[ PART 3 ]

47 4 32
                                    


//KEESOKAN PAGINYA\\

Yuyun membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar alarm berbunyi. Apabila matanya dibuka, dia terkejut melihat dirinya yang berada di dalam pelukan Minho. Mukanya dengan muka Minho hanya berjarak beberapa inci sahaja. Yang lebih mengejutkan sejak bila dia tidur dalam pelukan Minho ni, kepalanya betul² menyandar pada dada Minho manakala tangan Minho berada di pinggang Yuyun. Menyedari Minho yang masih terlena itu, dia pun menatap wajah suaminya itu. Handsome kan siapa jer tak suka tapi perangai dia memang buat diri ni tercabar sikit.

"memang tak adil betul, kenapa dia ni handsome sangat" kata Yuyun dengan perlahan.

Tangannya bergerak menuju ke muka Minho. Hidung Minho yang mancung itu membuatkan Yuyun ingin menyentuhnya.

"aku tau aku handsome, memang tidak dinafikan pun" kata Minho lalu membuka matanya.

Yuyun yang terkejut itu cepat² mengalihkan tangannya kembali.

"aw- awak dah bangun?" tanya Yuyun dengan gagap.

"aku dah sedar sejak kau tenung aku lagi, kenapa? dah jatuh cinta dengan aku?" tanya Minho sambil tersenyum sinis.

"ma-mana ada lah" balas Yuyun lalu dia ingin bangun dari katil namun Minho menariknya kembali ke dalam pelukan.

"apa awak buat ni! saya nak mandi lah!" marah Yuyun yang cuba menolak badan Minho tetapi apakan daya kudrat seorang lelaki lebih kuat daripada wanita.

"aku boleh lepaskan kau tapi dengan satu syarat" kata Minho.

"apa dia?" balas Yuyun.

"aku nak kau jangan panggil 'saya awak' dah, kita ni dah kahwin, kena ada panggilan masing²" kata Minho.

"habistu saya nak panggil awak apa?" tanya Yuyun.

"suka hati kau, aku tak kesah" kata Minho.

"nak panggil apa? Sayang? Abang? Darling?" fikir Yuyun. Melihat Yuyun yang lama berfikir, Minho pun mencelah.

"panggil aku Biy, aku panggil kau Sayang, settle" kata Minho.

Yuyun menaikkan matanya ke atas. Tadi kata tak kesah pape tapi last² dia jugak yang tentukan.

"tengok lah macam mana, saya kena biasakan dulu, ok dh lepaskan lah saya" kata Yuyun.

"satu lagi" kata Minho.

"apa?" tanya Yuyun.

Minho pun mencium pipi Yuyun sekilas. Automatik muka Yuyun berubah menjadi merah akibat malu.

"ok dah" kata Minho dengan muka selamba lalu melepaskan pelukan itu. Yuyun bangun dari katil dan terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Sesampai di dalam bilik air, Yuyun menekup kedua belah pipinya yang sedang blushing itu. Jantungnya berdegup dengan laju mengenang perbuatan Minho sebentar tadi.

"dah kenapa dengan aku ni, takkan aku dah jatuh cinta dengan dia kot, tapi... tak salah pun kan sbb dia tu suami aku jugak, tapi takkan lah secepat ini...argh Yuyun kau kena behave" bebel Yuyun seorang diri di dlm bilik air lalu dia mengabaikannya dan terus mandi. Selesai mandi, Yuyun menuju turun ke bawah untuk menyediakan breakfast di dapur. Namun apabila dia tiba di dapur, semuanya sudah siap dimasak dan dihidang di atas meja. Orang kaya kan mesti ada maid.

"eh Yuyun, dah turun rupanya, mana Minho?" sapa Puan Lee.

"Minho tengah mandi, aunty" balas Yuyun.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now