[ PART 1 ]

58 4 19
                                    


|| Di sebuah rumah agam ||

"lama lagi ke makanan tu nk siap, yeobeo?" tanya seorang namja lingkungan 40-an itu kepada isterinya.

"dah siap ni ha, awak ni tak menyempat betul lah" kata si isteri.

"mestilah, sekejap lagi kan bff lama saya nak datang, saya rindu sangat nak jumpa dia lagi" kata si suami.

"iyelah kan, dah 10 tahun tak jumpa diorang, rindu jugak nak borak dengan Puan Hwang" kata si isteri lalu menuju ke arah suaminya.

Tiba² loceng rumah mereka berbunyi menandakan ada tetamu datang. Mereka berdua tersenyum lalu terus menuju ke pintu untuk membukanya.

"ha dah sampai pun bff lama aku ni" kata Tuan Lee lalu memeluk sahabatnya, Encik Hwang.

"wah aku rindu kau Minki, lama betul tak jumpa" Encik Hwang membalas pelukan Tuan Lee.

"betul lah tu, aku pun rindu kat kau Yoongi" kata Tuan Lee lalu meleraikan pelukan.

"eh jemputlah masuk dulu" kata Puan Lee.

"terima kasih Puan Lee" kata Puan Hwang.

"eh tak payah lah formal sangat, kita kan dah lama tak jumpa, panggil macam biasa jer Yuna" kata Puan Lee.

"baiklah Minseong" kata Puan Hwang.

Di belakang Encik Hwang dan Puan Hwang kelihatan seorang gadis yang cantik berumur 20 tahun yang sedang tersenyum.

"eh ni ke Yuyun?" tanya Puan Lee.

"haah ini lah anak perempuan kami, Yuyun" kata Encik Hwang.

"dah besar panjang Yuyun ni, dulu tengok dia kecil lagi" kata Tuan Lee.

"annyeonghaseyo uncle, aunty" kata Yuyun lalu bow.

"cantik betul anak awak ni Yuna" puji Puan Lee.

"hahaha takdelah biasa jer" kata Puan Hwang.

Mereka pun masuk ke dalam rumah itu dan duduk di ruang tamu lalu berbual.

"eh anak kau mana? tak nampak pun kelibat dia" tanya Encik Hwang.

"ouh Minho dia skrg tgh kerja, kejap lagi dia balik lah" kata Puan Lee.

"baguslah kau ada anak lelaki yang boleh ambil alih syarikat kau kan Minki" kata Encik Hwang.

"biasalah anak lelaki mesti lah kena ikut telunjuk appa dia kan haha" gelak Tuan Lee.

Yuyun hanya tersenyum melihat orang² tua sedang berbual. Manakala dia hanya terdiam sambil meminum air teh yang disediakan.

Beberapa minit kemudian, Minho pun tiba di rumah. Dia terus menyapa tetamu yang ada di situ.

"ha ni dah balik Minho" kata Puan Lee.

"annyeonghaseyo uncle, aunty" kata Minho lalu bow.

Yuyun yang melihat Minho itu sudah terkejut. Matanya terbuntang luas.

"uwah betul ke ni Minho? Hensem sangat dah sekarang ni" kata Encik Hwang.

"haha takdelah uncle, saya biasa² jer" kata Minho lalu duduk di sebelah Tuan Lee.

Minho terpandang ke arah Yuyun. Mata mereka bertautan dan terus Yuyun mengalihkan pandangannya. Mukanya masih lagi terkejut melihat Minho. Minho hanya tersenyum sinis.

"Minho, kamu tak ingat ke Yuyun ni, dulu masa kecil korang selalu jer gaduh bila berjumpa tapi tetap main sama² jugak" kata Puan Lee.

"haah kan, dulu diorang berdua ni rapat sangat" kata Puan Hwang.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now