Iqwan yang kusyuk bermain dengan telefon pintarnya hanya mendengar gelak-ketawa murid-murid Muzz namun tidak menghiraukan mereka kerana dirinya sibuk meneliti gambar-gambar yang sempat ditangkapnya.
Tercengan apabila telefonnya dirampas dari tanganya, Iqwan mendongak dan tersenyum apabila mendapati buah hatinya berdiri dihadapanya.
"Kenapa sayang?" Soal Iqwan lembut.
"Ikut Muzz." Arah Muzz sambil menarik lengan Iqwan.
Iqwan hanya akur dengan arahan Muzz yang menarik lengannya menuju kearah himpunan penari-penarinya.
"Kenalkan, ini Encik...eh...Tuan Iqwan Adzri, Pegawai Bomba dan Penyelamat dari balai sebelah sekolah kita." Muzz memperkenalkan Iqwan kepada anak muridnya.
"Hai Tuan Iqwan." Sapa semua pelajar yang berada dihadapannya.
"Hai." Balas Iqwan sambil mengangkak tangan kanannya.
"Boleh saya tanya satu soalan cikgu?" Pinta salah seorang dari penari lelakinya.
"Silakan." Jawab Muzz.
"Apa hubungan cikgu dengan Tuan Iqwan?"
Seakan ditampar, Muzz dan Iqwan berpandangan sesama sendiri dan keliru hendak memberi jawapan apa.
"Boyfriend cikgu ke?" Seloroh salah seorang dari penarinya sebelum semua mereka ketawa.
"Cikgu kamu orang ni memang buah hati saya." Mendengar pengakuan dari Iqwan, sekali lagi suasana dewan menjadi riuh-rendah.
"Untungnya cikgu dapat tuan bomba sado." Ujar penari-penari perempuannya.
Mereka sudah sedia maklum dengan perwatakan sisi lain Muzz yang memiliki jiwa suka terhadap sama jenis tidak terkejut dengan pengakuan Iqwan. Malahan mereka tumpang gembira dengan hubungan cikgu mereka.
Walaupun hubungan songsang adalah diharamkan, namun hubungan diantara Muzz dan Iqwan menjadi rahsia diantara mereka dan anak muridnya. Pendirian dan pemikiran yang matang sahaja yang mampu untuk membantu manusia untuk memilih jalan yang lebih sihat dalam kehidupan.
Susahkan kalau nak jadi gay di negara ini?
______________________
Tangan yang merangkul tubuhnya pernah menjadi kegilaan dirinya sehingga bertekat untuk meninggalkan Muzz tanpa sebarang keputusan. Kini tangan itu semakin membuatkan hati Firdaus berasa sebal dan ingin sahaja dia meninggalkan insan itu disana.
"Epul, lepas ini kita balik nak?" Soal Firdaus.
"Awalnya nak balik." Rengek Saiful sambil kepalanya dilentokkan kebahu Firdaus.
'Hish, malasnya bila dia buat macam ni. Muzz dulu tak pernah pun manja tahap dewa macam dia ni. Dah macam bapok aku tengok.' Desis hati Firdaus yang perlahan-lahan semakin jijik dengan perangan kekasihnya itu.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul sebelas malam, Firdaus dan Saiful duduk di kerusi menghadap tasik sambil menikmati ayam panggang yang dibeli di warung yang terletak berhampiran.
Sambil menikmati ayam panggang, matanya dilemparkan ketasik untuk menikmati permandangan yang indah.
Bersambung...
YOU ARE READING
TERPIKAT
FantasyMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...