BAB XXX

2.5K 52 1
                                    

Setelah perkhidmatannya dengan sekolah sebagai guru sandaran tamat, Muzz mempunyai masa lapang yang banyak. Iqwan membawa Muzz bercuti memandangkan dirinya diberi cuti lima hari.

Deruan ombak cukup menenangkan diri Iqwan yang kepenatan dengan tugasannya yang semakin bertambah. Duduk di atas pasir beralaskan selipar sambil penglihatannya dilemperkan ke lautan yang terbentang luas.

Tenang dan damai.

Muzz yang sedang mengutip kerang berjalan melimpasi Iqwan. Lantas mata Iqwan melirik dan mengikuti langkah Muzz yang kelihatan seperti kanak-kanak sedang leka bermain seorang diri.

"Sayang." Laung Iqwan.

"Iya abang." Sahut Muzz sambil berjalan mendekati Iqwan.

"Sebenarnya, abang sudah lama pendam hasrat ini dihati. Cuma tak tahu macam mana nak luahkan." Kata Iqwan sambil memegang tangan Muzz.

"Cakaplah." Ujar Muzz sambil melihat tepar kearah mata Iqwan.

Meleraikan pegangan tangannya, Iqwan menyeluk sakunya dan menggenggam sesuatu ditangannya.

"Apa ni abang?" Soal Muzz yang sedikit takut dengan helah Iqwan.

"Sudi tak sayang jadi milik abang seorang?" Soal Iqwan sambil melutut dan cincin berada ditangannya.

Berguguran kerang yang berada di genggaman Muzz apabila melihat sebentuk cincin emas dihadapannya.

"Muzz Ryan, sudi tak jadi milik abang seorang?" Soal Iqwan lagi.

"Muzz sudi." Jawabnya sambil mengangguk sambil air matanya mulai gugur.

Usai menyarungkan cincin kejari manis Muzz, Iqwan terus merangkul tubuh kecil Muzz sambil mengucup keningnya dengan penuh cinta.

"Terima kasih sebab sudi terima abang." Ucap Iqwan.

"Sama-sama abang." Balas Muzz sambil membenamkan mukanya ke dada bidang Iqwan.

Mereka beriringan kembali ke bilik untuk meraikan ikatan yang baru sahaja mereka ikat sebentar tadi.

TAMAT

TERPIKATWhere stories live. Discover now