Maaf korang 🙏🏻 sebab author dah lama tak update cerita ni dah nak banyak bulan cerita ini tergantung HEHEHE, author betul-betul minta maaf, bukan apa sekarang ni mood nak menulis tu belum ada lagi tapi author dah janji kan nak habiskan cerita ni walau apa pun yang terjadi. Jadi author akan sambung update cerita ni semula. Terima kasih yang mana sudi menunggu cerita ni sehingga sekarang. THANK YOU!🥰=========================================
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Akhirnya setelah 12 jam bekerja, Yuyun dapat pulang ke rumahnya.
"Aku balik dulu tau" kata Yuyun kepada kawan sekerjanya iaitu Minjae.
"ok kau balik la dulu, aku nak kemas sikit ni lepastu aku balik" kata Minjae.
"ok bye" balas Yuyun lalu menuju pulang ke rumahnya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Yuyun berjalan melalui satu lorong gelap. Maklumlah lorong itu sahaja laluan yang cepat untuk sampai ke rumahnya. Walaupun dah lewat malam, dia tetap memberanikan dirinya pulang sendiri kerana dia tidak mahu menyusahkan Yewon datang mengambilnya. Iyalah mesti Yewon pun penat lepas balik kerja kan.
Tiba-tiba, Yuyun merasakan dirinya diekori oleh seseorang. Dengan beraninya, dia memandang ke belakang namun tiada kelibat sesiapa pun di belakangnya.
"perasaan aku je kot" kata Yuyun lalu terus bergegas pulang ke rumahnya. Iyalah takut juga jalan malam-malam seorang diri lagi-lagi dekat tempat gelap macam tu.
>>>SKIP>>>
Akhirnya Yuyun tiba di rumah. Dia memandang ke arah kereta yang diletakkan di depan rumahnya.
"haih ni mesti aku kena bebel kejap lagi sebab tak call dia, hadap jelah Yuyun" kata Yuyun dengan pasrah lalu masuk ke dalam rumah.
Apabila masuknya Yuyun ke dalam rumah, dirinya terus diserbu oleh Yewon.
"YAH HWANG YUYUN!" panggil Yewon.
"eh kau tak tidur lagi?" tanya Yuyun sambil tersenyum kekok.
"kau kenapa balik lambat sangat ni? kenapa tak call aku pergi ambil kau, aku risau tau Yuyun" kata Yewon.
"aku minta maaf, aku tolong Minjae bersihkan kedai tadi, nak call kau pun aku takut kau dah tidur, nanti kacau kau tidur pula" kata Yuyun.
"kau ni kan degil, aku dah pesan kan kau jangan jalan sorang-sorang, BAHAYA la" tegas Yewon.
"iya aku tahu, tapi aku okey je kan ni, okey la tu" kata Yuyun. Tiba-tiba dia teringat masa dia rasa dirinya diekori oleh seseorang. Namun dia tidak mahu memberitahu Yewon pasal tu sebab dia tak nak Yewon risaukan dia.
"hish kau ni kan, memang la harini kau okey, tapi hari lain kita tak tahu" kata Yewon.
"hish dah lah tu membebel, aku ni penat tau baru balik kerja" kata Yuyun yang bosan dengar Yewon membebel mengalahkan mak nenek.
"iyalah sorry, ni aku tunggu kau ni sbb ada benda aku nak bagitahu kau" kata Yewon.
"apa?" tanya Yuyun.
"esok malam parents aku nak buat party sempena anniversary diorang, jadi kau kena datang, no excuse!" kata Yewon.
"oh kenapa tiba-tiba buat party ni?" tanya Yuyun.
"entahlah aku, kau pun tahu kan parents aku memang jenis suka buat benda dengan mengejut, ni aku tahu pun sebab aku ada balik rumah semalam, kalau tak aku rasa esok baru aku tahu kot benda ni" kata Yewon.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Romance'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...