===================================
Yuyun yang terkejut itu terus menampar lengan Minho dengan kuat.
"aduh sakitlah!" marah Minho lalu mengusap lengan.
"padan muka! yang awk pandai² buat macam tu tadi dah kenapa?" marah Yuyun sambil menjeling ke arah Minho lalu menyentuh bibirnya.
"lah kau tu isteri aku tak salah pun kan, lagipun kau patut bersyukur sebab aku bagi peluang kat kau malam pertama kita tu" kata Minho dengan selamba.
Ish geram betul lah dengan perangai suami sendiri yang bermuka batu ni. Sabar jelah Yuyun nasib baik lah dia tu suami.
>>>SKIP MALAM KEMUDIAN>>>
Yuyun baru sahaja keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Segan juga bila dia sebilik dengan Minho, dahlah berdua jer kat sini. Namun dia menarik nafas lega apabila tidak melihat kelibat Minho di dalam bilik. Mungkin dia keluar cari makan kot. Eh takkan tak aku sekali. Tiba² Yuyun ternampak satu gaun merah yang cantik di atas katil. Yuyun mengambil gaun merah itu dan membaca tulisan pada kad yang terselit. Automatik bibir Yuyun mengukir senyuman. Mestilah gaun itu dari suaminya Minho itu.
Yuyun pun terus memakai gaun merah itu. Kelihatan bahu Yuyun terdedah apabila mengenakan gaun itu namun dia terlihat sangat lah cantik memakai gaun merah itu. Pandai suaminya memilih baju untuknya.
Setelah selesai mendandan diri, Yuyun pun keluar dari bilik dan menuju ke restoran di bawah. Katanya Minho menunggunya di sana. Tiba sahaja di restoran itu, Yuyun menuju ke arah Minho apabila dia ternampak Minho sedang duduk sambil melihat menu.
"biy~" Pnggil Yuyun.
Minho mendongakkan kepalanya memandang Yuyun. Dia sedikit terkejut melihat penampilan Yuyun dengan gaun merah pilihannya itu namun dia cuba mengawal mukanya.
"kenapa lama sangat?" tanya Minho.
"alah awak tak bagitau pon nak dinner, penat tau saya berdandan tadi cepat², so macam mana penampilan saya? Cantik tak?" tanya Yuyun sambil mendepakan tangannya di depan Minho.
"boleh lah" balas Minho lalu memberikan menu kepada pelayan semula setelah selesai order.
Yuyun yang pasrah mendengar jawapan Minho itu duduk di kerusi berhadapan Minho. Dia sudah dapat mengagak yang Minho akan respon macam tu jadi dia tak ada lah kecewa sangat. Biasalah dapat suami bukan setakat muka jer batu tapi hati pun dah macam batu. Atleast hargai lah effort dia makeup penat², puji sikit pun jadi lah. Bertabah jelah Yuyun.
"kenapa tiba² ajak dinner ni?" tanya Yuyun sambil memandang ke arah Minho. Actually Minho nampak sangat handsome apabila mengenakan suit hitam yang lengkap dan gaya rambutnya dinaikkan ke atas. Tetapi Yuyun malas nak memujinya. Balas dendam hahaha.
"saja, takkan kau tak lapar" kata Minho.
"memang lah lapar tapi boleh jer order dalam bilik, ni sampai nak candle light dinner bagai, dahlah biy tak puji saya pun" kata Yuyun dengan nada merajuk.
"jadi kau merajuk sebab aku tak puji jelah, okeylah kau nampak cantik sangat" Minho berputus asa dan memberitahu perkara sebenar.
Terus terukir senyuman di bibir Yuyun mendengar pujian Minho itu walaupun terpaksa.
"gomawo" balas Yuyun sambil tersenyum.
Minho tersenyum melihat gelagat isterinya itu, terlampau comel lah. Dari Yuyun kecil sampai lah besar, Minho tetap nampak sisi kebudak-budakkan Yuyun. Ia membuatkan Minho rindu akan zaman kecil mereka bersama.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Romance'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...