[ PART 28 ]

13 3 8
                                    

Let's go sambung baca lagi🤩

================================

>>>di wad Yuyun>>>

Kelihatan Yuyun masih lagi terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital itu. Ditemani oleh Yewon. Yewon setia menemani Yuyun setiap hari kerana ingin melihat Yuyun sedar kembali.

Hari ini sudah masuk hari ke-5 Yuyun tidak sedarkan diri. Yewon semakin risau dengan keadaan Yuyun. Tidak pernah lagi Yuyun koma selama ini. Dia pernah koma selama sebulan hanya waktu kecil, iaitu pada waktu Yuyun mengalami kisah silam yang meragut maruahnya itu.

Sanha berjalan masuk ke dalam wad Yuyun menemui Yewon dengan membawa sebungkus makanan.

"saya ada belikan awak makanan, awak makan la dulu, dari pagi tadi awak tak makan" kata Sanha sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada Yewon.

"thank you...tapi saya nak ada kat sini teman Yuyun" kata Yewon sambil memandang Sanha.

"kalau iya pun isi lah perut awak dulu...nanti kang awak pulak yang terbaring sakit macam mana... takpe biar saya tengokkan Yuyun, awak pergi makan dulu okay" kata Sanha lalu memegang bahu Yewon.

"okay...kalau ada pape nanti bagitahu saya cepat² and satu lagi jangan sesekali bagi si Leeknow tu masuk ke dalam wad Yuyun okay" kata Yewon yang masih lagi marah dengan Leeknow.

"iya saya tahu...dah pergi makan" kata Sanha.

"tapi kan--" kata² Yewon terhenti.

"tapi apa?" tanya Sanha.

"takkan saya nak makan sorang²" kata Yewon.

"habistu awak nak saya teman awak? Yuyun macam mana?" tanya Sanha.

"haah la...takpelah saya pergi seorang jelah" kata Yewon.

"eh takkan la saya nak biarkan awak makan sorang-sorang pulak, jom saya temankan, Yuyun kita tinggal kejap je nanti kita datang balik kan" kata Sanha lalu menggenggam tangan Yewon.

"okey lah, jom" kata Yewon sambil tersenyum lalu mereka pun keluar dari wad Yuyun menuju ke tempat makan.

Sedang Yewon dan Sanha keluar, Leeknow curi-curi masuk ke dalam wad Yuyun. Leeknow merenung Yuyun yang masih belum sedarkan diri itu.

"maafkan aku, Yuyun... Aku tahu semua ni jadi disebabkan aku... Rahsia yang aku pegang selama ini akhirnya menyakiti kau juga, aku betul-betul menyesal" Leeknow menggenggam tangan Yuyun sambil menatap muka Yuyun yang masih tidak sedarkan diri itu.

"aku betul-betul sayangkan kau Yuyun, aku tak sangka disebabkan aku tolong kau dulu, akhirnya aku jatuh cinta dekat kau sampai macam ni sekali, aku tak pernah kesah pun pasal masa lalu kau...aku pergi rumah kau sebab aku nak jelaskan semuanya dekat kau, tapi tak sangka semuanya jadi macam ni" kata Leeknow.

"jangan risau Yuyun, macam mana aku pernah tolong sedarkan kau dulu, macam tu juga aku akan tolong kau sedarkan kau juga kali ini, aku tak akan biarkan kau macam ni" kata Leeknow.

"apa maksud kau sedarkan Yuyun dulu" Yewon tiba-tiba menerjah masuk ke dalam wad Yuyun.

Leeknow agak terkejut dengan kehadiran Yewon disitu.

"aku...minta maaf sebab aku curi-curi masuk tengok Yuyun masa kau tak ada" kata Leeknow kepada Yewon.

"tak, aku tak kesah sebab aku tahu macam mana aku halang kau tetap akan datang tengok Yuyun juga, tapi aku nak tahu satu je, apa maksud kata-kata kau tadi? kau pernah tolong sedarkan Yuyun dulu? apa semua tu?" tanya Yewon.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now