BAB 31

233 6 0
                                    

Danish dan Hazwan bingung untuk membayar ganti rugi kepada Zacrul. Mereka tidak mempunyai wang kerana mereka adalah freelancer dan pendapatan mereka bergantung kepada projek yang mereka jalankan.

"Kalau kau tak cerita pasal video tu mesti aku tak terlibat dalam kes ni!" Danish memarahi Hazwan

Hazwan mendiamkan diri

"Tengok apa dah jadi dengan kita? Mana nak cari duit? Dahla kita kena rogol!" Danish mengomel.

Hazwan tidak tahan lagi lalu bersuara

"Ya memang salah aku bagitahu kau pasal video tu. Tapi kau jugak yang nak ambik tahu. Kau jugak yang suggest kita report kat Zac dan Kau jugak yang upload video tu!"

Danish terdiam. Dia teringat malam dia dan Hazwan menonton video itu kerana terlalu geram dia pun mencadangkan kepada Hazwan

"Aku geram la Amin dengan Asyraf buat kita macam ni. Apa kata kita report dekat Zac mana tau dia boleh tolong?"

Dia tak menyangka perbuatan itu akan memakan diri mereka semula.

"Kalau kita report polis dah settle dah! Takpe la kalau malu pun tapi takde la jadi macam ni" Keluh Danish

"Aku ada satu idea, kita kena mintak tolong Asyraf jugak macam mana pun" Cadang Hazwan

"Dia nak ke tolong kita?" Persoal Danish.

"Itu belakang kira. Lagipun dia dah maafkan kita" Bidas Hazwan.

"Kalau macam tu apa kata kita call Asyraf. Harap-harap dia boleh tolong!" Cadang Danish

Hazwan menghubungi Asyraf.

"Hello Haz, ada apa call?" Soal Asyraf serius.

"Kita orang nak minta tolong pasal ganti rugi!" Hazwan berterus terang.

"Kan I dah cakap I tak boleh tolong part tu!" Balas Asyraf

"Tolonglah please!" Rayu Hazwan

"Tengoklah nanti macam mana. Sekarang I ada benda nak settle! Apa-apa nanti I call balik!" Kata Asyraf lantas menamatkan panggilan.

Hazwan memandang Danish. Kini mereka buntu mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu Asyraf cuba menghubungi Amin namun Amin enggan menjawab panggilan. Dia menyahsekat nombor whatsapp Amin namun alangkah terkejutnya dia mendapati Amin sudah menyekat nombornya.

"Amin, Maafkan Ash!" Rintih Asyraf

Dia membuka galeri fotonya namun semua gambar kenangannya bersama dengan Amin sudah dia padam dan tiada apa yang tinggal kerana kebenciannya yang mendalam terhadap Amin.

"Kenapa aku bodoh sangat ni?" Asyraf memarahi dirinya.

Dia mengenang saat dia bersama dengan Amin sejak mula berkenalan di seminar keusahawanan Zacrul hingga saat terakhir mereka bersama di Hotel One World. Tiba-tiba matanya tertumpu di satu sudut di tepi almari iaitu sebuah beg kertas yang mengandungi kotak hadiah yang dia beli untuk Amin sebelum semua kejadian itu berlaku. Asyraf menangis semahu-mahunya sambil memeluk kotak hadiah tersebut.

"Am, Ash rindukan Am! Jangan tinggalkan Ash! Ash janji takkan buat Am sakit hati lagi!" Asyraf meraung.

Dengan teresak-esak Asyraf menghubungi Zacrul.

"Hello Zac!" Ucap Asyraf dalam keadaan teresak-esak

"Ash, kenapa ni? Ash menangis ke?" Soal Zacrul terkejut mendengar suara Asyraf.

"Ash dah tak boleh contact Am dah. I tak tahu nak buat apa dah!" Adu Asyraf lalu menagis dengan lebih kuat

"Ok, macam ni apa kata kita jumpa dekat Starbuck kejap lagi? Zac tolong Ash!" Pujuk Zacrul

"Ok, Ash datang!" Jawab Asyraf lalu menamatkan panggilan.

Tiba di Starbuck Zacrul mendapati keadaan Asyraf sudah tidak terurus. Mata Asyraf sembab kerana banyak menangis

"Ash, kenapa jadi macam ni?" Tegur Zacrul lalu memegang bahu Asyraf

Asyraf memeluk tangan Zacrul lalu menangis. Zacrul cuba menenangkan Asyraf.

"Tell me what happens?" Soal Zac sambil mengambil tempat duduk.

"Semalam Am jumpa I, dia merayu dekat I tapi I tak layan" cerita Asyraf

"Lepas tu apa jadi?" Kata Zacrul ingin tahu.

"Dia cakap dia yang hantar Fiq untuk jaga I, then dia cakap selamat tinggal kat I!" Adu Asyraf lalu tangisannya bertambah kuat.

Zacrul cuba menenangkannya. Setelah tangisannya reda Asyraf menyambung lagi.

"Lepas tu I dah tak boleh contact dia dah. Whatsapp pun dah kena block"

"Zac cuba tolong Asy apa yang Zac mampu!" Pujuk Zacrul lalu memeluk sahabatnya.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now