BAB 9

445 11 0
                                    

Kereta mini Cooper yang membawa Amin dan Asyraf kini tiba di kota AFamosa.

"Kita kat sini sekejap je tau. Ambik gambar lepas tu blah!" Arah Amin

"Yela, lepas ambik gambar kita Chow!" Balas Asyraf

Mereka meminta seorang pelancong kulit putih mengambil gambar mereka.

"Are you couple?" Soal lelaki kulit putih itu.

Mereka memandang antara satu sama lain. Asyraf tersipu-sipu malu.

"You're such cute couple!" Puji lelaki Mat Salleh itu.

Setelah kembali ke kereta Amin bersuara.

"Ash tahu tak dulu waktu Am kecik, Am exited nak datang sini sebab ingat AFamosa tu besar. Tapi bila sampai tengok AFamosa tu kecik je!" Am memberi penekanan kepada perkataan 'kecik' macam yang viral dalam Tik Tok.

Asyraf menahan ketawa mendengar sebutan 'kecik' tersebut.

"Tu je? ingat lawak la tu!" Perli Asyraf.

"Owh tak lawak ye!" Kata Amin geram sambil menggeletek Asyraf.

"Jangan Am! Ok lawak, lawak!" Jerit Asyraf menggeliat kegelian

"Ok, lepas ni ke mana?" Soal Amin

"Mana Ash tahu, Am yang plan!" Jawab Asyraf

"Geletek kang!" ugut Amin

"Ok kita pergi Mamee Jonker House. Orang kata best kat sana!" Cadang Asyraf

Amin pun menghidupkan enjin lalu memandu ke Mamee Jonker House. Tiba di sana Amin yang paling teruja kerana boleh melihat proses pembuatan Mamee, membeli belah produk Mamee dan paling dia suka gubah produk Mamee. Asyraf dan Amin mengambil masa yang lama di Mamee Jonker House. Sebelum meninggalkan tepat itu mereka sempat makan di kafe untuk mengisi perut.

"Wah, seronok betul Am kat sini. Ash yang exited pun tak macam Am!" Perli Asyraf

"Tempat ni best. Am tak tahu pun ada tempat menarik macam ni" Jawab Amin bersahaja.

"Am sebelum ni tak pernah happy ye?"Soal Asyraf

"Eh kenapa pulak?" Tanya Amin pelik.

"Sepanjang Ash dengan Am, ni first time Ash nampak Am overexcited!" Kata Asyraf jujur.

"Takdelah, tempat lain tu dah biasa. Tempat ni unik, Mamee ni buatkan Am teringat zaman Am kecik dulu" Luah Amin.

"Kan, kat sini Am jadi budak kecik. Biasa macam singa!" Perli Amin

"Eh budak ni, geletek kang!" Ugut Amin

"Ok, bukan singa!" Asyraf menarik balik kata-katanya.

Setelah selesai makan mereka bertolak untuk river cruise. Total 50 ringgit melayang demi membayar tiket naik bot. Sebaik bot bertolak Amin bersuara.

"Actually river cruise ni best naik waktu malam"

"Tak nak la Ash, seram!" Kata Asyraf meremang

"Kenapa pulak?" Persoal Amin

"Kalau naik waktu malam, Ash terbayang naga keluar dari sungai terbalikkan bot. Kalau bukan naga, ular besar tak pun buaya!" Kata Asyraf

"Lah, tinggi betul imaginasi Ash ni!" Amin hanya mampu menggelengkan kepala.

Sebaik sahaja bot melintasi beberapa jambatan Amin menyoal Asyraf

"Ash tahu tak kat sini ada berapa jambatan lama?"

Soalan Amin tidak berjawab. Amin menoleh ke sisi kelihatan Asyraf sudah terlelap. Amin mengalihkan kepala Asyraf supaya bersandar di bahunya. Sebaik perjalanan berakhir, Amin mengejut Asyraf.

"Ash, bangun. dah sampai!"

Asyraf terjaga dalam keadaan mamai.

"Dah sampai mana?" soal Asyraf

"Cruise dah abis!" jawab Amin

"Ala, Ash terlelap. buat rugi je!" kata Asyraf kesal.

"Dah jom balik! Boleh drive tak ni?" Amin mengajak Asyraf pulang.

"Boleh, tadi dah puas tidur!" jawab Asyraf

Dalam perjalanan pulang suasana dalam kereta agak sepi. Amin kepenatan sampai tertidur di kerusi penumpang. Asyraf memandu kereta dan ada masa melihat Amin denga pandangan sayu. Dia mengusap-usap rambut dan pipi Amin. Asyraf tak pernah merasakan sedekat ini dengan Amin. Asyraf berasa bagai mimpi dapat rapat dengan idola pujaannya selama ini. 

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now