Sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi di dalam ruangan pejabatnya, Iqwan terus merenung keluar jendela. Fikirannya kini hanya dipenuhi dengan bayangan wajah Muzz yang kalihatan comel dan mulus.
Ketawa kecil dek hatinya geli apabila terlihat wajah Muzz yang teruja mendapatkan dompetnya kembali. Seperti anak-anak yang mendapat gula-gula.
Teringat nombor yang tertera di kad pengenalan milik Muzz, ternyata dia hanya muda sepuluh tahun dari Iqwan. Dirinya yang kini dalam pertengahan 30-an namun belum mendirikan rumah tangga. Kadang-kala berasa sunyi dan ingin memiliki pasangan hidup.
Dengan seorang wanita? Bukan, Iqwan memilih untuk meneroka dunia percintaan sejenis.
________________
Hujan yang renyai-renyai kini berhenti dan Muzz turut selesai menyediakan hidangan makan malamnya. Dia berlalu dan mengambil tualanya untuk membersihkan dirinya sebelum menjamu selera.
Notifikasi di telefon pintarnya tidak didengarnya kerana bunyi curahan air. Seusai membersihkan dirinya, Muzz meletakkan bedak ke tubuhnya dan mengoles serum ke mukanya sebelum menyarungkan pakaiannya.
Hanya mengenakan boxer dan singlet, Muzz kini sudah bersedia untuk menikmati makan malamnya. Menghampiri meja di tepi katilnya, Muzz terus mengambil telefonnya dan berjalan menuju ke dapur.
Kuarters yang sederhana besar itu dapat menampung tiga penghuni kini sudah semakin berseri dengan dekorasi yang mudah hasil tangan Muzz.
Perutnya kini memainkan irama yang menuntut dirinya untuk menjamah makanan yang berada di hadapannya. Setelah mengucap syukur, Muzz pun memulakan suapannya.
Perutnya berasa puas dengan setiap suapan makanan yang dimasukkan kedalam mulutnya.
__________________
Jam di dinding rumah Iqwan menunjukkan sudah pukul tujuh petang dan dirinya baru saja selesai membersihkan dirinya.
Masih dengan tuala di pinggangnya, terus dicapai telefon pintarnya dan membuka applikasi WhasApp dan mencari kenalan di dalamnya.
Iqwan: Hai! Muzz apa khabar? Abang Iqwan ni.
Kiriman Iqwan tidak berbalas walaupun sudah hampir sepuluh minit berlalu. Dirinya yang kini sudah mengenakan kain sarung dan singlet hanya memerhati skrin hitam di telefon pintarnya yang masih belum ada jawapan.
Iqwan pun berdiri dan berjalan menuju ke ruang dapur untuk mencari sesuatu yang akan dia jadikan makan malamnya.
Hanya ada lima bungkus mee segera dan enam biji telur yang tersisa di dapur. 'Beginilah kalau hidup bujang.' Desis hatinya sambil merebus mee segera dan telur.
__________________
Mendengar deringan dari telefon pintarnya, Muzz yang baru sahaja selesai mencuci pinggang yang dia gunakan tadi berlari mendapatkan panggilan itu.
Terukir senyuman di bibirnya apabila melihat nama yang tertera di skrin: MAMA
Muzz: Hello Ma.
Mama: Hello Muzz, apa khabar?
Muzz: Muzz sihat, mak macam mana?
Mama: Mak sihat je. Macam mana kau disana?
Muzz: Okay je mak, tengah biasakan diri dengan dunia pendidik je.
Perbualan diantara Muzz dengan ibunya berlansung hampir satu jam. Rindu yang tertanggung di sanubari Muzz kini terubat apabila menerima panggilan dari ibu kesayangannya.
Mama: Muzz, abah kau nak cakap juga tu.
Kata Puan Mariam apabila melihat suaminya Encik Moktar memberi isyarat tangan bahawa dirinya turut ingin bercakap dengan satu-satunya anak mereka itu.
Abah: Hello Muzz.
Muzz: Hello abah, abah sihat?
Abah: Abah sihat je. Macam mana hari pertama jadi cikgu, okay tak?
Pertanyaan dari abahnya yang tegas namun penyayang cukup untuk membuatkan dirinya tersenyum bahagia.
Muzz: Okay je bah, dapat juga nasihat dan guide dari guru-guru yang lain.
Abah: Baguslah kalau macam tu. Ingat, walaupun kau tu cuma seorang guru sandaran tapi tetap kena buat yang terbaik. Pretasi anak murid adalah tanggungjawab kamu sekarang.
Nasihat dari abahnya diambil oleh Muzz dengan serius memandangkan abahnya merupakan bekas warga pendidik.
Bersambung...
YOU ARE READING
TERPIKAT
FantasíaMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...