======================================="lama tak nampak awak, ouh lupa doktor kan mesti lah busy" kata Yuyun.
"kau rindukan aku kan?" kata Leeknow sambil smirk.
"eh takde maknanya nak rindu awak, buat apa saya rindu awak, kita ni kan kawan jer" kata Yuyun.
"habistu asal kau tak pandang muka aku?" tanya Leeknow lagi.
"saja, malas nak tengok muka awak, nanti awak perasan pulak kata saya tengok awak sebab awak handsome malam ni" kata Yuyun. Leeknow sedikit tergelak mendengar kata² Yuyun itu.
"awak gelak? saya ada buat lawak ke tadi?" tanya Yuyun. Sedikit terpesona apabila melihat Leeknow gelak. Bukan senang nak tengok manusia bernama Leeknow ni gelak.
"tak lah, maknanya kau rasa aku ni handsome lah malam ni" kata Leeknow sambil mengangkat sebelah keningnya.
"eh mana ada lah, awak ni perasan betul, ada ke saya cakap awak handsome malam ni hah" kata Yuyun sambil menidakkan kata² Leeknow.
"Yuyun, sorry saya tak sempat nak layan awak" tiba² Juyeon muncul di depan Yuyun dan Leeknow.
"takpelah saya faham, awak kan birthday boy harini mestilah nak layan kawan² awak kan" kata Yuyun sambil tersenyum.
"sekarang ni saya dah free, jom" ajak Juyeon.
"free apanya, tu kau tak nampak kat belakang diorang tengah ambil gambar" sampuk Leeknow.
"iyalah sebab tu aku ajak Yuyun nak ambil gambar sekali, eh yang kau ni dah kenapa, setahu aku kau tak layan pun orang lain" kata Juyeon.
"hish dahlah tu, macam ni Juyeon, awak pergi dulu ambil gambar dengan family dan kawan² awak yer, nanti saya menyusul dengan Yewon" kata Yuyun kepada Juyeon.
"kalau awak dah cakap macam tu baiklah, saya tunggu tau" kata Juyeon lalu masuk ke dalam semula.
"yang awak ni pun pergilah, ambil gambar sekali" kata Yuyun kepada Leeknow.
"aku tak suka ambil gambar" jawab Leeknow dengan selamba.
"dah kenapa pulak, ini semua kan kenangan" kata Yuyun.
"aku tak suka ada kenangan, menyakitkan hati" kata Leeknow lalu beredar meninggalkan Yuyun. Yuyun sedikit tergamam dengan kata² Leeknow.
"Yuyun, sorry aku lambat tadi ramai sangat tengah ambil dessert" kata Yewon.
"kau okey tak ni?" tanya Yewon yang melihat Yuyun tercengang itu.
"eo? ha aku okey" kata Yuyun.
'dah kenapa dia cakap macam tu, nak perli aku ke apa' kata hati Yuyun.
>>>SKIP>>>
Selesai sahaja majlis, Yuyun berjalan di tepi kolam sementara menunggu Yewon pergi mengambil kereta untuk pulang.
Tiba² muncul Jenny di depan Yuyun dengan muka annoyingnya.
"hebat kan u ni, semua lelaki u nak kan, tak cukup Minho oppa, sekarang ni oppa kandung i pun u nak kebas, wah wah hebat permainan u ni Yuyun" kata Jenny. Kali ni memang tak boleh nak sabar dah si Yuyun.
"sejak bila aku tamak, aku dengan Juyeon hanya kawan jelah tak lebih dari tu, dan kalau kau rasa tergugat aku kawan dengan abang kau, aku rasa tu bukan masalah aku kot" kata Yuyun.
"hey u dengar sini! memang i sakit hati betul dengan u sekarang ni, dasar perempuan tak sedar diri, u tak cermin ke diri u sendiri hah? sedar lah diri tu miskin, tak layak pun nak kawan dengan orang berada macam family i" kata Jenny sambil menunding jari ke arah Yuyun.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Romansa'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...