Suasana hening sepanjang menikmati makan malam kini terisi dengan bunyi air dari pili semasa Muzz sedang mencuci pinggan dan sudu yang mereka gunakan tadi.
Iqwan yang sedari tadi hanya duduk melihat setiap tingkah laku Muzz perlahan-lahan berjalan menuju Muzz di singki. Sambil tangannya perlahan-lahan merangkul pinggang Muzz sehingga tubuhnya menyentuh belakang Muzz.
Perbuatan Iqwan yang diluar jangkaan itu menyebabkan pinggan yang dicuci Muzz hampir terlapas dari genggamannya.
"Abang Wan buat apa ni?" Kata Muzz sambil tangannya berupaya meleraikan pelukan Iqwan. Ternyata usahanya tidak membuahkan apa-apa hasil kerana kudratnya yang tidak setanding Iqwan.
"Abang nak minta maaf dekat Muzz..." Ujar Iqwan perlahan ditelinga Muzz dalam keadaan sedikit menunduk kerana Muzz agak rendah dari dirinya.
Mendengar ucapan lembut Iqwan yang terselit sendu, Muzz menjadi berdebar sekiranya dia ada melukai hati abang Wannya itu.
"A...abang Wan kenapa nangis?" Tanya Muzz sebaik sahaja memusingkan tubuhnya sambil mengesat air mata yang mengalir membasahi pipi Iqwan.
"Kita duduk jum." Tambah Muzz lagi sambil menarik tangan Iqwan menuju ke ruang tamu.
Iqwan hanya akur dan mengikuti pimpinan Muzz sambil rasa kesalnya makin menebal.
"Ada apa-apa yang abang Wan nak share dengan Muzz?" Soal Muzz sambil tangannya memegang erat tangan abang Iqwan.
"Muzz janji kalau abang bagitahu perkara ini, Muzz takkan tinggalkan abang dan tidak benci abang." Kata Iqwan sambil menatap wajah Muzz yang kebingungan.
"Janji?" Soal Iqwan mendapat kepastian Muzz.
"Muzz janji." Jawab Muzz.
___________________________
Imbas kembali...
Semasa menjamu selera, timbul rasa bersalah yang teramat sangat dalam benak hati Iqwan apabila teringat perkara yang terjadi di pejabatnya petang tadi.
'Patut ke aku beritahu Muzz tentang apa yang terjadi petang tadi?' Monolog Iqwan dalam hati.
'Kalau kau sayangkan Muzz, lebih baik kau berterus terang.' Bentak hati Iqwan lagi.
Memandangkan Muzz merupakan insan yang telah berjaya memikat hatinya yang sudah lama tertutup untuk bercinta, Iqwan terpaksa mengambil langkah untuk berterus terang mengenai kejadian yang telah berlaku diluar kawalannya. Ini lebih baik sebelum mereka sah menjadi pasangan kekasih.
____________________________
Hanya mampu menunduk, Iqwan mula menerangkan setiap satu kejadian yang berlaku sehingga dirinya terlupa tentang temu janji mereka pada petang itu.
Kelihatan riak wajah Muzz berubah setelah mendengar penjelasan dari Iqwan. Wajahnya menjadi suram dan sedih apabila lelaki yang dia cintai sudah ditakluki oleh orang lain.
"Muzz dah janjikan tak akan tinggalkan abang?" Soal Iqwan sambil menggenggam erat tangan Muzz.
"Memang Muzz dah janji, tapi Muzz tak kuat." Jawab Muzz sambil meleraikan genggaman Iqwan.
Iqwan hanya mampu melihat Muzz melangkah memasuki bilik tidurnya sebelum pintu ditutup rapat. Rasa kesal dan bersalah terus menyelubungi dirinya.
'Apa aku kena buat ni?' Soal hati kecil Iqwan.
Perlahan-lahan Iqwan memberanikan dirinya untuk memasuki bilik tidur Muzz walaupun dia tahu perbuatan itu salah. Terlihat susuk tubuh milik Muzz tertiarap diatas katil sambil menangis, Iqwan perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di kaki katil.
Kemudian, Iqwan merangkak diatas tubuh kecil milik Muzz sambil menindih tubuh kecil itu. Memeluknya dengan erat sambil hidungnya berada di tengkuk Muzz.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasyMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...