[ PART 7 ]

30 4 24
                                        


=======================================

Di dalam wad, Yuyun masih lagi memikirkan tentang doktor Leeknow a.k.a Minho itu. Masih tak percaya pun ada. Iyalah orang yang muncul dalam mimpi kau tiba² muncul di dunia nyata. Bukan ke pelik tu? Yumi pula baru sahaja pulang ke rumah. Yuyun yang paksa sebab Yumi dah lama sangat jaga dia masa dia dalam koma 3 hari lepas.

"haih penat lah aku fikir pasal mimpi tu, dahlah aku malas dah nak fikir, aku rasa kebetulan je kot, iyalah sebab masa accident aritu kan dia yang rawat aku, maybe sebab tu aku mimpi pasal dia, haah memang sebab tu aku yakin" bebel Yuyun seorang diri.

"jeogi haksaeng, boleh tolong perlahan sikit suara tak sebab semua patient kat sini tengah berehat" kata seorang ahjumma yang juga patient dalam wad itu.

"ah cheseonghamnida, aik haksaeng?" kata Yuyun dengan muka yang pelik.

"kamu bukan haksaeng ke? nampak macam muda jer" kata ahjumma itu.

"ouh bukanlah, umur saya 23 tahun, dah kerja pun" kata Yuyun sambil tersengih.

"lah iyeke? ahjumma ingatkan kamu masih belajar, maaflah" kata ahjumma itu.

"eh takpelah, saya memang selalu dengar orang panggil saya haksaeng pun haha" kata Yuyun sambil gelak.

"kamu ni macam doktor handsome tu, muka tak kena dengan umur haha" kata ahjumma itu.

"doktor handsome?" tanya Yuyun.

"lah doktor Leeknow, dia lah yang rawat ahjumma, umur dia dah 28 tahun tapi masih nampak muda, handsome" kata ahjumma itu.

Yuyun hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh ahjumma itu. Famous betul si doktor Leeknow ni sampaikan ahjumma² pun suka kat dia.

"kalau berpasangan dengan kamu mesti sepadan" sambung ahjumma itu lagi.

"hahaha takkan lah ahjumma, mengarut jelah, saya ni tak sesuai dengan dia" kata Yuyun sambil tergelak. Dalam hati rasa macam nak larikan diri jer dari situ.

"eh apa yang mengarutnya, betul lah apa yang ahjumma cakap, korang berdua nampak sepadan, cuba lah kenal² dengan doktor tu" kata ahjumma itu.

'eh ahjumma ni dah lain macam, kalau dah yeoja lain pun dia tak layan apatah lagi aku, takkan lah ajumma ni tak tau yang doktor tu berhati batu' kata hati Yuyun.

"termenung apa tu? tengah fikir pasal doktor tu ke?" kata ajumma itu sambil tersengih.

"haha, saya rasa nak ke toilet lah, saya pergi dulu yer" kata Yuyun lalu bangun dari katil dan menuju keluar dari wad.

Setibanya di luar wad, Yuyun menarik nafas lega dapat melepaskan diri dari ajumma tadi.

"ajumma zaman sekarang memang macam ni ke, suka jodohkan orang, sedangkan aku bukannya rapat dengan doktor tu, sekadar kenal dalam mimpi jer" kata Yuyun sambil berjalan.

Tanpa disedari, ada dua orang budak sedang bermain di koridor hospital. Mereka berlari menuju ke arah Yuyun sehingga terlanggar Yuyun. Yuyun hilang keseimbangan badannya dan terlanggar orang yang berada di depannya.

Akibat terkejut, Yuyun menutup matanya dan tangannya betul² berada di dada orang itu. Yuyun membuka matanya dan memandang orang itu. Terus terbuntang luas mata Yuyun apabila melihat muka doktor Leeknow di depannya.

Dengan pantas Yuyun menjauhkan diri dari Leeknow apabila perasan yang tangannya berada di dada Leeknow. Leeknow memandang ke arah Yuyun dengan muka bersahaja.

My Secret is You [ L.M.H ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang