[ PART 27 ]

13 3 7
                                    

Sambung baca okey...🤫

================================

Leeknow's POV

Aku berjalan menuju ke bilik office appa. Tiba-tiba, sebelum aku menekan tombol pintu bilik itu, aku terdengar suara dari dalam bilik itu. Aku membatalkan niatku untuk membukanya dan cuba mendengar apa yang mereka bualkan di dalam bilik office appa.

Kedengaran seperti perbualan antara dua orang manusia. Namun tiada satu pun suara appa dan juga ada satu suara yang kukenal iaitu omma.

Dia bersama dengan lelaki mana ni? Aku yakin yang suara ini bukan suara appa. Aku mula rasa curiga dan cuba mendengar setiap kata yang mereka bualkan.

"apa yang kau buat ni? Takkan kerja tu pun susah?! tak boleh pakai betul la kau ni!!" marah Puan Lee kepada seorang lelaki.

"maaf bos, saya dah cuba sedaya upaya nak dapatkan tanda tangan tuan tapi tak boleh" kata lelaki itu.

"HISH! kalau aku yang buat kerja ni mesti kejap je selesai, upah orang tak berguna macam kau ni memang habiskan duit je! Semua ni salah budak tu, kalau dia dengar cakap aku dan kahwin dengan Lia, aku takkan perlu masuk campur dengan hubungan dia lagi..memang degil sama macam mak dia dulu...nasib baik aku dah hapuskan mak dia dulu kalau tak lagi susah aku nak rampas semua harta keluarga ni" kata Puan Lee dengan nada marah.

Aku yang mendengar semua itu terkejut. Adakah budak yang dia maksudkan tu adalah aku? Mak aku? Bukan ke dia mak aku? Aku ni bukan anak dia ke? Habistu aku ni siapa? Banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran aku waktu itu sampai aku sendiri pun susah nak percaya apa yang omma cakap tu sama ada betul atau pun tak. Tapi kalau betul, maknanya aku ni bukan anak dia? Dan dia dah bunuh mak aku yang sebenar? ARGHHHHH aku serabut sekarang ni!!

"aku tak kira kau kena dapatkan juga tanda tangan tuan kalau tak, kau siap! Dan satu lagi tugas baru untuk kau, aku nak kau hapuskan budak yang bernama Yuyun ni" kata Puan Lee lalu menghulurkan sekeping gambar iaitu gambar Yuyun kepada lelaki itu.

"hapuskan dia?" tanya lelaki itu.

"iya hapuskan dia sebab dia akan jadi penghalang untuk aku dapatkan semua harta Tuan Lee" kata Puan Lee.

"baik bos" balas lelaki itu.

Sekali lagi aku terkejut apabila nama Yuyun dipetik. Dengan secara tidak langsung, muka Yuyun muncul di dalam fikiran aku. Andwae aku takkan biarkan omma buat apa-apa dekat Yuyun.

Aku terus beredar dari situ dan berlari keluar dari rumah. Aku perlu selamatkan Yuyun sebelum terjadi sesuatu dekat dia. Tanganku laju mendial nombor Yuyun. Sambil itu aku menghidupkan enjin kereta dan terus bergegas menuju ke dance centre untuk menemui Yuyun.

Setibanya di dance centre, aku terus bergegas masuk ke dalam. Aku ternampak kelibat Yuyun sedang duduk berbual dengan semua anak muridnya. Bergelak sakan mereka. Semua itu dapat dilihat melalui ekspresi muka Yuyun. Dia sangat gembira waktu itu.

Aku pun turut tersenyum melihat senyuman Yuyun ketika itu. Entah kenapa aku tidak sampai hati untuk beritahu apa yang dia dengarkan tadi kepada Yuyun. Tidak mahu mengganggu kebahagiaan Yuyun yang dia alami sekarang ini.

Tidak lama kemudian, aku akhirnya membatalkan niat aku untuk memberitahu Yuyun dan menyimpan rahsia itu. Aku akan cari semua bukti terlebih dahulu supaya aku dapat balas dendam atas kematian ibu kandungku.

Aku mula mencari segala bukti yang melibatkan kejahatan yang dibuat oleh omma a.k.a ibu tiriku itu. Aku juga ada cuba untuk mengorek rahsia tentang ibu kandung ku daripada appa. Aku pun pelik kenapa appa tak pernah beritahu aku semua itu. Perlukah aku dapat tahu semua itu sendiri? Semakin lama aku fikir membuatkan hatiku semakin marah. Aku harus segera temukan bukti yang boleh membuatkan perempuan itu mendapat balasan atas apa yang dia dah buat dan juga harus menghalang niat dia untuk merampas semua harta hak milik appa.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now