Hanya mampu memerhati Muzz yang menuju ke keretanya dengan perasaan bersalah kerana telah menumpahkan air ke seluarnya. Iqwan terus mendiamkan diri sepertinya memikirkan sesuatu.
"Woi! Kau okay tak ni?" Tanya Daniel membawa Iqwan kembali ke dunia nyata.
"A...aku okey je." Jawab Iqwan acuh tak acuh sambil meletakkan dompetnya di atas meja.
"Aku tengok kau ni asyik termenung je lepas tertumpahkan air mamat tu." Tambah Daniel sambil merenung kearah kereta Muzz yang berlalu meninggalkan perkarangan pekan.
"Aku cuma rasa bersalah je sebab tumpahkan air dia." Jawab Iqwan dengan matanya masih tertumpu kearas kereta Muzz.
"Alaa, kau bukannya sengaja pun. Lagipun kau dah minta maaf kat mamat tu dan dia pun tak ambil kisah." Ujar Daniel menenangkan sahabatnya itu.
_______________________
Dalam perjalanan menuju ke kuarters, Muzz mendengar nada deringan dari telefon pintarnya.
'Nombor tak dikenali?' Desis hatinya.
Namun tangan tetap menekan butang hijau di skrin dan menekan pembesar suara lantas meletakkan telefonnya di atas paha.
"Hello! Siapa tu?" Tanya Muzz sambil matanya memandang ke hadapan.
"Hello! Ni Encik Muzz Ryan ke?" Tanya suara dalam talian.
"Iya saya, siapa disana?" Tanya Muzz kembali.
"Saya Iqwan Adzri, yang tumpahkan air encik di gerai tadi." Terang si pemanggil.
"Ohh...ada apa ye cik?" Tanya Muzz sebaik sahaja mengenal pasti si pemanggil.
"Saya nak bagitahu yang cik tertinggal dompet di gerai tadi." kata Iqwan.
'Alamak, macam mana aku boleh tertinggal barang penting macam tu pula.' Desis hati Muzz sambil memperlahankan keretanya dan berhenti di tepi jalan.
____________________________
Dengan hati yang penuh rasa bersalah, Iqwan perlahan-lahan menyuapkan nasi goreng kegemarannya kemulut. Sahabatnya yang sedang ligat menjamah hidangan makan tengaharinya kini mengambil gelas airnya sambil menyedut air untuk melegakan tekaknya.
Dikala hendak meletakkan gelas keatas meja, Daniel terlihat sesuatu di meja bersebelahan, 'Dompet ke tu?' Desis hatinya.
"Wan, tu macam dompet mamat tadi je." Katanya kepada sahabatnya yang membelakangi meje yang diduduki oleh Muzz sebentar tadi.
"Mana?" Tanya Iqwan lantas memusingkan tubuh sasanya lalu terlihat dompet berwarna coklat berada di atas meja dibelakangnya.
"Cuba kau tengok dalam tu, mana tahu ada ID dia ke yang kita boleh call senang pulangkan balik. Kalau takde kita hantar balai polis." Kata Daniel sebaik sahaja Iqwan melabuhkan punggungnya sambil perlahan-lahan membuka dompet itu.
Melihat satu kad yang mengandungi maklumat peribadi Muzz sebagai guru sandaran di sekolah berhanpiran balai bomba tempat dia berkhidmat, Iqwan menghela nafas lega.
'Dekat je dia ni.' Detik hati Iqwan sambil menekan nombor telefon Muzz.
____________________
Muzz yang berasa tidak keruan hanya mampu menunggu ketibaan Iqwan dan sahabatnya untuk memulangkan dompetnya. Setelah menunggu hampir sepuluh minit di pondok pengawal, sebuah pacuan empat roda Hilux merah dengan logo bomba dan penyelamat berhenti di hadapan pagar sekolah.
Muzz berasa gugup apabila melihat susuk tubuh tinggi dan sasa keluar dari bahagian tempat duduk pemandu.
Wajah Muzz berkerut kerana cahaya matahari tepat memancar wajahnya yang agak cerah.
"Encik Muzz Ryan?" Tanya Iqwan sambil menghampiri Muzz.
"Saya, panggil Muzz je." Jawab Muzz sambil berjabat tangan dengan Iqwan.
"Saya Iqwan." Balas Iqwan sambil tersenyum.
"Ini dompet Muzz, saya terjumpa di gerai tadi." Kata Iqwan sambil menghulurkan dompet milik Muzz.
"Terima kasih abang Wan." Ujar Muzz berbasa dengan Iqwan memandangkan penampilan Iqwan yang kelihatan lebih berusia dari dirinya.
"Abang?" Iqwan seakan terkejut apabila dirinya dipanggil abang.
"Eh...Maaf, saya dah terbiasa panggil orang yang tua dari saya dengan panggilan abang." Terang Muzz tertunduk.
"Abang okay je." Jawab Iqwan sambil memanggil dirinya abang.
"Abang balik balik ke balai dulu ye, masih ada tugasan sikit." Ujar Iqwan sambil tersenyum melihat gelagat Muzz yang tiba-tiba berperwatakan malu dihadapannya.
"Okay abang, terima kasih sekali lagi ye." Jawab Muzz.
"No hal lah." Kata Iqwan sebelum kembali ke kereta.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasíaMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...