyraf.

"Thanks Shaz sebab dah tolong I. I tak tahu macam mana nak balas budi Shaz" Ucap Asyraf.

"No problem, Shaz cuma harap yang terbaik buat Asyraf kat sana nanti" Balas Shaz

Mereka berpelukan sebagai tanda perpisahan.

"Kirim salam dekat Amin nanti ye!" kata Shaz sebelum beredar meninggalkan Asyraf.

Asyraf tekad untuk mencari Amin dan takkan meninggalkan Amin buat selama lamanya.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now