••••Di Pentas Menari••••
Kelihatan Yujin sedang menari dengan Jun. Semua yeoja yang melihat berasa marah, ada juga yang tidak puas hati, ada yang kecewa.
"tolong lah jangan gugup Kim Yujin" gumam Yujin di dalam hatinya.
"kau nampak cantik" kata-kata Jun itu membuatkan Yujin terkejut.
"ha? oh gomawo" balas Yujin. Mukanya sudah merah padam akibat blushing.
"gomawo" kata Jun.
"untuk apa?" tanya Yujin.
"untuk yang haritu, kau tak nak tanya ke kenapa aku kena tumbuk haritu?" tanya Jun.
"oh itu semua urusan awak jadi saya tak nak masuk campur" balas Yujin.
"aku bukan perampas girlfriend orang, namja itu yang salah faham, girlfriend dia yang dekat dengan aku dulu" kata Jun.
"habistu kenapa awak tak lawan balik je? iyalah bukan salah awak kan" kata Yujin.
"aku dah terbiasa kena pukul, setakat benda kecil macam tu buat apa nak lawan, lagipun kalau aku lawan balik nanti bertambah dendam namja tu dekat aku, aku malas nak besarkan keadaan" kata Jun.
"walaupun macam tu awak tak boleh lah bagi orang lain tindas awak macam tu, kalau namja tu dedahkan benda yang tak betul dekat public macam mana" kata Yujin yang kelihatan risau.
"kau- risaukan aku ke?" tanya Jun.
"ha? eh bukan macam tu, nanti kan susahkan awak juga- saya cuma-- cakap jer" balas Yujin.
Jun tersenyum mendengar kata-kata Yujin itu. Yujin tergamam melihat Jun tersenyum. Dia pun turut tersenyum.
"first time saya nampak awak senyum macam ni" kata Yujin.
"aku senyum sebab kau" kata Jun.
Yujin memandang ke arah Jun. Mata mereka bertentangan. Terasa degupan jantung Yujin berdegup dengan kencang. Yujin pun memandang ke arah lain.
"Kim Yujin, pandang aku" kata Jun sambil memandang tepat ke arah Yujin.
Yujin pun memandang ke arah Jun.
"kau tak ingat aku?" tanya Jun.
"ha?" Yujin tidak faham apa yang dikatakan oleh Jun.
"kau tak kenal aku ke?" tanya Jun lagi.
Yujin terdiam sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Jun itu. Jun mengeluh lalu berhenti menari. Jun memegang tangan Yujin.
"ni aku lah, Junni" kata Jun.
"Junni?" Yujin teringat sesuatu apabila mendengar nama yang disebut oleh Jun itu.
Dia teringat akan kawan baiknya di waktu dia kecil. Mereka berdua berkawan baik kerana tinggal berjiran. Mereka ada nama panggilan masing-masing iaitu Junni dan Jinni. Yujin dipanggil Jinni manakala kawannya itu dipanggil Junni. Mereka berpisah akibat Junni yang pindah ke luar negara bersama keluarganya.
Apabila ingatan itu muncul di fikiran Yujin, dia pun terus memandang ke arah Jun.
"awak-- Junni?" kata Yujin dengan tidak percaya.
"iya aku ni Junni, kawan baik kau masa kecil" kata Jun lalu tersenyum.
"Junni..." Yujin tersenyum lalu terus memeluk Jun dengan gembira.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Secret is You [ L.M.H ]
Romans'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...