[ PART 29 ]

16 3 12
                                    

Sambung baca JOM !!

===============================

✓ Yuyun's POV ✓

Aku tersedar dari tidur. Aku melihat sekeliling dengan pelik. Seperti aku tidak kenal tempat di sekelilingnya itu.

"aku-- aku kat mana ni?" Aku bangun dari sebuah katil dan mendapati tubuhku memakai baju tidur.

"sejak bila pula aku ada baju tidur ni..." Aku masih lagi keliru melihat sekeliling aku. Bilik yang aku tak pernah lihat pun sebelum ini.

Aku bangun dari katil lalu berjalan menuju ke beranda. Namun tiba-tiba nama aku dipanggil oleh seseorang.

"Hwang Yuyun!! bangun cepat nanti kamu lambat ke sekolah!!" kedengaran suara memanggil namaku.

Aku bangun dari katil dan menuju ke arah cermin. Aku melihat rupa aku masih sama seperti diriku sebenar. Tetapi ada satu tampalan plaster di dahi kananku.

"apa ni? apa yang dah jadi ni? kenapa aku ada kat sini?" soal diriku kerana bingung dengan apa yang terjadi.

Sedang dia khusyuk melihat cermin, tiba-tiba bunyi ketukan pintu bilik itu kedengaran.

"Yun, dah bangun ke belum nanti lewat ke sekolah" suara datang dari luar pintu itu.

Aku berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Terus membuntang mataku yang melihat orang yang berada di depannya itu. Entah kenapa aku mengalirkan air mataku apabila orang yang berdiri di depanku sekarang adalah orang paling ku rindui.

"Appa..." kata-kata itu keluar dari bibirku lalu aku terus memeluk tubuh orang itu.

"eh kamu ni dah kenapa?" pelik dengan kelakuan anaknya itu.

"Yun rindukan Appa sangat-sangat....jangan tinggalkan Yun lagi" air mataku tidak berhenti mengalir di pipiku akibat terlalu gembira melihat wajah Appa ku yang sudah lama aku rindui.

"kamu mimpi apa semalam ni? Appa tak ada pergi mana-mana lah, ada je kat sini, dah jangan nak drama sangat, cepat siap nanti lewat ke sekolah" ucap Tuan Hwang iaitu Appa ku.

Aku pun meleraikan pelukan itu. Aku memandang ke arah Appa.

"sekolah?" tanya aku kepada Appa.

"iyalah, kamu dah seminggu tak pergi sekolah kan sebab accident minggu lepas, kamu sendiri yang kata nak pergi sekolah hari ini" kata Tuan Hwang.

Aku semakin pelik. Barulah aku sedar yang aku berada di tempat yang lain. Macam mana Appa aku yang sudah lama meninggal boleh ada depan aku sekarang ni? Tak kan lah aku dah mati? Persoalan itu bermain di fikiranku.

"termenung apa lagi tu, cepatlah siap, driver dah tunggu kat bawah tu" kata Tuan Hwang lalu tiba-tiba phone-nya berdering. Dia mengangkat call itu.

"driver? sekolah? apa semua ni?" soal ku dengan muka yang pelik.

"okey lah appa kena pergi pejabat dulu ada meeting ni, kamu cepat siap lepastu pergi sekolah" kata Tuan Hwang yang baru selesai bercakap melalui telefon itu.

"b-baik appa" balasku.

"kalau ada masalah atau pun kamu sakit lagi call je appa okay" kata Tuan Hwang sambil tersenyum lalu mencium dahi ku dan terus beredar dari situ untuk ke pejabat.

Manakala aku terus bersiap seperti apa yang disuruh oleh Appa ku.

✓ End of POV ✓

================================

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now