[ PART 35 ]

6 2 8
                                    

>>>DI HOSPITAL>>>

Yujin sedang berada di wad omma-nya.

"omma...hari ni omma buat apa je?" tanya Yujin sambil menuangkan air ke dalam gelas.

"apa yang omma boleh buat kat sini, makan tidur jelah, yang kamu ni kenapa tiba datang malam-malam ni, kan dah lewat nanti esok kamu terlambat ke sekolah" kata omma Yujin.

"omma ni macam tak suka je Yujin datang jenguk omma" kata Yujin sambil membuat muka sambil menghulurkan segelas air kepada omma-nya.

"ish kamu ni, mesti lah omma suka tengok kamu tapi tak pernah-pernah kamu datang jenguk omma malam-malam macam ni, ke ada masalah dekat sekolah?" tanya omma Yujin setelah mengambil air itu.

"tak ada lah omma, sekolah okey je" kata Yujin sambil tersenyum.

"kamu ni kan, memang sama macam omma, tak pandai berbohong langsung, dari riak muka kamu pun omma dah tahu mesti kamu ada masalah, mesti disebabkan omma lagi kan" kata omma Yujin.

"tak lah omma, betul Yujin okey" kata Yujin.

"maafkan omma, omma tahu kamu jalani hidup susah macam ni disebabkan omma, dahlah pekerjaan omma dulu kotor lepastu omma pulak sakit macam ni, kamu yang kena tanggung" kata omma Yujin sambil menggenggam tangan Yujin.

"omma, jangan lah cakap macam tu, Yujin ikhlas jaga omma, dan Yujin akan buat apa sahaja untuk omma sebab Yujin sayangkan omma, tak kesah lah kerja apa yang omma pernah buat dulu asalkan sekarang omma dah berubah" kata Yujin yang menggenggam tangan omma-nya dengan erat.

"kamu memang anak yang baik, Yujin, terima kasih sayang" kata omma Yujin sambil tersenyum ke arah Yujin.

"dahlah omma kena makan ubat lepastu tidur, nanti omma dah tidur baru Yujin balik" kata Yujin lalu memberikan obat kepada omma-nya.

"kamu balik jelah Yujin, kesian dekat halmeoni seorang diri dekat rumah tu, omma janji lepas makan obat ni omma akan tidur, kamu balik yer" kata omma Yujin.

"baik omma, jaga diri tau, nanti esok Yujin datang lagi" kata Yujin lalu mencium tangan omma-nya dan beredar keluar dari wad itu.

"hari-hati jalan balik tu" kata omma Yujin.

"baik omma" balas Yujin lalu keluar dari wad dan berjalan pulang ke rumah.

Sedang berjalan pulang, Yujin teringat tentang Yuyun.

"eh Yuyun kata harini dia akan ke birthday party Sewoon kan? call lah dia" kata Yujin lalu mengeluarkan phone dan terus menelefon Yuyun namun tidak diangkat.

"dah kenapa tak angkat ni? risau pulak aku takut jadi apa-apa dekat Yuyun.." kata Yujin. Sedang berjalan itu, Yujin merasakan ada orang mengikuti dari belakang.

Dengan lajunya kaki Yujin melangkah melarikan diri. Tangannya dimasukkan ke dalam beg sambil mencari sesuatu.Tiba-tiba dirinya ditarik oleh seseorang dari belakang.

"arghhhh!!" jerit Yujin dan terus menyemburkan spray lada hitam dekat mata orang itu.

"arghh! sakitt!!" jerit orang itu.

Yujin melihat orang itu dan terkejut.

"JUN!" kata Yujin.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"nah" Yujin menghulurkan segelas ais kepada Jun.

Jun mengambilnya dan menekup di matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now