Asyraf menuju ke komputer peribadinya. Dia memasang Pendrive yang diberikan Shaz kepadanya dan membuka fail di dalamnya. Dia menonton video ini dari mula hingga tamat. Dia mengingat pengakuan dari Hazwan dan Danish tempoh hari kerana video ini mereka menganggap diri mereka dirogol. Dan kerana video ini mereka menyebarkan video seksnya bersama Amin. Dan kerana video viral itu hidupnya musnah hingga dia menjauhkan diri dari Amin hingga Amin akhirnya meninggalkan dirinya.
Setelah apa yang berlaku kepadanya dan ucapan maaf yang dia lontarkan tempoh hari hanya menjadi kata-kata tak bermakna. Hatinya dipenuhi perasaan dendam terhadap Hazwan dan Danish. Dia menelefon Fekri.
"Hello Fiq, esok you free tak?" tanya Asyraf.
"Esok I free petang. Kenapa?" Soal Fekri semula
"Esok I nak you datang ke Coffea Coffee. Ada hal I nak discuss" Kata Asyraf.
"Ok kita jumpa esok!" Janji Fekri
Fekri menamatkan panggilan.
"Siapa tu?" Soal Amin yang baru selesai mandi.
"Asyraf, dia nak jumpa I" Jawab Fekri
"You jangan bagitahu dia yang I ada dengan you ok!" Pinta Amin
"Ok, beres!" Jamin Fekri.
Sementara itu Asyraf memulakan kerja mengedit video yang diberi oleh Shaz dengan mengaburkan mukanya dengan Amin dan membiarkan muka Hazwan dan Danish kelihatan. Dia gigih mengedit video tersebut sebelum bertemu dengan Fekri esok petang. Selama berjam-jam dia bersengkang mata untuk menyiapkan kerja editing video sehingga dia terlelap di meja komputer.
Keesokkan pagi sebaik Asyraf terjaga dia terus menelefon Hazwan.
"Hello Haz, petang ni you dengan Dani free tak?" Tanya Asyraf
"Hello Asyraf, petang ni free. Kenapa?" Balas Hazwan
"Hari tu you ada mintak tolong I pasal ganti rugi Zac kan?" Soal Asyraf
"Betul, you boleh tolong ke?" Hazwan bagaikan tak percaya.
"I sendiri tak boleh tolong. Tapi I ada kawan yang boleh tolong you guys!" Jawab Asyraf
"Terima kasih Asyraf!" Ucap Hazwan
"Petang ni datang kat Coffea Coffee tepat jam enam petang" beritahu Asyraf
"Baik, petang kita orang datang. Terima Kasih banyak-banyak!" Ucap Hazwan bersyukur.
Petang itu jam 5 petang Fekri datang ke Coffea Coffee seperti yang diminta oleh Asyraf. Kelihatan Asyraf sudah menunggunya.
"Hai Asyraf! dah lama I tak jumpa you lepas balik dari Genting" Sapa Fekri
Fekri mengambil tempat duduk.
"Fiq, I nak tanya you something boleh?" Soal Asyraf.
"Tanyalah, I ok je!" Fekri tidak mengesyaki apa-apa.
"Kenapa you tak bagitahu I yang you kenal Amin?" Soalan Asyraf ni membuatkan Fekri tergamam.
"Yes I kenal Amin sebab dia minta tolong I cari dan tengokkan you!" Jawab Fekri.
"Kenapa you tak pernah cerita dengan I?" Asyraf memarahi Fekri.
"You dah lupa ke waktu I jumpa you condition you agak teruk. Hari-hari you cakap takkan maafkan Amin. I tak berani buka mulut tentang Amin takut you marah I" Fekri membela diri.
Asyraf tergamam mendengar penjelasan Fekri.
"You tahu tak Amin kat mana?" Soal Asyraf.
Fekri hanya menggelengkan kepala. Dia sudah berjanji dengan Amin untuk tidak memberitahu Asyraf keberadaannya.
"Nevermind, by the way I datang kat sini sebab I nak buat plan balas dendam dengan orang hancurkan hidup I" Beritahu Asyraf.
"Siapa?" Soal Fekri bimbang
"Orang yang viralkan video seks I. Pukul enam nanti dia orang akan datang sini. I nak you pura-pura jadi orang yang nak tolong dia orang" Pinta Asyraf
Tepat jam enam petang Hazwan dan Danish tiba.
"Jemput duduk!" pelawa Asyraf
"Lets me introduce, ini Fekri Ahmad orang yang boleh tolong you untuk bayar ganti rugi Zac" Asyraf memperkenalkan Fekri kepada Hazwan dan Danish
"Hai, I Fekri, call me Fiq"
"I Hazwan, panggil Haz"
"Danish, just call Dani"
Mereka berjabat tangan sesama mereka.
"I boleh tolong you guys, cuma you kena cerita kat I masalah you guys!" Fekri mula masuk jarum
Petang itu Fekri berpura-pura perihatin dengan masalah Danish dan Hazwan. Dalam hati dia gembira kerana dia ada mangsa baru utntuk diratah. Dia berjanji akan berbincang lebih lanjut dengan Danish dan Hazwan di rumah Hazwan malam nanti.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanficWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...