••••DI KEDAI TTEOKBEOKKI••••
Yuyun sedang makan tteokbeokki dengan lajunya.
"wah sedapnya, pandai awak pilih tempat ni" kata Yuyun.
"lega saya awak suka tempat ni, saya risau kalau saya bawa awak ke sini awak tak selesa je" kata Yujin.
"tak ada lah, dulu saya selalu makan kat tempat macam ni, apa awak ingat saya ni kaya tak boleh makan dekat tempat macam ni" kata Yuyun.
"bukan macam tu, saya cuma tak nak awak rasa tak selesa je" kata Yujin yang mula rasa gelisah seperti Yuyun memarahinya.
"tak ada lah saya gurau je, awak jangan lah ambil serious sangat, jangan takut" kata Yuyun.
"saya nak ucapkan terima kasih sebab dah tolong saya kat sekolah tadi" kata Yujin.
"tak ada apa lah, lagipun apa lah sangat dengan perbuatan saya dekat awak sebelum ni mesti lagi teruk kan, saya nak minta maaf walaupun saya tahu awak mungkin tak akan dapat maafkan saya" kata Yuyun sambil tersenyum kecil.
"saya tak marahkan awak pun, sebab awak dah tolong saya, lagipun memang patut pun saya dilayan macam tu, iyalah dapat masuk sekolah tu sebab ditanggung biasiswa je, saya tak layak berada di kalangan korang dari keluarga yang kaya" kata Yujin dengan riak wajah sedih.
"siapa cakap? awak pandai dalam pelajaran jadi awak layak masuk sekolah ni, dibandingkan dengan pelajar lain yang hanya kaya semata-mata tapi dalam pelajaran teruk, memang tak guna jugak kan" kata Yuyun sambil tersenyum.
"mungkin awak lupa sebab accident tu, saya ni anak pelacur, omma saya seorang pelacur" kata Yujin sambil tersenyum kelat.
Terkejut Yuyun mendengarnya. Patut lah Yujin dilayan teruk sangat dekat sekolah.
"mesti awak terkejut kan, iya lah bila orang tahu pasal tu mereka akan tinggalkan saya" kata Yujin yang cuba menahan rasa sedihnya itu.
"saya tak akan tinggalkan awak lah, kita kan dah jadi kawan" Yuyun tersenyum sambil menggenggam tangan Yujin.
"awak tak perlu kesah apa yang orang lain cakap, mereka semua tu semua bodoh, takkan disebabkan omma awak, awak sekali kena tempiasnya" sambung Yuyun.
Yujin terharu mendengar kata-kata Yuyun itu. Secara tidak langsung, Yujin mengalirkan air mata.
"eh, kenapa awak nangis? saya ada tersalah cakap ke?" Yuyun mulai cemas melihat Yujin tiba-tiba menangis itu.
"saya terharu, sebab sebelum ni tak pernah ada seorang pun yang kesah pasal diri saya, terima kasih Yuyun" kata Yujin sambil tersenyum.
"mulai hari ini saya janji tak akan ada siapa pun akan mengata atau membuli awak lagi" kata Yuyun lalu memeluk Yujin.
"terima kasih Yuyun" kata Yujin yang membalas pelukan Yuyun itu.
'saya akan pastikan awak tak akan kena buli lagi Yujin, sama seperti saya dulu...' kata hati Yuyun.
>>>SKIP>>>
Setelah selesai makan, Yuyun dan Yujin berjalan sama-sama untuk menuju pulang ke rumah masing-masing.
"rumah awak kat mana? jom lah saya teman awak balik" kata Yuyun.
"eh tak payah lah, rumah saya jauh lagi, nanti susahkan awak pulak" kata Yujin.
"kalau jauh kenapa awak selalu datang jalan kaki je ke sekolah?" tanya Yuyun.
"nak buat macam mana, saya ni tiada basikal, kalau naik teksi ke memang saya tak mampu lah" kata Yujin.
YOU ARE READING
My Secret is You [ L.M.H ]
Storie d'amore'kenapa nak kahwin dengan saya sedangkan awak sendiri tiada perasaan pada saya?' -Yuyun- 'cakap lah apa sekali pun kau tetap milik aku, budak' -Minho- Pertemuan antara dua orang tanpa sengaja melalui sebuah mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi nyata...