BAB 21

284 8 0
                                    

Asyraf dan Amin meninggalkan hotel One World awal pagi kerana urusan kerja. Hari itu Asyraf memulakan hari dengan penuh semangat. Dia berasa gembira kerana sudah berbaik dengan Amin. Hari itu dia sendiri turun padang untuk melakukan proses penghantaran produknya. Hatinya berbunga-bunga memikirkan apa yang terjadi petang semalam. Dia cuba menghubung Amin untuk ajak makan tengah hari namun tidak berangkat.

"Aduh, call tak angkat. Busy kerja kot!" Keluh Asyraf"

Selsesai urusan penghantaran dia membuat keputusan pergi ke One City Mall untuk membeli hadiah buat Amin. Dia membeli seutas tali leher bewarna maroon untuk Amin pakai bila bekerja.

"I akan pastikan you nampak kacak sentiasa!" Kata Asyraf sendirian.

Dalam perjalanan pulang dia ditegur oleh seorang lelaki asing.

"Awak yang dalam video tu kan? Hebat aksi awak dengan boyfriend awak ye? Best tengok rasa horny pulak"

Asyraf ketakutan lantas berjalan laju ke keretanya. Dia berasa pelik dengan kata-kata lelaki tersebut. Dia membuka telefonnya dan mendapati banyak panggilan dan mesej whatsapp masuk. Dia berasa ngeri melihat mesej-mesej berunsur kecaman, cacian dan cemuhan yang diterima. Paling mengejutkan dia juga menerima banyak pembatalan tempahan. Asyraf jadi bingung lantas menghidupkan enjin dan kembali ke rumah. Sebaik tiba di rumah dia cuba menyiasat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya Asyraf apabila videonya melakukan hubungan seks bersama Amin di Port Dickson tular di media sosial Twitter dan Telegram.

"Video ni masa I kat PD. Siapa yang record?" Asyraf menyoal dirinya

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dalam bilik hanya ada dia dan Amin. Dia sudah tentu tak melakukan apa-apa rakaman. Hanya seorang sahaja yang akan melakukan perkara itu.

"Amiiiin!" Jerit Asyraf

Dunianya berputar 180 darjah. Dia berasa dipermainkan oleh Amin. Tubuhnya menggigil menahan kemarahan.

"Kenapa you buat macam ni Am? Apa salah I?" Jerit Asyraf lagi

Tiba-tiba dia mendapat satu panggilan dari salah seorang agen jualannya, Aqib yang menghancur luluhkan hatinya.

"Asyraf, ramai agent kita nak berhenti dari jual produk kita sebab malu!"

Asyraf menangis tersesak-esak. Kerana kenikmatan yang sementara musnah segala yang diusahakan selama beberapa tahun.

Tanpa membuang masa dia cuba menghubungi Amin namun tidak berangkat. Dia menghantar mesej whatsapp tapi tak berbalas. Dia menunggu selama berjam-jam. Akhirnya Asyraf hilang sabar.

"Celaka kau Amin kau kenakan aku. Kau buat baik dengan aku untuk ratah tubuh aku! Sekarang kau musnahkan seluruh hidup aku!" Jerit Asyraf sambil menggenggam telefon bimbitnya.

Dia tidak berputus asa kali ni dia menelefon Amin semula dan panggilannya kini berjawab. Tanpa berfikir panjang dia mengherdik Amin.

"Apa yang kau nak dari aku ha? Kau sengaja nak jatuhkan aku ke apa?"

"Apa benda ni, kenapa tiba-tiba kecoh ni?" Soal Amin.

"Apa benda kau cakap? kenapa kau rakam video kita main dekat PD?" Soal Asyraf dengan suara yang serak kerana penat menangis.

"Video apa pulak Am tak tahu menahu?" Amin tidak mengaku

"Video kita dah viral dekat Telegram dengan Twitter. Kenapa kau buat aku macam ni?" Tempik Asyraf

"Am tak pernah rakam apa apa video!" Amin masih tidak mengaku.

Asyraf menamatkan panggilan kerana terlalu marah. Dia pun menjerit

"Celaka kau Amiiiin!"

Suara Asyraf sudah hilang kerana banyak menjerit. Dia hanya mampu menangis. Tubuhnya ternoda dan perniagaanya hancur sekelip mata.

Dia mengenang memorinya bersama Amin namun dengan perasaan jijik. Dia tidak sangka Idola yang dia kagumi selama ini adalah orang yang menghancurkan hidupnya. Matanya semakin sembab kerana telah lama menangis. Kerana kelelahan Asyraf tertidur.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now