>>>BEBERAPA HARI KEMUDIAN>>>
"argh penatnya..." keluh Yuyun yang selesai menyusun buku di perpustakaan.
"hahaha takkan dah penat kot" kata Yujin sambil gelak.
"mestilah, saya dah susun beratus buku dah ni, tangan dah tak ada tenaga ni" kata Yuyun.
"maaflah sebab saya susahkan awak sekali, saya dah cakap tadi saya boleh buat seorang diri kan" kata Yujin.
"tak apa lah, nampak banyak buku ni takkan lah awak nak buat seorang jer, tak apa saya tolong, walaupun penat sikit hehe" Yuyun tersengih sambil mengelap peluhnya.
"saya sebenarnya pelik kenapa tiba-tiba Yoon sunbae ambil cuti, selalunya dia tak pernah macam ni, walaupun sakit dia tetap datang tapi kali ni lain, bukan harini je tapi dah seminggu dia macam ni" kata Yujin.
"mungkin dia ada hal peribadi kot, takpelah saya kan ada boleh tolong awak" balas Yuyun.
"gomawo Yuyun-ah" kata Yujin sambil tersenyum.
"oh iya, nanti balik kita pergi kedai yang kita makan sebelum ni nak tak? rasa macam craving lah pulak" kata Yuyun.
"erm sorry Yuyun, hari ini saya kena masuk kerja awal, sebab kebetulan ada seorang pekerja dekat convinience store tu berhenti tiba-tiba jadi saya kena gantikan dia" kata Yujin.
"oh kalau macam tu takpelah, saya tak nak lah ganggu kerja awak" kata Yuyun.
"mianhae" kata Yujin.
"gwenchana" balas Yuyun sambil tersenyum.
Mereka berdua pun meneruskan mengemas perpustakaan itu sehingga selesai. Setelah itu, mereka pun beransur pulang.
••••DI SEBUAH CONVINIENCE STORE••••
Kelihatan Yujin sedang menyusun barang-barang di dalam kedai itu. Setelah selesai, Yujin pun berjalan keluar dari pintu kedai untuk mengemas sisa-sia makanan yang ada di meja luar kedai.
Sedang Yujin mengemas itu, dia pun terdengar satu suara yang kuat seperti benda jatuh berdekatan dengannya. Yujin pun terus menuju ke arah suara tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila Yujin melihat beberapa orang namja sedang memukul seorang namja lain dengan teruk. Yujin mengintai di sebalik dinding. Lagi terkejut apabila dia melihat orang yang dikenalinya.
"aku dah cakap jangan kacau girlfriend aku tapi kau degil... Kan dah makan penumbuk" kata salah seorang namja yang menumbuk itu.
"girlfriend kau yang datang terhegeh dekat aku, salah aku ke hah?" balas Jun.
Iya, memang tak salah lagi itu adalah Jun dari grup The Muze.
Namja itu semakin naik angin lalu menarik kolar baju Jun dan menumbuk mukanya bertubi-tubi.
"weh dah lah nanti kalau polis nampak macam mana" kata namja yang lain.
"argh aku tak settle lagi dengan dia ni! Berlagak macam orang kaya ingat aku takut hah!" marah namja itu.
"yah dah lah, tadi aku nampak ada polis meronda dekat kawasan ni, jom lah blah" seorang lagi namja muncul memanggil rakannya untuk beredar.
"kau ingat eh! aku tak nak tengok kau dekat lagi dengan Alice kalau tak mati kau aku kerjakan!" jerit namja itu lalu beredar bersama rakannya.
Yujin yang masih tergamam dengan apa yang dilihatnya terkaku disitu. Jun bangun lalu mengesat darah yang ada di tepi bibirnya. Jun pun berpaling ke arah kiri iaitu di mana Yujin berdiri. Yujin terkejut melihat Jun yang memandang ke arahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/317874986-288-k123308.jpg)
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Roman d'amour'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...