[ PART 30 ]

12 3 4
                                    

>>>KEESOKAN HARINYA>>>

Yuyun sedang bersiap untuk ke sekolah. Dia memandang ke arah cermin di depannya. Hari ini penampilan Yuyun kelihatan sangat berbeza. Daripada makeup yang tebal, hari ini dia hanya memakai makeup yang simple. Daripada memakai contact lenses, hari ini dia memakai cermin matanya.

"perfect!" kata Yuyun sambil tersenyum melihat dirinya di depan cermin.

"kalau betul ni mimpi dan aku boleh kawal mimpi ni, jadi aku boleh buat apa sahaja dekat sini kan, i need to CHANGE!" kata Yuyun dengan bersemangat.

(Korang paham tak sebelum ni Yuyun tak boleh nak kawal mimpi dia tapi kali ini dia boleh kawal mimpi dia. Jadi dia ambil keputusan untuk kawal semuanya sendiri.)

Yuyun pun terus keluar dari biliknya mencari appa-nya namun tidak kelihatan.

"cik muda cari tuan ke? tuan dah pergi pejabat awal pagi tadi sebab ada meeting penting katanya, driver dah tunggu dekat luar untuk hantar cik muda ke sekolah" kata seorang ahjumma yang dikenali sebagai maid di rumahnya itu.

"oh baru je nak jumpa appa, dahlah appa selalu balik masa aku dah tidur haih" ngomel Yuyun.

"oh kalau macam tu tak apa lah, saya pergi sekolah dulu, tak perlu breakfast sebab saya tak lapar lagi, gomawo ahjumma" balas Yuyun tersenyum ke arah maid itu.

Yuyun berjalan menuju ke luar rumahnya. Maid itu memandang Yuyun dengan perasaan yang pelik.

"tak pernah-pernah dia senyum dekat aku sebelum ni, dan sejak bila pulak dia skip breakfast ni selalunya marah bila breakfast siap lambat....ha penampilan dia pun dah bertukar macam dulu balik" ngomel ahjumma itu seorang diri yang kelihatan pelik dengan perubahan drastik dari Yuyun itu.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

>>>SKIP DI SEKOLAH>>>

Yuyun berjalan masuk setelah keluar dari perut kereta yang dibawa oleh driver itu. Seperti yang Yuyun sangkakan semua mata memandang ke arahnya. Pelik melihat penampilan Yuyun pada waktu itu.

Yuyun mengendahkan semua yang memandangnya dan berjalan menuju ke kelasnya. Sedang Yuyun berjalan menuju ke kelasnya, dia ditahan oleh seorang pelajar lelaki. Yuyun melihatnya dengan muka menyampah.

"wah dah bertukar jadi nerd sekarang ye? nak pura-pura baik macam dulu lagi ke hah?" kata Sewoon.

"kau nak apa lagi?" tanya Yuyun kepada Sewoon.

"kau tanya aku...berani kau blah macam tu je semalam!" marah Sewoon.

"kau dah dapat Mina kan? so what? kau patut berterima kasih dekat aku sebab dah tolong kau confess dekat Mina" kata Yuyun.

"bwo? berterima kasih? eh aku memang dah lama sukakan Mina lah...aku layan kau selama ni sebab aku hanya buat alasan jelah untuk jumpa Mina" kata Sewoon dengan sombongnya.

Yuyun tidak membalas. Malas nak layan mamat senget ni. Bukannya handsome sangat pun.

"tapi okeylah aku ucap terima kasih dekat kau sebab kau tak halang Mina dari couple dengan aku" kata Sewoon.

"eh kau ingat aku kesah ke kau couple dengan Mina ke tak hah, macam aku cakap korang memang serasi sangat, sama-sama bodoh" kata Yuyun dengan beraninya.

"Bwo!" bengang dengan kata-kata Yuyun, Sewoon terus mengangkat tangannya untuk memukul Yuyun namun sempat dihalang dengan tendangan di kaki Sewoon. Yuyun menyepak kaki Sewoon dengan kuat.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now