BAB X

2.8K 41 1
                                    


Keadaan balai yang agak lengang membuatkan Iqwan berhasrat untuk berjalan-jalan sambil memeriksa jentera-jentera yang diletakkan di tempatnya. Wajah suramnya tidak berkurang walaupun dia cuba untuk menyembunyikannya.

"Selamat petang tuan." Sapa Farhan yang merupakan ahli baru yang diserap masuk ke uni mereka pada minggu lalu.

"Selamat petang Farhan." Balas Iqwan.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan?" Tanya Farhan.

"Tidak ada apa-apa, saya cuma hendak memeriksa sekeliling dan keadaan jentera-jentera ini." Terang Iqwan sambil memeluk dadanya.

Menelan air liur Farhan apabila melihat otot tangan Iqwan mengetat walaupun hanya berpeluk tubuh sebegitu.

"Boleh saya tanya satu soalan?" Soan Farhan.

"Apa dia?" Jawab Iqwan sambil berjalan menuju ke bahagian hadapan jentera pemadam kebakaran.

"Kenapa wajah tuan muram saja?" Tanya Farhan sambil membuntuti Iqwan.

Pertanyaan Farhan memberhentikan langkah Iqwan dan lantas wajah mulus milik Muzz terpancar di mindanya.

"Takde apa-apa." Jawab Iqwan singkat.

Tinggggg!

Deringan notifikasi dari telefon pintar Iqwan. Dia terus menyeluk tangan ke sakunya dan mengambil keluar telefonnya lalu menatap di skrin.

Alangkah terkejut dirinya apabila melihat pesanan dari Muzz yang sudah lama dia tunggu. Dengan perasaan yang gembira Iqwan terus berlalu meninggalkan Farhan bersendirian.

Muzz: Selamat petang abang.

Iqwan: Selamat petang Muzz, apa khabar?

Muzz: Muzz sihat saja, abang macam mana?

Iqwan: Abang sihat. Muzz masih marah kat abang ke? Boleh abang call?

____________________

Melihat permintaan Iqwan, Muzz hanya bersetuju dan memberi kebenaran untuk Iqwan menelefonnya.

Muzz: Boleh, tapi sekejap sahaja.

Seketika itu telefon Muzz berdering dengan nama Iqwan tertera di skrin.

"Semua, cikgu nak jawab panggilan ni sekejap. Nanti kamu latih sendiri dulu langkah tari yang cikgu dah ajar tadi." Kata Muzz sebelum meninggalkan mereka.

"Baik cikgu." Jawab penari-penarinya serentak.


Melangkah keluar dari dewan lalu Muzz menekan butang hijau di skrin telefonnya.

Muzz: Hello abang Wan.

Iqwan: Hello Muzz, abang nak minta maaf pasal apa yang terjadi minggu lepas. Abang betul-betul tak sengaja.

Ujar Iqwan dari dalam talian.

Muzz: Tak apa abang, Muzz dah maafkan abang.

Iqwan: Terima kasih Muzz sebab dapat maafkan kesalahan abang.

Muzz: Muzz pun nak minta maaf sebab marah dekat abang masa tu. Muzz...

Iqwan: Tidak mengapa Muzz, Muzz tak bersalah. Abang yang khilaf.

Muzz hanya membisu mendengar keikhlasan Iqwan meminta maaf kepada dirnya.

Iqwan: Abang rindu dengan Muzz.

Muzz: Muzz pun rindu abang Wan.

Iqwan: Malam ini abang tak duty, kita jumpa boleh?

Sejenak Muzz berfikir tentang pelawaan Iqwan.

Iqwan: Jangan risau, abang tak akan ulang kesilapan yang lalu.

Muzz: Baiklah abang, malam ini kita jumpa.

Talian dimatikan dan Muzz pun meneruskan latihan bersama para penarinya.



Bersambung...

TERPIKATWhere stories live. Discover now