[ PART 24 ]

18 3 39
                                    

=======================================

Yuyun duduk di taman seorang diri. Menangis teresak-esak seorang diri. Mengenangkan kata-kata Leeknow tadi. Dirinya terasa jijik. Kenapa semua itu perlu berlaku padanya. Kenapa dia tak boleh hidup seperti orang lain.

Tiba-tiba, hujan pun turun. Namun Yuyun tidak bergerak sekali pun dari situ. Apa yang ingin waktu itu adalah menangis semampunya. Dia tidak tahu apa yang dia patut buat selepas ini. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk hidup.

"Hwang Yuyun!" panggil Yewon yang tiba disitu dengan memegang payung. Sanha juga turut tiba bersama dengan Yewon.

"Yuyun! apa kau buat ni? tak nampak ke tengah hujan ni! nanti kau demam lah!" jerit Yewon yang memayungkan Yuyun.

"Yewon...." panggil Yuyun sambil memandang ke arah Yewon.

"dah jom balik! tak guna kalau kau menangis kat sini pun! benda dah jadi! kita tak boleh nak ubah apa yang orang dah cakap pasal kau! yang penting sekarang ni orang sekeliling kau masih sayangkan kau Yuyun! tolonglah sedar!" marah Yewon dengan sikap Yuyun itu.

Yuyun menangis lalu memeluk Yewon. Yewon menggosok belakang badan Yuyun untuk menenangkannya. Tak sangka semua ni akan berlaku kepada sahabat baiknya itu. Setelah itu, Yewon dan Sanha membawa Yuyun balik.

>>>SKIP DI RUMAH>>>

Setelah sahaja makan ubat, Yuyun pun akhirnya terlelap. Yewon keluar dari bilik Yuyun.

"tak guna betul lah Leeknow tu, sampai hati dia buat kawan baik aku macam ni, aku tak akan lepaskan dia!!" marah Yewon lalu ingin keluar namun dihalang oleh Sanha.

"awak nak pergi mana? nak pergi serang Leeknow tu? apa yang awak dapat kalau awak serang dia? kalau jadi lebih teruk macam mana? sekarang ni awak perlu ada disisi Yuyun, dia perlukan seseorang sekarang ni" kata Sanha.

"awak tak faham, saya kenal Yuyun dari kecil lagi tau, saya tahu sangat tentang kehidupan dia selama ni, tak pernah sekali pun dia bahagia, sampai lah dia jumpa Leeknow tu, dia jatuh cinta dengan Leeknow tapi awak tengok lah apa yang dia buat dekat Yuyun, saya ni sebagai kawan dia saya sedih sangat tau, dah banyak derita yang Yuyun lalui selama ini" air mata Yewon mengalir mengenangkan semua derita yang Yuyun lalui selama ini. Sanha pun memeluk Yewon.

"saya faham awak sayangkan Yuyun, awak tak nak dia sedih, tapi masalah tak akan selesai kalau awak pergi serang Leeknow tu, dah jangan nangis, selagi saya ada saya akan jaga awak dan juga Yuyun" kata Sanha sambil menggosok kepala Yewon. Yewon membalas pelukan Sanha dan menangis.

>>>SITUASI LEEKNOW>>>

"ARGHHHH!!!" jerit Leeknow dengan geram.

Leeknow menumbuk sekuat hati cermin yang berada di dalam biliknya. Berulang kali sehingga tangannya berdarah. Setelah itu dia pun terduduk di atas lantai. Pelbagai perasaan yang bercampur baur di dalam hatinya sekarang ini. Geram, marah, sedih, semuanya ada.

"Huh...huh...huh..." Leeknow meraut mukanya dengan kasar. Memikirkan dia yang bertemu dengan Yuyun tadi. Hatinya sedih melihat tangisan Yuyun tadi. Geram? Geram dengan dirinya sendiri yang sudah membuat Yuyun sedih.

>>>KEESOKAN HARINYA>>>

"Yuyun" Yewon masuk ke dalam bilik Yuyun. Terlihat Yuyun sedang duduk atas katil sambil termenung. Makanan yang dihantar oleh Yewon sebentar tadi pun tidak dijamahnya.

"haih" Yewon mengeluh dan menuju ke arah Yuyun.

"kau tak boleh macam ni Yuyun, walau macam mana kau sakit hati pun kau kena makan, jangan sampai memudaratkan kesihatan kau" kata Yewon.

My Secret is You [ L.M.H ]Where stories live. Discover now