Sambil membawa fail yang berisi kertas laporan tentang kebakaran yang berlaku pada minggu lepas. Daniel melangkah menuju ke pejabat Iqwan sambil langkahnya dipercepatkan.
"Boss." Sapaan Daniel membawa Iqwan kembali ke alam nyata.
"Sejak bila kau panggil aku boss?" Seloroh Iqwan sambil tersengih mendengar sapaan sahabatnya itu.
"Haha, kau tu yang termenung kenapa?" Tanya Daniel.
"Tak adalah Dan, aku teringat kat budak Muzz itu." Balas Iqwan sambil meletakkan tangannya keatas meja.
"Baru aku teringat, macam mana hubungan kau dengan budak tu?" Tanya Daniel lagi.
"Kami...kami dah declare." Ujar Iqwan sambil mukanya merona merah.
"Waw! Congratulations. Jaga dia baik-baik tau. Jangan mainkan budak tu." Kata Daniel.
"Iyalah kan. Aku memang sayang dengan Muzz, sebab dia baik dan terima aku seadanya." Jelas Iqwan.
Air mata Farhan mengalir, luluh hantinya apabila mendengar perbincangan diantara Tuan Iqwan kesukaannya dengan sahabatnya Daniel. Ternyata selama ini dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.
'Jadi selama ini aku hanya menyundal dengan Tuan Iqwan?' Desis hati Farhan sambil berjalan menuju ke pintu belakang pejabat balai bomba.
Sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan untuk berehat di belakang pejabat, air matanya mengalir. Semakin laju air matanya mencurah apabila mengenangkan kembali nasibnya yang tidak dihargai oleh Iqwan. Menakup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya sambil menangis teresak-esak.
__________________________
Firdaus melangkah sambil menjinjit plastik berisi buah-buahan sambil menuju ke rumahnya. Pertemuan yang tidak dijangka dengan kekasih lamanya membuatkan dirinya selalu termenung mengingatkan semua kenangan yang pernah mereka bina.
"Abang rindu dengan Muzz." Monolog Firdaus sambil melabuhkan punggungnya ke sofa.
Terukir senyuman diwajah Izz apabila teringat kenangan manis yang pernah mereka jalinkan diatas sofa yang dia duduki. Terus mencapai telefon pintarnya, dia berusaha mencari nombor telefon Muzz.
013xxxxxxxx
Abang rindu dengan Muzz.
Pesanan dikirim ke nombor yang di carinya sebentar tadi dan mengharapkan Muzz masih menggunakan nombor yang pernah diberikan oleh Muzz kepadanya.
________________________________
"Wan, aku nak keluar dulu. Ini kertas laporan yang kamu nak, saya sudah siapkan." Ujar Daniel sambil meletakkan fail yang dipegangnya keatas meja dihadapan Iqwan.
"Terima kasih Dan." Balas Iqwan sambil mula membuka fail yang diserahkan oleh Daniel.
Bersambung...

YOU ARE READING
TERPIKAT
FantastikMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...