Asyraf terjaga kelihatan dia berseorangan di atas katil. Kelihatan Amin sudah bersiap dengan T-Shirt jenama Leon dan seluar jeans biru.
"Jom, sarap!" Ajak Amin
Asyraf bingkas bangun
"Tunggu I jap nak mandi dulu!" Kata Asyraf sambil menyarungkan tuala.
"Cepat sikit!" Gesa Amin membuatkan Asyraf bingkas menuju ke bilik mandi.
Setelah 10 minit Asyraf bersiap mereka bergerak menuju ke restoran untuk sarapan. Ada pelbagai jenis makanan dihidangkan untuk sarapan.
"Kita plan macam ni. kita ambil setiap jenis lepas tu kita share, ngam tak?" Cadang Amin
"Cantik jugak tu. at least dapat merasa semua" Kata Asyraf bersetuju.
Mereka membahagikan makanan apa yang perlu diambil, seorang akan menjaga meja sementara seorang lagi mengambil makanan seperti yang dirancang. Setelah selesai mengambil makanan mereka mula membahagikan makanan sesama mereka.
"Amboi penuh meja!" Tegur Hazwan yang kebetulan lalu di meja yang diduduki Asyraf dan Amin.
"Haz jom join makan sekali!" Jemput Asyraf
"Eh, tak nak lah ganggu sweet couple ni!" Hazwan cuba menolak
"Jomlah, banyak makanan ni!" gesa Amin
"Ok kejap I ambil pinggan dulu" Jawab Hazwan mengalah
Setelah mengambil pinggan Hazwan bersuara.
"Kau orang berdua dah lama kenal?" soal Haz
"Kita orang dah kenal lama tapi mostly dekat social media" Jawab Asyraf
"Sebelum ni kita orang contact berkaitan dengan bisnes je. Tak lebih dari tu" Sampuk Amin
"So pagi ni apa plan?" Soal Hazwan.
"Entah, PD ni bukan ada benda sangat" Jawab Amin
"Entahlah. Kita pergi Melaka nak tak?" Cadang Asyraf
"Cantik gak. Haz nak join?" pelawa Amin
"Tak kot, sebab nak kena check kamera nak set up kamera untuk malam ni" Hazwan menolak.
"Kalau macam tu tak pe. Esok nak join pergi Blue lagoon tak?" Ajak Amin.
"Nak ikut. Esok takpe sebab aktiviti bebas" Jawab Hazwan
"Kalau macam tu kita jumpa esok. Jangan lupa bawa baju mandi!" Kata Amin teruja.
Selesai makan Amin dan Asyraf menuju ke kereta Mini Cooper Hazwan. Hazwan membenarkan mereka meminjam keretanya sebagai balasan kesudian mereka untuk membawanya ke Blue Lagoon. Ikut perjanjian perjalanan ke Melaka dipandu oleh Amin dan perjalanan pulang dipandu oleh Asyraf.
Dalam perjalanan ke Melaka, Amin bersuara
"Aku rasa macam janggal nak bahasakan diri kau aku. Mulai hari ni panggil aku Am je dan aku panggil kau Ash ke"
"Menarik juga tu, Janji Am tak panggil Sheraap" Gurau Asyraf.
Amin tertawa kecil. Dia tahu Asyraf cukup benci dengan panggilan 'Sheerap'.
"Kita nak pergi mana dulu Am sayang?" Asyraf cuba bergurau manja.
"Uwek, jangan panggil sayang sayang. Rasa nak muntah aku" Jawab Amin
Asyraf tertawa terbahak bahak melihat Amin berpura pura nak muntah.
"Kita pergi zoo Melaka nak?" Cadang Amin
"Hah, jauh jauh datang pergi zoo je?" bantah Asyraf dengan nada lucu
Amin tertawa mendengar nada lucu Asyraf.
"Mestilah tak, kita pergi A Famosa, bergambar kat menara Taming Sari lepas tu pergi Mamee Jonker house then River cruise" cadang Amin
"Macam tu baru nice. Ini pergi Zoo. Kat KL pun ada Zoo" Asyraf sedikit merungut.
Amin tersenyum dengan gelagat manja Asyraf. Padanya Asyraf lebih perangai kebudak budakan. Timbul rasa seronok Amin untuk melayan karenah Asyraf.
![](https://img.wattpad.com/cover/163078395-288-k629393.jpg)
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka Padu
FanficWarning (Malaysian BL) Nama watak tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia Sinopsis Amin dan Asyraf telah kenal lama namun mereka jadi lebih rapat sejak projek di PD. Namun kejadian di PD merub...