=======================================>>>BEBERAPA HARI KEMUDIAN>>>
Yewon berjalan menuju ke sebuah cafe. Sedang dia minum coffee, seseorang yang sangat dia tidak mahu lihat muncul di depannya. Siapa lagi kalau bukan Juyeon.
"hai Yewon, tak sangka terserempak dengan awak pula kat sini" tegur Juyeon.
"awak buat apa kat sini?" tanya Yewon sambil tersenyum palsu.
"ouh saya datang nak beli coffee, awak seorang je ke? mana Yuyun?" tanya Juyeon.
"haah saya seorang jer, Yuyun sekarang busy dengan class menari dia" kata Yewon.
"bercakap pasal Yuyun ni kan, dia ada pape hubungan ke dengan Leeknow?" tanya Juyeon.
"dah kenapa awak tanya saya, Leeknow kan sepupu awak" kata Yewon.
"saya bukan apa, saya tanya awak kot² awak tahu pape" kata Juyeon.
"saya tak tahu pape, macam ni lah Juyeon, kalau awak betul sukakan Yuyun, apa kata awak luahkan jer perasaan awak tu, takut nanti dirampas oleh Leeknow, awak jangan menyesal pulak, lagipun saya tengok Leeknow tu macam ambil berat dengan Yuyun" kata Yewon.
Juyeon terdiam apabila mendengar kata² Yewon.
"oklah saya pergi dulu, ada hal, saya rasa awak tak payah lagi kot contact saya sebab saya ni tak boleh nak bantu awak pun, bye" kata Yewon lalu beredar dari situ.
Juyeon sedikit pelik dengan perangai Yewon. Macam nak larikan diri daripada dia, tapi sebab apa?
>>>SKIP DI DANCE CENTRE>>>
Semua murid bergegas keluar apabila tamat class. Yuyun pun mengemas barangnya dan bergerak keluar dari situ. Tidak lupa untuk mengunci pintu tempat itu.
"Yuyun" tegur seseorang.
"eh Juyeon, apa awak buat kat sini?" tanya Yuyun yang terkejut melihat kemunculan Juyeon itu.
"saya nak jumpa awak, ada benda saya nak bagitau awak, awak free kan sekarang ni?" tanya Juyeon.
"class dah habis, so saya free je, awak nak cakap apa?" tanya Yuyun pula.
"tak boleh lah nak cakap kat sini jer, jom kita pergi tempat lain" kata Juyeon.
"tapi kita nak pergi mana?" tanya Yuyun.
"awak ikut jer saya okey" kata Juyeon lalu menarik tangan Yuyun menuju ke keretanya.
Mereka pun bertolak ke suatu tempat. Tempat itu adalah taman permainan sewaktu mereka kecil.
"kita buat apa datang sini?" tanya Yuyun.
"erm sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitau awak ni, awak ingat tak tempat ni?" kata Juyeon.
"haah kita terserempak lepastu lepak kat sini sebelum ni" kata Yuyun.
"eh bukan yang tu, cuba awak ingat balik kenangan awak masa kecil " kata Juyeon.
"dah kenapa pula dengan kenangan masa kecil? awak ni cuba terus-terang saja" kata Yuyun.
"okeylah, saya terus terang jelah, sebenarnya saya sukakan awak Yuyun" kata Juyeon.
Tergamam Yuyun mendengar luahan Juyeon itu.
"tapi sebelum ni awak cakap awak tak sukakan saya pun" kata Yuyun.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
عاطفية'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...