Sudah 30 minit Asyraf menunggu di Little Bourke tapi tak nampak kelibat Amin
"Mana mamat ni? kata pukul sembilan ni dan sembilan setengah dah" Rungut Asyraf
Asyrah menjadi gelisah dan berfikir bukan-bukan
"Kena tipu ke ni? Ke dia terlupa?" keluh Asyraf lagi
"Lagi sepuluh minit tak muncul baik chow je" Asyraf hilang sabar.
Setelah 10 minit berlalu tiada tanda Amin muncul Asyraf bangkit meninggalkan kafe. Sebaik sahaja dia membuka pintu dia melihat kelibat seseorang nampak pucat dan tercungap-cungap.
"Sorry, tadi aku stuck dalam jem sebab tiba-tiba kena settle urgent delivery pagi tadi. Nak call bateri phone mati pulak" kata Amin tercungap-cungap
Melihat keadaan Amin, perasaan Asyraf bertukar dari marah ke simpati.
"Kau nak balik dah ke?" soal Amin
"Eh tak la, I baru nak check you dah sampai ke belum! Jom masuk, kesian you terkejar-kejar!" Ajak Asyraf
Mereka pun mengambil tempat duduk.
"Kau nak order apa?" Tanya Amin
"I biasa order Cappucino je!" Jawab Asyraf
Amin memanggil pelayan.
"Yes sir, do you need anything?" Tanya pelayan
"Give me Cafe Latte and for him Cappucino!" Pesan Amin
"Anything else?" Tanya pelayan lagi
"Give one big breakfast, Asyraf kau nak makan apa apa tak?" Soal Amin
"Takpe, I dah breakfast pagi tadi" Asyraf menolak untuk memesan makanan.
"Ok just one big brekfast!" Kata Amin kepada pelayan
"Ok, one Cafe Latte, one Cappucino and one big breakfast" Ulang pelayan itu lalu beredar.
Setelah memesan makanan perhatian Amin kambali tertumpu kepada Asyraf.
"Aku minta maaf banyak banyak sebab buat kau, semalam terlupa cas phone lepas tu tiba-tiba ada customer nak urgent delivery. Aku dah gerak awal jalan jem pulak." kata Amin kesal
"Takpe, busy jugak ye you ni!" Balas Asyraf.
"By the way hari ni memang kau free ke atau ada hal lain kejap lagi?" Amin mahukan kepastian.
"I free je hari ni takde apa-apa nak buat" Jawab Asyraf.
"Kalau aku ajak jalan jalan kau nak tak? Bukan apa sebagai ganti masa kau yang terbuang tadi" Pelawa Amin.
Hati Asyraf berbunga-bunga. Dia takkan menolak untuk keluar dengan idola yang kacak dan sasa seperti Amin.
"Boleh, I pun bosan sangat duduk kat rumah" Asyraf menerima pelawaan Amin.
"Ok, lepas ni ikut aku. Jangan risau aku drive. Dah settle nanti aku hantar kau balik" Kata Amin
Selesai makan Amin membawa Asyraf ke Alamada menonton wayang filem seram. Walaupun cerita tak seram mana Asyraf lebih banyak menjerit ketakutan. Sebaik wayang tamat Amin bertanya sesuatu.
"Kau memang penakut ye?"
"Eh, takdela!" Jawab Asyraf malu
"Cerita tadi tak seram pun!" Komen Amin
"Memang tak seram tapi banyak terkejut je" Bantah Asyraf.
"Lepas ni kita nak kemana?" Soal Asyraf.
"Kita pergi Tasik Putrajaya. Kat sana tenang nak lepak. Boleh berborak" Jawab Amin
Mereka meninggalkan Alamanda menuju ke Tasik Putrajaya. Hari pun sudah petang. Amin berjalan ke tempat duduk sambil melihat orang beriadah.
"Kau dah kahwin dah?" Soal Amin
"Belum lagi! I kan muda lagi. You tu dah kahwin dah?" Asyraf memulangkan paku buah keras
"Aku tak kahwin lagi, dulu pernah plan nak kahwin tapi ex aku kantoi curang. So aku fokus kat bisnes je sekarang" Jawab Amin
"I'm so sorry, I takde niat pun nak buat you sedih" Asyraf memohon maaf
"Benda dah lepas. By the way kau main gym tak?" Soal Amin.
"I main gym tapi kat area rumah je!" jawab Asyraf
"Kalau kita jadi partner gym nak tak? Kita boleh main gym sama-sama" Tawar Amin
"Eh mestilah nak. I bosan main gym takde partner member semua busy kerja" kata Asyraf Girang
Dalam hati Asyraf berbunga-bunga dapat jadi partner gym dengan idola kesayangannya. Mereka bertolak pulang menjelang maghrib. Sebaik sampai di rumah Asyraf membaringkan diri ke katil kepenatan. Dia tertidur dengan mimpi indah bersama Amin.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanfictionWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...