>>>KEESOKAN HARINYA>>>
Yuyun berjalan keluar dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah. Yujin tiada bersamanya kerana dia ada tugas di perpustakaan.
"aku dah cari satu sekolah tapi tak ada pula pelajar bernama Lee Minho kat sini" bebel Yuyun seorang diri.
"oh- ke dekat sini nama dia lain? iyalah ini kan mimpi jer" sambung Yuyun lagi sambil berjalan.
Tanpa melihat ke depan, tiba-tiba Yuyun terlanggar seseorang di depannya sehingga dia hampir jatuh. Badannya sempat disambut oleh orang yang dilanggarnya itu.
Yuyun memandang ke arah orang itu. Terbuntang luas mata Yuyun melihat orang itu.
"Lee Minho?" kata-kata itu keluar dari mulut Yuyun.
Orang itu memandang Yuyun lalu melepaskan pegangan tangannya itu.
"kau siapa?" tanya orang itu.
Tak salah lagi, Lee Minho berada di depan muka Yuyun sekarang ini.
"oh- saya-- ha saya yang kita jumpa dekat kolam semalam tu, yang awak selamatkan kawan saya yang lemas tu" kata Yuyun.
"oh yang itu, jadi?" tanya orang itu.
Yuyun menahan rasa geram.Geram dengan reaksinya yang mengalah batu ais dekat kutub utara.
"tak ada apa, saya cuma nak sampaikan ucapan terima kasih daripada kawan saya sebab awak dah selamatkan dia" kata Yuyun.
"kawan...kalau itu kawan kau kenapa kau berdiam je masa dia tengah lemas tu" kata Minho.
"bwo?" Yuyun cuba memahami apa yang dikatakan oleh Minho itu.
"walaupun kau tak boleh berenang, kenapa kau tak minta tolong, seolah-olah..." kata-kata Minho dipotong oleh Yuyun.
"awak nak cakap saya yang tolak dia masuk ke dalam kolam ke hah" Yuyun naik angin dengan kata-kata Minho itu. Seakan menuduh dia yang menyebabkan Yujin lemas malam itu.
"aku tak cakap pun..." kata Minho dengan muka selamba.
"awak kalau tak tahu hujung pangkal cerita jangan nak tuduh orang sembarangan! Yujin tu kawan baik saya, saya tak akan buat macam tu dekat dia!" marah Yuyun.
"tak payah nak marah sangat boleh tak, aku tanya je kan" kata Minho.
"awak bukannya tanya, awak tuduh saya, mana tak nya saya marah, dahlah malas nak layan" kata Yuyun lalu ingin beredar.
"Yuyun!" panggil Felix.
Yuyun menghentikan langkahnya dan memandang ke arah Felix lalu tersenyum.
"eh Felix, awak belum balik lagi? selalunya awak dengan geng awak balik sama²" balas Yuyun.
"oh tadi saya jumpa ssaem kejap, ada hal, awak pulak buat apa tak balik lagi?" tanya Felix lalu dia memandang ke arah Minho.
"eh hyung" panggil Felix kepada Minho.
Terkejut Yuyun mendengarnya. Dia terus memandang ke arah Minho.
"hyung? korang adik-beradik ke?" tanya Yuyun dengan muka terkejut.
"eh tak lah, ok ni saya kenalkan abang sepupu saya nama dia Lee Minho" kata Felix sambil memeluk bahu Minho. Minho terus meleraikan pelukan itu.
"abang sepupu?" dengan muka tak percaya Yuyun memandang ke arah Minho.
"iyalah, walaupun saya lebih handsome dari dia tapi dia pun popular jugak, ramai yeoja yang sukakan dia" kata Felix.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Romance'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...