"Video kita dah viral dekat Telegram dengan Twitter. Kenapa kau buat aku macam ni?"
Itulah kata-kata terakhir yang dia dengar dari Asyraf. Paling mengejutkan Asyraf membahasakan dirinya 'Aku'
Amin menonton semula video seksnya yang tular di Telegram. Rakaman berdurasi 3 jam itu memang sah dirakam sewaktu dia bersama Asyraf di Port Dickson. Dia masih bingung bagaimana aksi mereka dirakam sedangkan dia tidak bawa kamera apa lagi merakam aksi seks yang bakal membuatkannya malu.
Otaknya ligat memikirkan dalang yang rakam video tersebut,
"Kat PD cuma ada aku dengan Ash, kalau Ash yang record kenapa dia marah aku?"
Dia tak senang duduk. Dia melihat sejarah panggilan yang banyak dari Asyraf. Bahkan bertalu-talu mesej whatsapp dari Asyraf yang merupakan tuduhan-tuduhan yang membuatkan hatinya hancur lebur. Dia teringat selepas tamat mesyuarat bersama agen jualannya dia terus pulang ke rumah dan tertidur.
"Apa aku dah buat ni?" Amin memarahi dirinya.
"Kalau aku tak tidur tadi mesti aku boleh explain kat Ash. Dah tentu Ash tak marah macam tadi" keluhnya lagi.
Amin tak tahu nak buat apa. Maruahnya telah hancur. Imejnya sebagai lelaki sejati kini sudah tercemar teruk. Ramai memandang serong terhadapnya. Kalau yang tular video seksnya bersama perempuan mungkin dia boleh baiki imejnya tapi yang tular adalah videonya melakukan seks gay yang dianggap jijik oleh masyarakat.
"Kat mana aku nak letak muka aku!" Jerit Amin
Dia berasa kesal kerana terlalu mengikut nafsunya.
"Kalau aku tak main dengan Ash semua ni tak jadi!" Keluh Amin
Dia cuba menghubungi Asyraf namun jawapan yang dia terima cuma nombor tiada dalam perkhidmatan. Dia cuba menghantar mesej whatsapp namun nombornya sudah disekat oleh Asyraf. Dia tidak berputus asa. Dia cuba menghubungi Asyraf dengan nombor lain namun tidak berangkat bahkan nombor tersebut disekat tidak lama kemudian.
Amin jadi tak tentu arah. Dia tak terfikir akan kehilangan Asyraf dalam sekelip mata.Dia membuka galeri telefon melihat gambarnya bersama Asyraf. Dia mengenang detik detik manisnya sepanjang bersama Asyraf.
"Ash, jangan tinggalkan Am!" rintih Amin sambil memeluk telefon bimbitnya.
Amin berasa sesuatu yang pernah dirasakan sebelum ni ketika ditinggalkan teman wanitanya. Rasa sakit yang amat mendalam. Rasa rindu yang parah. Dia sedar yang dia sebenarnya sayangkan Asyraf.
Tidak lama kemudian Dia menerima panggilan dari salah seorang agen jualannya yang bernama Adam.
"Amin, banyak costumer cancel order. Ada agent berhenti sebab rugi"
"Berapa ramai agent yang tinggal?" Soal Amin
"Saya seorang!" Jawab Adam
Tubuh Amin jadi lemah tak bertulang. Dia takutkan benda lain rupanya benda yang lebih menakutkan berlaku.
"Kenapa mesti akuuuu?" Jerit Amin
Hidup Amin berputar 180 darjah. Perniagaannya hancur lebur, maruahnya diinjak injak dengan cemuhan masyarakat dan dia juga kehilangan orang yang disayangi iaitu Asyraf.
Tak lama kemudian dia menerima panggilan dari Zacrul.
"Amin, apa semua ni?" Soal Zacrul
"Kenapa?" Amin kebingungan
"Why you do stupid thing like this?" Zacrul mahukan penjelasan
"Am, tak faham apa maksud Zac?" Amin masih tak dapat menangkap maksud Zacrul
"About the viral video. You tak fikir ke bila buat?" Tegur Zacrul
"Am yang salah sebab ikut nafsu!" Amin mengaku kesilapannya.
"Zac tak kisah you nak main dengan siapa pun. You nak rakam pun itu bukan masalah Zac tapi kenapa buat sampai jadi Viral?" Soal Zac
"Am tak rakam video tu" Amin mempertahankan diri.
"Tapi Asyraf kata you yang rakam dan you yang viralkan video tu. Apa semua ni?" Jerkah Zac
"Sumpah Am tak buat semua tu!" Amin bersumpah.
"I nak jumpa you next week lepas I balik dari Vietnam!" kata Zacrul lalu menamatkan panggilan.
Amin duduk bersandar di katilnya lalu menangis
"Sampai hati Ash tuduh Am macam tu" rintih Amin.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanfictionWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...